Sunday, March 1, 2015
KITA TIDAK PERLU RISAU TENTANG MASA DEPAN
Majoriti di antara kita manusia bukan sahaja risau tentang masa depan mereka. Makhluk lain selain dari manusia, bebas dari apa-apa jua permasalahan. Saudara Pembaca! Kita semua tahu bahawa tiada siapa yang boleh meramal apa akan terjadi kepada kita semua hari esok. Tetapi tidaklah perlu kita risau sangat dengan tidak tentu pasal.
Apabila timbul kesulitan dan permasalahan, ada banyak cara untuk kita menguat dan mengukuhkan akal kita untuk mengurangkan keazaban mental dan kedukaan.
Pertama:
Kita mesti sedar dan tahu bahawa di dunia yang sedang kita berada di dalamnya, hendaklah dianggap semuanya tidak sempurna, dan kita cuba lari darinya.
Ambil Ingatan Ini!
"BAHAWA DUNIA YANG SEDANG KITA BERADA DI DALAMNYA, TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENYEBELAHI KITA; KERANA KITA JUGA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA DUNIA ITU."
Dan jangan sekali-kali menyalahkan dunia ini, dunia yang sedang kita huni ini tiada salahnya. Tetapi ada sesuatu yang tidak kena pada 'diri kita' selaku manusia, yang tidak pernah sedar akan hakikat dirinya.
Bimbang dan risau lahirnya dari pemikiran yang terpengaruh dan dipengaruhi sehingga berakar umbi. Seluruh dunia berada di kepalanya. Perlu diketahui bahawa penghidupan di dunia adalah umpama sebuah gambar yang sedang bergerak perlahan, di mana semuanya sedang bergerak dan berubah-ubah.
Ertinya;
"TIADA APA YANG DI DUNIA INI YANG KEKAL."
Bagi mereka yang muda remaja, dan kuat, mereka khuatir untuk mati muda. Bagi mereka yang tua pula, dan menderita, bimbang dan risau jika usianya dipanjangkan.
Mereka yang muda dan tua seumpama itu adalah mereka yang telah terperangkap; Kerana mengejar 'keseronokan' dunia di sepanjang hidupnya.
Kerisauan sebenarnya disebabkan oleh "kita terlampau bergantung kepada 'kebendaan'." Di dunia ini bukan tempat kita bergantung. Semua pergantungan selain 'ALLAH', akan berakhir dengan 'kedukaan' dan 'kesengsaraan'. Apa jua yang sedang kita semua lalui dan lihat .... tua dan muda, tidak terkecuali dari kesengsaraan di kewujudan ini.
Saudara Pembaca Yang Budiman!
"Bila mana timbulnya ketakutan, cemas, bimbang, kerisauan, ia lahir dan timbul kerana kebodohan dan kejahilan kita. Tetapi tidak pada orang arif dan bijak."
Semua perkara di atas adalah tiada apa-apa. Ia memerlukan suatu keadaan akal yang perlu dikawal dan penunjuk arah (seperti sebuah kapal yang memerlukan 'marine compass'.
Menyalahguna akal akan mengeluarkan ketakutan dan kecemasan. Akal yang positif akan menyedari dan melahirkan harapan dan keunggulan.
Justeru, jangan risau, sentiasa positif. Tetapi ambil ingatan, apa akan terjadi jika kita terus risau?
"Kerisauan akan membuatkan darah kita cepat kering, lebih cepat dari ketuaan kita."
"Jangan sekali-kali membawa kerisauan kita sewaktu hendak masuk tidur."
"Kerisauan adalah juga musuh utama kepada akal dan tubuh kita."
Nasihat saya;
Jangan putus asa dan jangan risau. Letakkan seluruh kekuatan kepercayaan kita kepada ALLAH selaku Pencipta, nanti semua kesulitan kita akan lulus. Yang lampau jangan dikenang lagi, ia telah pergi selama-lamanya. Ia tidak boleh dianalisa dan dipinda lagi. Dan kita tidak perlu risau tentang masa depan kita. Ingat kata-kata ini;-
"Orang yang telah dimiliki oleh ALLAH, dia tidak kehilangan apa-apa, dan tidak pernah risau apa-apa dalam hidupnya.
Tetapi orang kehilangan ALLAH, akan hilang segala-galanya."
Bandingkan 'kerisauan manusia' dan 'binatang';-
Manusia banyak sangat kerisauannya; diantara kerisauannya adalah - jika tiada beras, tiada garam, tiada gula, dan lain-lain keperluan asas di dapur. Justeru, kita semua sibuk apa pada saat ini, sekarang! Sibuk kalau tidak makan pada hari esok. Maka sibuklah manusia menyimpan 'STOK'.
Binatang pula, juga berkepala macam kita manusia. Tetapi ia tidak pernah sibuk menyimpan 'stok' untuk hari esok.
Justeru, jangan sibukkan diri dengan perkara-perkara yang remeh-temeh. Setiap hari yang berlalu, ertinya kita diberi peluang untuk menyemak diri. Setiap kita hanya diberi peluang 24 jam, tidak lebih. Oleh itu rebutlah peluang, jangan ia terlepas begitu sahaja tanpa ada pengisian di dalamnya.
From Empty Hands,
A.RAHMAN BIN MAHADI,
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
02 March 2015.
Next Topics: 1. "Body And Soul Harmony".
2. "Perbezaan Antara Mimpi dan Realiti".
Subscribe to:
Posts (Atom)