Wednesday, April 10, 2013

TERSEMBUNYINYA SEPOHON POKOK DI DALAM SEBIJI BENIH

Saudaraku pembaca yang dikasihi! Mari saya bawa anda merenung dan berfikir, serta meneroka jauh ke dasar,agar kita di dunia ini tidak asyik tidur dan kaku. Dunia ini kritiviti kebijaksanaan Tuhan dengan segala kuatkuasaNya, dan ianya juga dikenali sebagai: "Firman atau suara yang senyap." Untuk memahami kerja Tuhan, perlukan kesedaran yang mendalam, kerana kita ini umpama: "Seekor ular yang suka berlingkar asyik tidur setelah menelan dan ditelan oleh 'MAYA'." Saudaraku pembaca! Pada diri kita masing-masing ada 'KUASA', ada 'AKAL' untuk menyingkap kritiviti KUASA TUHAN yang terpendam di dalam diri masing-masing. "Seperti terpendamnya atau tersembunyinya sepohon pokok di dalam sebiji benih." Mari kita cuba memahami 'masa depan' dan perkembangan.... seluruh pokok.... diri itu, yang sudah berada di dalam sebiji benih. Seperti 'software' komputer yang programnya terdapat di dalam 'hard-disc' (benih). Tetapi Si 'benih' tidak tahu langsung akan 'tenaga yang tersembunyi' dan program yang telah ditetapkan oleh 'PENCIPTA'. Apabila pekebun tersebut mula menanam 'benih' tersebut ke dalam tanah, pada tanah yang sesuai dan pada iklim atau suhu yang betul, 'benih' yang di tangan, sebelumnya kelihatan 'pasif, kaku, macam mati', tiba-tiba menjadi 'kreatif, bertenaga, tersedar, dan mula bekerja dari dalam'. Ia mula 'bertunas'.... dan 'tubuh badannya' yang lama, mula 'meninggal dan mati'; bagaikan 'sarung' yang tidak berisi. Dan 'benih' mula menunjukkan... 'kelahiran baru', di dalam tubuh yang baru sebagai 'sepohon pokok besar, kecil, dari sehalus-halus sehingga sekasar-kasarnya'. Dalam beberapa waktu, hari, minggu, dan bulan,.... tiada lagi kelihatan 'benih asal' seperti sebelum kita menanamnya. Ia sudah punya 'penghidupan baru', menunjukkan kemegahannya seperti yang terlihat di sekeliling kita sekarang ini. Selanjutnya kita boleh melihat 'perkembangannya, pertumbuhan kemajuannya, sebagaimana biasa, yang sentiasa berulang-ulang, dari 'sebiji benih asal'. Untuk pengetahuan... Di mana dan bagaimanakah Si Pengatur Program itu 'menyimpam dan memelihara' di dalam sebiji benih, dan pokok-pokok yang berada di sekeliling kita; Adakah semuanya itu 'MISTERI'???.... Saudara, buka FirmanNya: "Sesungguhnya perumpamaan-perumpamaan itu Kami lukiskan untuk manusia. Tetapi tidaklah yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu." Surah Al-Angkabut, ayat 43. Kiasan dan perumpamaan yang saya huraikan di sebelah tadi adalah contoh yang sama, yang mana pada diri masing-masing terpendam suatu kuasa yang pasif, lesu, berlengkar begitu saja. Ramai di antara kita manusia tidak sedar, tidak tahu akan kuasa yang tersembunyi di sebalik diri masing-masing, seperti firmanNya: "Sesungguhnya Aku Sentiasa Bersama Engkau Barang Di Mana Engkau Berada." Surah Al-Hadid, ayat 4. 'ALLAH' itulah 'kuasa' yang terpendam di sebalik jasad masing-masing, yang umpama 'benih', sebelum ditanam dengan 'ilmu pengetahuan'yang betul, di tanah yang subur, diiringi iklim yang sesuai,kemudian dibaja, disiram, dijaga dengan baik:... Ia umpama pekebun yang juga seorang 'GURU' yang membantunya dalam menjaga dan memupuk jiwa, roh dan hati, dengan persekitaran yang sesuai untuk bangkit dan mengejutkan 'KUASA' yang terpendam pada diri masing-masing. Bila 'kuasa' di dalam dapat dibangkitkan, dan disedari,... maka akan lahirlah 'kelahiran sebenar' bagi seseorang: Dalam masa yang sama, akan 'mati' dan lenyaplah 'KEAKUAN' kita selama ini. Bagi kita manusia, yang tidak sedar, dan tidak nampak di tubuh badannya ada apa-apa, atau tidak diketahuinya bahawa tubuhnya umpama sebiji benih yang punya 'Kuasa Penghidupan', 'maka orang itu umpama benih yang kering' yang tidak ditanam dan tidak akan menampakkan apa-apa: "Pastinya tidak akan menampakkan apa-apa perubahan pada diri dan rohnya." From Empty Hands, A.Rahman bin Mahadi, Labis, Johore. Tel: 016-602 0321. 11 April 2013. Next Topics: 1. "This Universe Belongs To All". 2. "Kita Semua Sedang Menuju Era Kegelapan Dan Malapetaka"