Monday, July 8, 2013

KITA SEMUA SEDANG MENUJU ERA KEGELAPAN DAN MALAPETAKA

Ternyata di sekeliling kita manusia semuanya sedang berhadapan dalam era kegelapan, seperti; 'ketidakadilan, kebuasan, ketidakjujuran, tidak berperikemanusiaan, tidak bermoral'. Kecuali seseorang itu dapat hidup untuk makan, untuk meneruskan kehidupannya. 80 hingga 90 peratus manusia tidak memahami apakah TUHAN itu, apakah yang dikatakan 'Ilmu Kerohanian'? Di pemikirannya diisi dan dipenuhi dengan hal-hal KEDUNIAAN. Semuanya itu kerana akal fikirannya tidak punya 'TENAGA' untuk melakukannya. Semuanya kerana majoriti di antara manusia di muka bumi ini hidup di bawah paras kemiskinan, berpenyakit, dan yatim. Kebanyakan mereka seumpama ini yang mengalami masalah sosial, dan sosio ekonomi, mati tanpa mengetahui 'ilmu Kerohanian', jauh sekali untuk mengetahui 'TUHAN ITU APA?' DAN ENTAH DI MANA? Maka akan lahir ramai manusia yang akal fikirannya 'tidak terurus', kalau ada pun yang dikatakan 'bijak dan terpelajar', hanya akan melahirkan 'bijak pandai yang jahat', mencipta pelbagai senjata pemusnah untuk membunuh dan dibunuh. Itulah yang akan dihadapi oleh manusia abad-abad yang akan datang!.... From Empty Hannds, A.Rahman bin Mahadi Labis, Johore Tel: 016-602 0321 9 JULAI 2013 Next Topic: 1. "Bliss Of Spirit" 2. "Tujuan Penghidupan Ini"