Jika kita memikirkan 'kematian' sebagai suatu masalah, itu ertinya kita sedang menuju ke arah destinisi yang salah. Demikianlah apa yang terjadi di muka bumi ini. Bumi ini bagaikan sebuah kapal atau bahtera. Demikian juga tubuh badan itu sedang kita layari ke hujung ke pangkal di dunia ini.
Sedang kita sibuk di alam maya ini, kita langsung tidak mahu ambil tahu akan asal usul tubuh badan dan nyawa itu, tanpa kita ketahui dari mana kita berasal dan ke mana kita akan pergi. Dalam kesibukan tersebut, kita dapat melihat seseorang sudah menjadi tua dan nyanyuk serta mendukacitakan. Kita juga mendengar dan melihat orang mati di sana sini.
Kita mula sedar dan ingin tahu, tetapi tiada siapa suka kepada 'ingin tahu' kita itu dan tiada siapapun berminat kepada pertanyaan kita itu. Realitinya jika kita cuba juga bertanya kepada seseorang.., apa itu 'kematian'? Seseorang itu akan berasa gelisah, semua cuba mengelak dari ditanya. Semua orang tidak mahu atau tidak suka pada topik tersebut, dan semua orang akan menyangka yang kita ini orang yang tidak sihat atau...!
Kenapa seseorang mesti menimbulkan pertanyaan yang memang mengerikan dan tidak disukai oleh semua orang? Kenapa mesti bercakap tentang kematian?.. Kerana perkataan 'mati' itu akan membuat seseorang itu cemas, dan gementar seluruh tubuh badannya. Kalau kita perasan, orang tidak gemar pada perkataan 'mati'. Apabila seseorang itu mati, mereka lebih gemar menggunakan perkataan "mereka sudah kembali" , semata-mata untuk mengelak dari menyebut perkataan 'mati' atau antara lain perkataan "mereka telah dipanggil oleh Tuhan".
Aneh bukan? Semata-mata untuk mengelak dari menyebut 'mati'. Kerana satu perkataan itu 'mati', namun apapun jua perkataan atau ayat, relitinya perkataan 'mati' sebenarnya sangat menggerunkan seseorang dan sangat tidak disukai oleh semua orang.
Perlu diingat!
"Tiada apa yang pasti, kecuali mati, selain
dari itu, semuanya tidak pasti".
Kematian adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sangat mengharu dan menyinggung seseorang. Namun biarlah ia pergi menemui Tuhannya. Tetapi tiada seorangpun yang berminat tentangnya.
Ambil ingatan saudara pembaca!..
Kita semua tidak boleh menyelesaikan erti 'penghidupan sebenar'; tiada apa yang dapat kita selesaikan... Kerana erti penghidupan sebenar sangatlah 'misteri', bukannya suatu masalah. Ingat!.. Kematiaan adalah misteri, bukannya permasalahan. Kita tidak mampu menyelesai atau menjawabnya. Ianya juga bukan 'silangkata', ia sangatlah misteri!.. Ia tetap sebagai suatu misteri. Kita perlu menerimanya sebagaimana ianya. Tiada jalan untuk sesiapa cuba merungkai atau menjawabnya.
Tetapi dengan menerimanya, kitalah orang yang faham akan hakikat sebenar istilah di sebalik kematian tersebut. Masalah tetap berada di situ, tetapi ianya bukanlah lagi suatu masalah. Dalam erti kata lain; tidaklah lagi menolak atau menentang apa jua yang dikatakan 'mati' itu. Kerana perkataan 'masalah' itu sendiri menunjukkan penentangan terhadap 'mati'.., takut akan kematian, ia bagaikan 'musuh' kita semua!..
Apabila kita sudah dapat menerima dan faham, kematian itu apa?.. Ia akan bertukar menjadi 'kawan'. Rasa takut tetap ada, tetapi ia bukan lagi suatu masalah besar, malah memang kita nanti-nantikan, yang sangat menggetarkan jiwa. Justeru, jika isteri atau suami kita mati atau meninggalkan kita, janganlah risau, jadikan ia suatu pengalaman yang mendebarkan jiwa kita. Tiada apa yang silap atau salah akan peninggalan seseorang dan ia juga bukan lagi permasalahan, gembiralah, bersyukurlah. Itulah 'realiti penghidupan'.
Tetapi siapakah yang peduli akan soal 'reliti'?
Kerana semua orang tidak berminat terhadap apa yang berlaku, dari mana asal usulnya dari mana ia datang dan ke mana ia akan pergi? Apakah yang akan terjadi kepada seseorang yang kita kasihi itu tiba-tiba lenyap begitu sahaja, tanpa akan kita lihat dan ketemu lagi. Namun.., kita semua menerimanya, suatu yang misteri itu!.. Tetapi tanpa ingin mengetahui secara lebih mendalam!..
Benar!.. Kita semua menganggap kematian sering berlaku setiap waktu, tetapi kita semua tidak mahu melihat fakta di sebalik setiap kematian. Kerana fakta tersebut akan mengganggu kita semua. Ia menyusahkan dan boleh mengganggu tidur seseorang.
Maka ramailah orang terus saja tidur dibuai mimpi kelalaian, cuba mengelak, mereka terus-menerus cuba mengelak kerana menyalah anggap.., bahawa 'misteri' adalah permasalahan. Ingat tajuk di atas..."Kematian Adalah Misteri, Bukannya Permasalahan".
Perlu diingat!..
Rasa tidak selamat adalah misteri. Kematian adalah misteri. Kasih sayang adalah misteri. Semuanya adalah misteri, dan yang dikatakan 'kemisterian' itu bukanlah sesuatu yang logikal, tidak akan difahami oleh akal... Tiada siapapun yang akan tahu...
Tahukah kita, bilakah masanya kita jatuh cinta dengan seorang perempuan atau wanita? Adakah kita jawapannya kenapa? Bolehkah kita menjawabnya?.. Sebenarnya ia tiba-tiba terjadi begitu saja, tanpa kita sedari. Pandangan pertama kepada seorang wanita, tiba-tiba hati kita berdetik dan berkenan. Kita tidak berdaya untuk menjawabnya, kemudian ia menjadi isteri, atau suami yang seiring dan menghuni di dalam satu bumbung yang sama.., bersama!..
Dan tiba-tiba, sesuatu berlaku, ia boleh lenyap begitu sahaja!.. Sekelip mata.., ia suatu misteri. Kita mungkin telah bersama sejak dua puluh tahun, penuh kasih sayang dengan segala keseronokan dan kegembiraan. Tiba-tiba suatu hari.., iklim atau suasana begitu tidak lagi dirasai, gelombang dan getarannya sudah tidak ada lagi. Kita masih berada di situ, tetapi isteri atau suami yang kita kasihi selama ini sudah hilang di mata... Tiba-tiba hilang begitu sahaja, tiba-tiba kosong, bagaikan tidak tahu entah ke mana!
Bayangkan kasih sayang yang dibina sejak dua puluh atau empat puluh tahun.., tiba-tiba sudah tidak ada di sisi kita, kegembiraan sudah lenyap! saudaraku pembaca, perlu diingat!..
"Kasih sayang bukan kepura-puraan dan
kasih sayang tidak mampu kita mengatur atau menguruskannya."
Tiada siapa yang mampu untuk mengatur atau mengurus kasih sayang Tuhan, ia lebih agong dari apa yang kita semua cuba fikirkan. Kasih sayang datangnya dari sumber yang 'SATU' itu, iaitu "kasih sayang pencipta itu sendiri", sebagaimana kelahiran dan kematian. dari manakah ia datang? Saudaraku, 'tiga' perkara ini:
1. Kelahiran 2. Kasih sayang 3. Kematian
Datangnya dari yang tidak kita ketahui. Ia tiba-tiba saja muncul bagaikan angin bayu yang menyentuh kita, kemudian tiba-tiba ia lenyap begitu sahaja.
Ketiga-tiga di atas, tiada siapa dapat menyelesaikannya, tetapi kita boleh memahaminya. Jika kita boleh memahaminya, ertinya terima sajalah, bahawa: kelahiran.., kasih sayang, dan kematian tetap berada di situ, pada diri masing-masing atau yang dikatakan pasangan kita itu. Dan jangan sekali-kali kita menganggapnya sebagai suatu masalah... Cuma ingat ianya adalah suatu 'misteri'.
Bila kita sudah benar-benar faham dan sudah dapat merasainya bahawa ianya adalah 'misteri', nanti kita benar-benar akan faham erti 'hidup' dan kita akan dapat merasai perhubungan yang sangat rapat terhadap seluruh yang hidup dan bernyawa. Ia merupakan suatu keraian, suatu kepercayaan dan keyakinan. Saudaraku yang dikasihi, perlu diingat! Semuanya itu hanya boleh berlaku:
"Jika akal kita sudah benar-benar tidak
lagi bertelingkah, berseloka dan bermain-main."
'Hati' itulah 'pusat' di mana boleh berlakunya kasih sayang sebenar, kelahiran berlaku, kematian juga berlaku. Ingat!..
"Bila mati berlaku.., hati itulah yang terhenti."
"Bila kasih sayang berlaku.., hati itulah yang menari-nari."
"Bila kelahiran berlaku.., hati itulah yang mula-mula sekali berdenyut."
Ambil ingatan saudaraku!..
Segala yang 'benar' lagi 'hak' itu adalah di 'hati', dan segala yang tidak benar, palsu dan batal adalah di 'akal'.
Akal, latarbelakangnya adalah 'dunia' tempat bermain-main. Justeru saudaraku, suatu perubahan yang sangat penting bagi kita semua adalah 'bagaimanakah untuk kita membuat anjakan tenaga "dari akal ke hati".
Selamat Berfikir!...
From Empty Hands,
A. Rahman Bin Mahadi
016-6020321
10 NOVEMBER 2009
Next Topic: "Aging And Maturity"
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)