Saturday, December 4, 2010

MELATIH AKAL PEMIKIRAN, AIR MUKA ADALAH GAMBARAN AKAL

"Orang-orang yang tidak berpenyakit bukan bererti ia orang-orang yang sihat".
"Orang-orang yang sihat adalah orang-orang yang sihat fizikalnya, akalnya , emosinya, kemasyarakatannya dan kerohaniannya."

Ingat!

"Jika dikatakan seseorang itu tanpa penyakit, itu bukan bererti ia orang sihat."

Lihat rata-rata di dunia ini, masyarakatnya, pemimpinnya, di negara kita sendiri, ramai yang sedang dilanda "penyakit otak". Kini manusia sedang "berperang dengan akalnya", sehingga sanggup memusnahkan tubuh badannya, saudara maranya yang sejenis dengannya di muka bumi ini. Sebab itulah "ia berpenyakit".

Manusia bukan saja berperang sesamanya, malah ia telah mencemar, menceroboh dan memperkosa alam sekitarnya.... Dalam ertikata lain, "alam di sekelilingnya juga secara senyap-senyap sedang menjauhkan dirinya dari manusia. Sesiapa yang sedar, akan dapat merasakannya".

Manusia kini sibuk menghias dan menggemukkan tubuh badannya, juga sibuk berseronok-seronok tanpa memberi tumpuan waktu dan masa untuk ... 'AKALNYA'.

"Tanpa ingin memahami sifat AKAL dan tujuannya. Manusia hilang kearifan dan kebijaksanaan, ROHnya kering kehausan. ROH yang tidak dipupuk dan disiram".

Manusia akan kehilangan tenaga, akan sentiasa berfikir salah, menyimpang dan akan "mengalirkan getaran elektromagnetik yang negatif". Apabila elektromagnetik yang positif mengalir di akal fikiran masing-masing; seperti kasih sayang, tidak mementingkan diri, maka suhu panas (stress) tubuh badan kita masing-masing akan menurun. Seseorang itu akan berasa lega dan tenang.

Ambil perhatian saudara pembaca yang dikasihi!

'Akal' sifatnya sentiasa "berkeinginan, ingin tahu, ingin cepat dan suka mendesak serta menakluk apa saja"... Proses begitulah digelar:

"Akal dengan segala kecelotehannya".

Akal tidak tahu duduk diam, perangainya seperti; "monyet, kuda, gasing, ombak, gelombang, dan lain-lain".

Tengok dekat-dekat segala sifat yang disebutkan di atas, amati dan rasakanlah di akal fikiran masing-masing.

Untuk pengetahuan pembaca!

Kita semua patut berhati-hati dan "waspada terhadap semua tindakan kita yang datangnya dari akal masing-masing". Ia bagaikan 'penguasa', pemerintah yang sangat pandai memujuk dan merayu ke arah segala yang negatif".

Ambil tahu, bahawa akal kita masing-masing adalah mekanisme yang mudah menerima tetamu yang tidak diundang... Sekurang-kurangnya "sehari semalam sebanyak 50 juta tetamu masuk dan keluar". "Lebih banyak masuk daripada yang keluar". Kalau ia keluar, keluarnya dengan sangat perlahan, kata pepatah;

"Seperti Awan Yang Berarak Lalu".

"Lima Puluh Juta Tetamu" (50 juta) 'tetamu' yang dimaksudkan adalah; "segala yang lampau diingat kembali, 'esok' yang tidak menentu dan belum pasti, sudah dirancang masuk ke akal pada saat ini" dan 'saat ini' kita sedang berhadapan dengan pelbagai masalah. Masalah seperti hutang kereta, rumah, dan sebagainya, masalah anak-anak, isteri, suami, adik, kerja, harta kekayaan dan lain-lain yang mengganggu dan menyumbat akal fikiran kita masing-masing".

"Mungkinkah kita semua boleh sembahyang secara khusuk?" Jawapannya ada pada diri masing-masing, jangan berbohong kepada diri sendiri.

Sebab itu kita lihat ramai orang di sekeliling kita tidak tenang dan tidak tenteram.
Zahirnya saja kita nampak seseorang itu tenang, tetapi 'akalnya' dikocak, ketidaktenteraman. Jika kita tidak mahu belajar dan "memahami sifat-sifat akal" dengan segala latarbelakangnya; tiada siapa dapat hidup tenang , tenteram dan bahagia.

"Akal fikiran yang baik" dapat mengangkat dan meninggikan martabatnya sebagai "seorang manusia" dan menggunakan seluruh tenaganya untuk kesejahteraan semua manusia dan seluruh kewujudan di sekelilingnya.

Kapal di laut yang sedang belayar menempuh ombak besar; sebenarnya dipandu dan berpandukan 'kompas' untuknya bergerak mengikut keinginan dan kemahuan yang terurus dan terarah secara betul melalui 'kompas' yang bergelar 'AKAL'.

Tanpa kompas, risiko kapal tersebut besar, kemungkinan akan 'tersadai' dilambung ombak, terhempas dan melanggar ketulan ais yang terapung di permukaan lautan (icebergs).

Kita "manusia perlu melayari hidupnya di lautan penghidupannya", di daratan atau di lautan, dengan "satu tujuan yang baik untuk kesejahteraan semua penghidupan di dunia ini".

Seseorang boleh merasa di dalam dirinya, bagaimana sukar sekalipun, "ia tetap sedar yang ia punya akal yang membezakan dirinya dengan haiwan melata". Ertinya:

"Kita manusia dibekalkan 'AKAL' untuk membuat perbandingan".

Ingat!

"Air muka kita adalah 'potret atau gambaran akal'. Atau boleh juga dikatakan air muka kita adalah 'acuan akal'."

"Di air muka itulah boleh kita lihat... perasaan seseorang, keputusan dan keinginannya."

Contoh begini:

"Alat pemain piring hitam 'gramophone', dalam rakaman tersebut terkandung... perkataan, nyanyian dan bunyi-bunyian. Ia hanya boleh didengar, tetapi tidak boleh dilihat".

Tetapi yang terkandung di dalam akal fikiran kita; "umpama akal yang jahat, seperti amarah, kebencian, cemburu, putus asa, sombong dan ego". Atau "akal yang baik, seperti kebenaran, ikhlas, kasih sayang, amalan belas kasihan." Semuanya itu "boleh dilihat melalui air muka masing-masing", walaupun ia tidak boleh didengar.

Kerana;

"Air muka kita yang baik atau yang jahat, adalah 'acuan' atau 'potret akal', yang boleh dilihat melalui air muka masing-masing".

Setiap apa yang kita terima melalui akal kita masing-masing akan membentuk jalur pemikiran. Ia tidak ubah seperti kita menampal sesuatu ingatan atau amaran di papan kenyataan, di air muka kita masing-masing lalu menghebah atau tersebar kepada yang berkenaan atau ada kaitan dengannya.

Apa yang terpapar di akal fikiran kita, tidak dapat atau tidak boleh diselindung atau disembunyikan. Jika kita berusaha juga untuk menyembunyikan, kita memang benar-benar orang yang bodoh atau dungu dan kita tidak ubah seperti kata pepatah:

"Kita tidak ubah berkelakuan seperti seekor 'burung kasuari' (ostrichs), bila ia dikejar oleh seseorang atau sesuatu,... ia akan membenamkan kepalanya ke pasir, lalu menganggap dirinya 'selamat' dari dibunuh atau terbunuh oleh musuhnya".

Tetapi tubuhnya yang besat itu menarik perhatian musuhnya, itu tidak disedari olehnya. Pastinya ia terperamgkap dan terbunuh juga akhirnya.

"Akal fikiran yang baik" atau 'jahat', sebenarnya boleh "tergambar pada air muka" masing-masing dengan sangat jelas.

Tahukah kita bahawa "Akal fikiran kita masing-masing kesannya terhadap sesuatu 'kesedaran' adalah sangat halus, lebih halus daripada arus pengaliran elektrik?"

Terangnya memang suatu keperluan dan ia mempunyai motif, nama dan rupa. Ia "mewarnai arus pemikiran" dengan jelas dan nyata dengan pelbagai corak dan cara. Akal kita semua, "sebelum baligh, adalah suci dan bersih, langsung tiada contengan atau lakaran". Tetapi lama kelamaan, "dengki dan kotoran dunia mula melekat dan melekap dengan pelbagai kepalsuan". Semuanya itu terpulang kepada "bimbingan, keadaan dan persekitaran".

'Akal fikiran' jika tidak dilatih dan dikawal, ia cepat 'membiakkan' sesuatu yang negatif, ia cepat menokok dan menambah. Ia adalah "suatu kuasa yang sangat tajam dan kuat, dan boleh memusnahkan tuannya sendiri".

"Akal sangat giat dan aktif".

Ia menggiatkan mata, lidah, hidung, dan seluruh persepsi organ dan tindakan. Akallah yang memulakan segala kegiatan, apa yang difikirkannya dan "ia mudah menangkap dan terpengaruh".

Ingat saudara pembaca!

"Akal ada penyaksi yang tidak dapat dilihat, ia merupakan pemerhati yang sangat berminat dan ingin mengambil tahu". Ia dikatakan:

"Seperti permaisuri yang terkurung di dalam sebuah istana, memerhati gelagat lelaki dan apa saja di luar sana melalui sebuah lobang tingkap yang kecil (biji mata)".

Dari manakah akal fikiran itu berasal? Ia terbit dari 'keegoan' kita masing-masing. 'Aku'.., 'Aku'.., 'Aku tahu', 'Aku pandai'..., yang datangnya atau terbitnya dari dalam diri masing-masing. Semuanya bertunas, bercambah dari akal fikiran yang 'Egois' lagi "jahil tentang Kebesaran atau Keagongan Allah".

Justeru, kita semua perlu berhati-hati dan waspada terhadap 'Akal Fikiran' kita, sama ada ia boleh mengangkat kita ke martabat 'insaniah' atau kepada 'haiwan yang melata'.

Perlu diketahui bahawa "perjalanan akal adalah lebih pantas daripada perjalanan cahaya". Ertinya; 'Kedua-duanya' mestilah pandai mengawalnya.

Melatih dan mengawal 'akal', mestilah bijak, kerana jika asyik mengikut tingkah dan kehendaknya saja, kita akan jatuh ke tahap 'kebinatangan'. "Gunakanlah kuasa perbandingan" untuk "mengawal kerakusan akal".

Mengawal akal perlukan 'kemahiran dan kepakaran', tetapi ia bukan kerja mudah.

Buat saya, selaku penulis dan "pengkaji sifat deria dan akal", akal sifatnya sangat 'licik'. Untuk pengetahuan pembaca:

"Saya lebih percaya seseorang itu boleh menelan air selautan dengan sekali teguk, dari mempercayai seseorang itu boleh mengawal akal fikirannya."

Namun apapun, carilah cara dan mekanismenya, jika tidak, kita akan terjebak dengan seribu satu macam masalah.


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

5 December 2010

Next Topic: 1. "Knowledge About Body"

2. "Memahami Apa Yang Dikatakan Akal Separuh Sedar"