Tuesday, April 27, 2010

MENCONTOHI KEUNGGULAN IBU BAPA ZAMAN DAHULU

Zaman ini remaja atau pelajar tidak lagi diajar nilai-nilai kebaikan. Malah apabila ia Si anak balik saja dari sekolah atau balik saja ke rumah, Si emak terus saja membuka televisyen (TV), atau Si anaknya sendiri yang membukanya. Si bapa atau Si ibu juga turut serta duduk menonton TV.

Dahulu kala, Si ibu bapa bertanya dan membantu anak-anaknya menyemak mata pelajaran yang diajar di sekolah untuk membuat ulangkaji di rumah.

Zaman ini, Si ibu bapa semuanya bercita-cita agar anak-anaknya dapat belajar sehingga ke menara gading dan mencapai kejayaan untuk keduniaan, seperti berjawatan tinggi, berpangkat, berprestij. Sebab itulah kita lihat kini ramai yang terpelajar, berkelulusan tinggi, tetapi bolehlah kita samakan seperti:

"Kita menyimpan wang di dalam bank, tetapi bila kita hendak mengeluarkan
wang tersebut,... ianya tidak laku?"


Mari sama-sama kita halusi apakah puncanya kacau-bilau yang sedang berlaku di seluruh dunia sekarang ini?

Kerana kita "tidak lagi mendapati ibu bapa yang unggul". Maka kita "tidak akan dapati juga anak-anak yang unggul".

'Pendidikan pertama' dan 'utama' adalah di rumah itu sendiri. Jika isi keluarga di dalam sesebuah rumah itu unggul dan baik, apabila Si anak berada di dalam masyarakat keluarga tersebut, ia akan dapat mempelajari nilai-nilai yang baik di sisi masyarakat.

Selaku penuntut atau remaja yang baik, pasti ia dapat mengecam apa juga ilmu pengetahuan, kebijaksanaan dan nilai-nilai yang baik yang telah dipelajari, juga diajar oleh masyarakat di sekelilingnya.

Justru, masing-masing perlu menyoal dirinya apakah yang telah disumbangkannya kepada masyarakat setelah menerima terlampau banyak faedah yang telah diperolehinya? Ingatan!

Kepada semua pembaca!

Kita semua dahulunya adalah remaja, kemudian dewasa, dan tua. Terlalu banyak faedah, sumbangan, tawaran dan pelbagainya demi masyarakat. Tetapi apakah sumbangan semula kita sebagai balasan terhadap mereka?

Demikian kita manusia memang tidak tahu mengenang budi dan jasa. Sepatutnya kita berterima kasih dan bersyukur kepada mereka yang telah menghulurkan tangan dan sesuatu kepada kita.

Apalah guna berpelajaran tinggi, berkedudukan tinggi, jika kita tidak pernah hendak berterima kasih dan menghormati kepada mereka yang telah menyumbang cukai kepada negara.

Tiada gunanya berpelajaran tinggi, sama ada kita bergelar seorang profesional dalam bidang apa pun, tetapi kita diumpamakan: "Seperti Kacang Lupakan Kulit!"

Kepada semua pembaca, ambil ingatan ini!

Perkara paling utama, belajarlah untuk "menghargai dan menghormati masyarakat"; kerana kita dilahirkan di dalam masyarakat, dibesarkan di dalam masyarakat, dan tetap terus "menjadi sebahagian daripada masyarakat", sehinggalah kita mati.

Ikuti satu contoh sebuah cerita:

Seorang anak muda datang menghadap ibunya, lalu mencium tangan ibunya, sambil berkata: "Izinkan saya untuk pergi berperang". Mula-mula Si ibu berat hati dan enggan membenarkan, kata Si ibu: "Bapa engkau sudah tiada, isteri engkau sedang mengandung, aku tidak tahu apa akan terjadi kepada engkau di medan perang nanti? Maka aku nasihatkan, janganlah engkau pergi!"

Berkata si anak: "Ibuku! Bukan begitu caranya ibu mengajar saya, ibu sepatutnya menggalakkan saya pergi ke medan perang, 'seperti singa yang sedang lapar'. Ibu sepatutnya tidak melemahkan semangat saya."

Dengan kagumnya si ibu pun memberi restu sambil berkata: "Anakku! Benar apa yang engkau katakan, ibu merestuimu, pergilah! Ibu iringi dengan doa semoga engkau menang dalam peperangan tersebut."

Kata ibunya lagi: "Anakku! Semoga engkau dipanjangkan umur, semoga engkau dapat menempah nama yang baik untuk keluarga ini, dan semoga Tuhan sentiasa bersama engkau dan melindungi engkau!"

Memanglah menjadi kewajipan seorang anak untuk menempah nama yang baik untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Tetapi zaman moden ini, ibu bapa tidak lagi mengajar perkara-perkara yang baik kepada anak-anaknnya, malah membelikan permainan atau sebagainya apabila menyambut hari kelahirannya.

Tetapi zaman dahulu, Si ibu akan menyambut hari kelahiran anak-anaknya apabila Si anak mencipta nama yang gemilang untuk keluarganya sahaja. Ertinya:

"Si ibu bapa tidak akan merasa gembira kerana semata-mata kelahiran
seorang bayi. Si ibu bapa hanya akan merasa gembira apabila Si anak
mempunyai akhlak yang baik dan pencapaian yang gemilang untuk ibu
bapanya, barulah ibu bapa tersebut berasa sangat bangga dan gembira!"


Demikian 'jurang perbezaan budaya' yang sangat luas yang diamalkan oleh orang-orang dahulu dengan orang-orang sekarang.

Semua orang tahu, bukan sahaja seorang ibu itulah yang melahirkan anak-anaknya, tetapi juga menjaga pertumbuhan dan pembesarannya, sehingga ia menjadi dewasa.

"Di riba ibu kita itulah, persekolahan pertama kita."

Sebab, "ibu itulah perkara pertama dan utama dalam apa jua hal"... Ibu itulah mesti didahulukan, pertama-tama mesti dihormat dan disanjung. Ingat!..

"Si ibu itulah orang pertama yang mencorak dan mewarnai penghidupan
si anak."


Walaupun Si ibu menghukum anaknya kerana apa jua kesilapan dan kesalahan, pastinya ia melakukan dengan sifat-sifat kasih sayang, kerana ingin membawa dan menunjukkan ke jalan yang betul. Ingat!..

"Zaman ini ibu seumpama itulah yang kita perlukan."


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
016-6020321

28 APRIL 2010

Next Topic: "Good Mothers Are Nation's Pride"