Wednesday, December 30, 2009

MEMAHAMI AKAR UMBI PERKATAAN AGAMA DENGAN SEGALA FUNGSINYA

Agama bukanlah apa yang seperti difahami oleh semua orang.
Agama bukanlah bermaksud Islam, Kristian, ataupun Hindu.
"AGAMA" adalah "suatu nilai".

Semua agama yang wujud di muka bumi ini dan ia bukan suatu jumlah yang kecil. Ada lebih kurang "tiga ratus agama" di dalam dunia ini. Justru, sukukata atau perkataan "AGAMA" perlu dihalusi dan difahami perkataannya sangat dalam maksudnya:

Ia membawa maksud "penggabungan", bergabung menjadi satu supaya tidak ada lagi bahagian-bahagian yang terpisah, semua bersatu menjadi SATU.
seperti firmanNya:

"Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
dan jangan kamu berpecah-belah".
(Surah Ali-'Imran, 103)

Berpegang teguh bererti sudah tidak ada lagi yang terpisah-pisah.
Akar-umbi pada sukukata atau perkataan "Agama", membawa maksud:
"menyatu-padukan sesuatu yang terpisah
atau bercerai-berai"
.
Menjadi kukuh, kukuh bersatu.

Setiap bahagian yang terpisah, adalah kaku dan mati. Satukan atau cantumkan semula, akan muncul nilai atau kualiti, nilai penyatuan atau kesatuan, ingat!

"Membawa sesuatu yang bermutu dan bernilai dalam kehidupan seseorang itulah tujuan beragama - ia tiada kena-mengena soal syaitan dan iblis".

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Perasankah kita, memerhatikan di dunia ini, di sekeliling kita, bagaimana fungsi pengamal-pengamal agama sudah "mengubah seluruh nilai keagamaan" yang sepatutnya menjadi "sains integrasi", agar kita semua patut bersatu, kuat dan teguh. Semoga apa jua yang kita lakukan, akan berfungsi secara harmoni terhadap apa jua bermula pada diri kita masing-masing tanpa ada konflik, perpecahan, pergaduhan. Dalam ertikata lain, tiada siapa tinggi, tiada siapa rendah, kita semua adalah SATU, bersatu, semuanya secara harmoni.

Sangat sedih dan memalukan:

"Agama yang kita anut selama ini telah membuat kita manusia, lupa akan makna agama itu sendiri".

Malah kita menentang integrasi atau penyatuan, bagaikan tiada rasul dan nabi yang menyampaikan sesuatu, agar kita semua mesti bersatu. Tuhan bagaikan hak masing-masing, beragama bagaikan kebudak-budakan. Kita tidak sedar, kita diperhatikan oleh penganut agama lain, yang tidak kurang juga macam kita.

Apakah yang kita lakukan sehari semalam sembahyang lima waktu, kenapakah kita tidak dapat mencegah kemungkaran di dalam diri kita? Malah kemungkaran bermaharajalela di luar sana, dalam apa jua institusi keagamaan, siasah, kemasyarakatan, perniagaan dan kekeluargaan.

"Bukankah tujuan solat untuk mencegah kemungkaran, dan bukannya mementingkan diri sendiri".

Kita lihat manusia, otaknya berpenyakit, semuanya berpecah-belah, berpuak-puak - falsafah, ideologi dan juga agama; bukan lagi proses ke arah "pengobatan dan penyembuhan".

Semua punca tersebut adalah berakar-umbi daripada konflik dalaman.
Ingat sidang pembaca!

Kita sebenarnya, sesama sendiri, menyakiti diri sendiri, mencemar dan menghina agama sendiri melalui tingkah laku yang tidak sewajarnya.

Seperti kata pepatah:

"Tangan kanan menyakiti tangan kirinya sendiri, dan tangan kiri menyakiti tangan kanan kita sendiri".

Kedua-dua tangan kanan dan kiri tercedera. Kita bagaikan tidak punya "roh".
Kita ingat bahawa makan, minum, kahwin, berkhatan - itulah agama.

Kenapakah kita bagaikan "orang tidak berakal, bagaikan orang buta dan menganggap Tuhan itu tidak ada, ataupun sudah mati".

Dari pemerhatian dan penyelidikan saya, agama yang dianuti oleh penganut, tidak menjadi amalan, jauh sekali penghayatan. Saya nampak, agama yang menjadi pegangan orang-orang Melayu tidak banyak membantu, malah berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, termasuklah mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulamak, mereka bagaikan "orang bisu". (Religions that have not been healing processes).

Agama sebenarnya adalah landasan yang mampu membentuk sahsiah dan jati diri seseorang. Hanya agamalah tempat mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, bukanlah sebaliknya. Tetapi kini agama telah dicemari dengan pelbagai adat dan budaya. Ramai orang menyangka, mereka menyempurnakan upacara agama, tetapi jauh di dalam diri masing-masing, mereka menanam benih-benih "keegoan". "Jadilah nombor satu, aku sajalah yang tahu".

Nasihat saya; Kalau semua orang mengatakan; Semua dia tahu - anda perhatikan saja, dan duduk diam-diam, lihat bagaimana ego seseorang itu mengembang.

"Agama sudah menjadi bahan senda gurau, dan sudah berada di pentas-pentas politik". Jahanam mereka.

Ingat!
"Agama bukan 'fiction' atau untuk tempat kita berilusi dan bersenda-gurau".

Mereka pada mata kasarnya saja petah berfirman, kelihatan 'alim, tetapi mereka sebenarnya adalah;

"Jahil murakap". (Jahil akan dirinya, dan jahil akan Tuhannya!)

Di dunia ini, saudaraku pembaca yang budiman;

Sebenarnya kita manusia ini langsung tidak ambil pusing soal persekitaran di dunia yang sedang kita huni ini, tempat kita membesar, dan kemudian lenyap.

Ingat saudaraku!

"Jangan ingat dunia ini inginkan kita". Tanpa kita manusia di dunia ini, dunia tetap berjalan lancar, tengok saja di antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini - Matahari, bulan, udara, pokok-pokok, hujan, tumbuh-tumbuhan, terus saja berfungsi mengikut perintah. Pagi matahari terbit - petang ia terbenam, bunga-bunga terus saja menguntum, mengembang, menyebarkan haruman, musim-musim datang dan berlalu.

Jika siapa jua anda, ulamak, pemimpin, berpangkat, berjawatan setinggi mana sekalipun, petah macam mana sekali anda berbicara, tinggi ilmu falsafah atau keagamaan, tidak akan membuat dunia ini berubah, tiada bezanya, kerana anda semua sudah tiada di dunia ini lagi.

Kewujudan ini akan terus saja berjalan lancar . Kita manusia memang tidak akan pernah puas dan tahu berterima kasih - Kerana itulah krperluan kita semua. Demikian natijah di sebalik segala-galanya, rasa yang ada pada kita semua, buat tidak peduli.

Orang yang berperangai macam inilah yang perlukan agama.
Antara agama yang banyak di dunia ini ialah;
Islam, Judaism, Kristian, Buddhis, Jainis, dan macam-macam lagi.

Ada terdapat lebih kurang 300 (tiga ratus) agama di muka bumi ini. Semua mereka mengatakan Tuhan itulah "pemberi rezeki". Tuhan itulah yang melindungi mereka. Tuhan turunkan kitab, agar kita semua dapat berkenal-kenalan.

Seperti firmanNya:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa". (Al-Hujurat, ayat 13)

Tetapi kita melakukan sebaliknya, kita berperang, kita berbunuh, kita bersengketa sampai mati?

Pembaca.., kalau perhati dan renungi firman di atas dengan penuh kesedaran, dapat pergi melampaui akal yang cetek, kita akan dapat melihat sesuatu itu secara terus, tanpa prajudis, tanpa ideologi yang menutup mata kita atau membuat kita ini menjadi buta.

Jika kita boleh melihat dunia ini secara terus dan tembus, sekelip mata saja kita boleh tahu mana yang betul dan mana yang salah - Tidak perlukan "orang" untuk memberitahu kita.

Saudaraku pembaca!

Agama Islam yang sedang anda anuti dan bersungguh-sungguh berpegang kepadanya, tidak sewajarnya membuat kita semua menjadi "buta", mengikut-ikut secara membuta tuli. Agama tidak menghalang untuk kita semua "berfikir". Berfikir ertinya "mempertajamkan minda dan kebijaksanaan" kita.

Agama tidak membuat seseorang itu menjadi lesu, tegang dan bagaikan orang mati.
"Mendalami agama ertinya mendalami yang hak".

Orang yang benar-benar beragama adalah orang-orang yang dalamannya sangat kaya - memang kaya, kekayaannya melimpah-limpah, ia sanggup berkongsi dan berkorban apa saja, tidak ubah seperti awan mendung yang akan menumpahkan air dan berkongsi dengan bumi yang sedang kehausan.

Saudaraku pembaca yang budiman!

Dewasa ini kita lihat ramai penceramah agama yang pelik-pelik walaupun mereka keluar dari gedung-gedung ilmu berkelulusan Azhar, Jordan dan sebagainya, mereka semua tidak ubah seperti:

"Hanya penterjemah atau pengalih bahasa
wahyu Tuhan dan hadis nabi
semata-mata dan mementingkan diri sendiri dan ada yang mempolitik
dalam arena siasah dan berhujah sesama sendiri".


Untuk pengetahuan sidang pembaca;

Kriteria untuk menyampai, berceramah, berpidato, bersyarah, khususnya dalam bidang keagamaan, sebenarnya;

"Selagi seseorang itu tidak ada ketenangan
di akal fikirannya (chatter box),
ketenangan dan kesenyapan di dalam hati, sinar cahaya yang menyinar
dan menyuluh ke hati sanubari, selagi itulah seseorang itu tidak boleh
melakukan khidmat kepada sesiapa. Kerana kita sendiri dalam keadaan sakit
dan tidak sihat, kita sendiri bagaikan orang muflis, sangat miskin,
di dalam diri kita sendiri sebenarnya kosong, penuh kegelapan.
Mana mungkin kita boleh membantu orang lain dengan ceramah kita; kecuali
kita terpaksa, berpura-pura. Mana mungkin kita mampu menolong orang lain?
Kita sendiri sedang lemas. Adalah sangat bahaya untuk menolong orang
lain, kemungkinan besar kita juga akan membuat orang lain tenggelam sama".


Justeru, siapa juga di luar sana, petah berceramah dalam apa jua bidang pun, khususnya keagamaan, pastikan anda latihlah diri itu, belajar dahulu berenang, barulah nanti kita boleh menghulurkan tangan kepada seseorang yang memerlukan pertolongan kita, yang sedang terkapai-kapai hendak tenggelam.

Justeru, agama menuntut kita menghargai diri dalaman kita terlebih dahulu. Kalau tidak, kita hanya seorang hipokrit, mencari nafkah melalui ceramah, sedangkan kita sendiri sedang dalam keadaan kelemasan.

Lihat apa yang terjadi di dada-dada akhbar dewasa ini, semuanya punca kecuaian, pengabaian ummat Islam itu sendiri, sehinggakan "kalimah ALLAH" yang begitu subjektif pun dapat dirampas oleh pihak gereja. Adakah perkataan "ALLAH" itu lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada perkataan "Allah"? Dan adakah perkataan "Allah" mesti dibicarakan di mahkamah? Saya anggap semua orang Melayu Islam mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan jawablah esok di akhirat nanti.



SELAMAT MEMIKIR!


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore

016-6020321

03 JANUARI 2010

Next Topic: "Thinking Is Always Divisive. It Divides"