Sunday, September 19, 2010

TUHAN MEMPAMERKAN KUASANYA DENGAN PELBAGAI CARA

Beriman kuat dan kukuh keyakinannya terhadap Tuhan adalah suatu 'nilai' yang sangat tinggi dan terpuji, yang patut ada di dalam setiap jiwa manusia.

Keyakinan itu mestilah berasaskan "sentiasa sedar bahawa Tuhan sentiasa saja bersamanya, mengekorinya, memerhatinya dan memantau segala gerak-gerinya walau di mana sekalipun kita berada".

Dalil dan madlulnya meliputi setiap sesuatu.

Bagi kita manusia, mampukah kita manusia yang sedang berada di alam yang begitu luas, gagah lagi hebat ini dengan segala 'ciptaanNya'... Tidak menyedari apa-apa, asyik berkhayal dengan harta benda dan kekeluargaan.

Mampukah dunia yang dengan segala ciptaanNya, yang terbentang luas ini kewujudannya dibawa oleh manusia.

Ingat! Semuanya itu perlu kita ketahui bahawa di sebalik universe yang maha luas lagi perkasa ini sebenarnya wujud "PRINSIP KETUHANAN" yang tersirat, yang mengandungi rahsia yang tidak difahami oleh 'akal' manusia!...

Ambil contoh:

'Api' yang terpendam di dalam sebatang sepohon kayu... di dalam 'kayu' itu sendiri. Jika "geselan berlaku antara kayu dengan kayu", ia boleh "menerbitkan api" dan membuat sepohon pokok itu terbakar dan hangus.

Semua orang tahu di zaman purba, memperoleh api adalah dengan gesekan atau geselan kayu dengan kayu.

Begitu juga dengan 'batu', dengan mata kasar, tidak terdapat 'api' di dalam 'seketul batu'. Tetapi apabila "digesel, dihantukkan dengan kuat, ia akan memancarkan 'api'" Tetapi apa yang terkandung di dalam batang-batang kayu tidak memusnahkan dirinya. Adakah itu kerja-kerja manusia?

Ambil lagi satu contoh:

Proses pemakanan yang kita makan setiap hari yang mampu menukarkan menjadi "setitik darah". Adakah itu juga ciptaan manusia?

Ingat! "Di dalam setiap apa juga terdapat, terpendam kuasa Tuhan", yang terus saja "menyingkap dan mempamerkan kuasaNya" dengan berbagai-bagai cara.

Lihat juga bunga yang berbagai-bagai rupa dan warna. Kita manusia hanya mampu membuat bunga plastik dengan meniru ciptaan Tuhan. Tidak akan ada seekor kumbang pun yang ingin mendekati bunga plastik ciptaan manusia. Jauh sekali untuk mengharumkannya dan menyebarkan bauannya.

Terdapat air yang enak lagi manis di dalam sebiji kelapa, siapakah yang menuang dan mencurah air di dalam buah kelapa tersebut? Adakah itu kerja-kerja manusia? Tidak! Hanya Tuhan saja yang boleh melakukannya!

Justeru, banyak lagi yang perlu kita singkap kalau kita seorang perenung dan pemikir. Ambil ingatan bagi yang jahil dan bodoh!

Ada masakah untuk kita bertelagah tentang kuasa? Kuasa apakah yang ada pada manusia yang cuba hendak berkuasa ke atas manusia dan cuba hendak memerintah dan mentadbir manusia?

Saya ingin menyentuh sedikit mengenai politik semasa yang gilakan kuasa!

"Apakah yang membuat seseorang itu bernafas?"
"Siapakah yang menempatkan janin di dalam rahim seorang ibu?"
"Siapakah yang menahan nafas seseorang yang sedang bernafas?"

Jangan jadi orang bodoh dan jahil, saya ingin ingatkan sesiapa juga yang sedang memerintah dan ingin memerintah, jangan mementingkan diri. Cuma ingat satu perkara saja!

"Kita tidak boleh mengurus nafas kita sendiri, kita tidak mengurus pertumbuhan dan perkembangan fizikal kita sendiri. Justeru, APAKAH yang hendak kita REBUTKAN?"

Ingat!... Kita semua adalah ditadbir, bukan mentadbir. Seluruh alam ditadbir oleh Tuhan, termasuk kita semua. Justeru, bolehkah kita cuba mentadbir alam dan manusia?

Oleh itu jangan buang masa dengan bertelingkah dan bertelagah. Kalau kita ingin memikir akan "Keagongan dan Kebesaran Tuhan"... mengumpat pun kita tidak sempat, jauh sekali menjanjikan sesuatu yang mengkhayal dan penuh igauan.

Yang boleh mentadbir alam ini adalah "hanya Tuhan"... Jangan sempitkan akal itu, buka minda dan hati masing-masing dengan seluas-luasnya.

"Selamat merenung, memikir, dan bertaffakur!..."


From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore

20 SEPTEMBER 2010

Next Topic : 1. "Drug And Alcohol Abuse"
2. "Dunia dan Sains Penghidupan - Proses Perubahan Terhadap Manusia"