Tuesday, February 18, 2014

'AIR MANI YANG PENUH RAHSIA'

Jika dilihat dengan mikroskop, terdapat berjuta-juta baka manusia. Laksana 'jentik-jentik' yang bergerak aktif. Berenang melalui falop mendekati dan bercantum dengan telur wanita... Itulah 'NUFTAH' atau 'AIR MANI'. Pertemuan luar biasa di dalam rahim itu sebagai 'PERMULAAN KEJADIAN INSAN'. Jika ditakdirkan tiada izin Allah SWT, persenyawaan baka lelaki dan telur wanita itu menjadi makhluk, maka telur wanita itu akan bertukar menjadi... darah haid, yang menjadi kitaran bulanan, selagi tidak hamil. Pertemuan baru dalam dunia Sains Perubatan, menyebabkan manusia semakin rapat dengan Allah SWT. Ahli Sains dan doktor berkaitan yang mempunyai asas ilmu agama, akan menggeleng-gelengkan kepalanya, kerana mengkagumi dan menyedari 'Kebijaksanaan Allah SWT Yang Maha Pencipta. Sebaliknya jika para Saintis dan doktor tidak mempunyai asas agama, mereka akan merasa dirinya bagaikan 'TUHAN', kerana boleh buat apa saja yang luar biasa, melalui penemuan dan kepakarannya. Bukankah kita ini, pembaca yang sedang membaca penulisan ini, termasuk saya selaku penulis, terjadi daripada 'AIR MANI' yang mengandungi baka yang terlalu 'seni'. Kemuudian daripadanya, terjadi pula pelbagai komponen anggota tubuh badan manusia. Daripada 'AIR MANI' yang hina itu juga terbentuk sifat-sifat yang 'TERPUJI' (mahmudah) seperti berani, pemurah, simpati, kasih sayang kepada penderitaan seseorang. Juga sifat sebaliknya, sifat-sifat tercela (mazmumah), seperti takabur, dusta, jahil, suka berbalah, cemburu, iri hati dengan orang lain, dan sebagainya. Cuba renung, amati dan perhatikan, daripada AIR MANI juga akan lahir 'ANAK' yang menjelma, juga menyalin iras wajah ibu dan bapanya. malah berkemungkinan menyalin perangai ibu bapanya hingga ke peringkat datuk, keturunan yang ke tujuh (7). Sayangnya kini ramai yang tidak sedar dan tidak tahu menikmati kesyukuran atas kejadian dirinya yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT. Malah manusia kini menjadi 'penentang', sebagaimana firman Tuhan bermaksud: "Dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakan dia daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata." (Surah Yassin, ayat 77). Ingatlah! Jika manusia sedar bahawa dirinya dicipta daripada 'AIR MANI' yang hina, sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan kuasaNya manusia boleh hidup di dunia ini. 'Boleh mengenali ALLAH SWT Maha Pencipta serta boleh menikmati dan mengecap nikmat kesegaran air dan aneka jenis makanan. Yang penting sekali ialah nikmat ILMU, IMAN, IHSAN, TAUHID dan MAKRIFAT. "Sebab itu kita dituntut - "AWAL-AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH". Perlu diingat dan diketahui bahawa: "Wujud dirinya manusia itu, bukan semata-mata disebabkan IBU dan BAPANYA". "Lihat ADAM dan HAWA, tiada bapa, lihat ada ketikanya ibu yang mandul, seorang daripada orang tuanya mandul pun tidak memungkinkan dirinya wujud". Lantaran Allah SWT takdirkan ibu bapanya subur, tidak mandul, dapatlah dirinya lahir ke dunia ini sebentar untuk menikmati segalanya. Maka kita selaku MANUSIA sepatutnya dan hendaklah : "Memerhati keajaiban yang berlaku di sekeliling kita di muka bumi ini, hampir semuanya di muka bumi ini adalah 'AJAIB', 'MISTERI'. Dan ia termasuk KEJADIAN 'DIRI' kita sendiri yang sangat 'UNIK'". Mari saya bawa anda pembaca merenung dan membuka sedikit 'HIJAB' untuk kita perhatikan dan merasainya. Cuba perhatikan buah ciku, semasa putiknya, sungguh kelat, tiada siapa lalu untuk memakannya. Daripada putik yang kelat itu, setelah melalui proses seterusnya, setelah cukup tua dan ranum, akan bertukar menjadi sangat manis. Fikir dan renungkanlah!... Ke mana perginya rasa kelat semasa buah ciku putik itu? Daripada mana pula rasa 'manis' yang mengganti 'kelat', setelah ia masak ranum? Juga cuba perhatikan, mana ada sepohon pokok yang besar berada di dalam sebiji benih yang kecil? Tetapi di dalam sebiji benih yang kecil, terdapat sepohon pokok yang besar! kalau tidak percaya, tanamlah sebiji benih yang kecil, dijaga, dipupuk, dibaja, disiram,... ia akan muncul dan akan membesar, meninggi dengan megahnya, menyemai dan berkhidmat untuk manusia, kemudian lenyap. Banyak lagi contoh yang boleh dihuraikan, semua ganjil, misteri, dan ajaib, penuh dengan 'KERAHSIAAN', jika kita seorang 'perenung' dan 'pemikir'. Cuba bawa fikir ke dalam 'TUBUH' masing-masing pula, ia lebih 'MISTERI'. "Manusia yang buta mata hatinya, hanya melihat kejadian yang wujud di depan mata, sepatutnya 'hati' dan 'fikiran' merenung perkara yang sebaliknya, iaitu 'PENCIPTA'nya iaitu 'ALLAH SWT'". Insya-Allah! Hingga ke hari Kiamat, dalil tersebut amat penting kepada 'MANUSIA' untuk mengenali keajaibanNya. Jika manusia hidup sekadar memenuhi kemahuan dan nalurinya, maka tidak akan bertemu 'hakikat sebenar'. Sebaliknya jika dia sedar bahawa 'tugas hidup' amat mustahak dan amat penting, ketika itu dia akan menggunakan 'pemikirannya' untuk 'bertemu dengan ALLAH SWT'. Dalam Al-Quran, selain menceritakan kejadian alam serta hukum dan syariat, untuk jadi landasan hidup manusia, terdapat juga kisah Sejarah 'MANUSIA' baik-baik, juga Sejarah 'MANUSIA' yang sangat jahat, seperti 'FIR'AUN', 'HAMAN', 'QARUN', 'ABU LAHAB', 'ABU JAHAL', dan lain-lain. Orang baik-baik, seperti Nabi-Nabi, Rasul-Rasul, Sahabat-Sahabat Nabi, Wali-Wali Allah, juga Siddiqin, iaitu golongan yang menerima dan membenarkan apa jua yang disabdakan oleh Nabi S.A.W, juga para Syuhada, golongan gugur di medan jihad, melawan 'musuh Allah'. Solihin pula adalah golongan yang meneruskan kerja dan perjuangan para Nabi a.s. Ada pun ehwal para Nabi dibangkitkan, lantas didustai oleh kaumnya, pernah diserang dan dipukul oleh penentangnya. Malah sebahagian mereka ada yang dibunuh. Kemudian didapati mereka ditolong oleh ALLAH SWT, dipanjangkan hayatnya. Pembaca yang dikasihi! Semua kisah Sejarah sejak berjuta tahun, dapatlah kita simpulkan bahawa segalanya dengan 'KUDRAT' dan 'IRADAT' ALLAH SWT. Soal 'BAIK dan JAHAT' (QADA' dan QADAR), adalah dari ALLAH SWT. Ertinya: "Tiada kawan yang setia dan tiada musuh yang abadi." KECUALI yang 'BERKAWAN dengan ALLAH', akan dianugerah!... 'Kasih Sayang' dan satu-satunya 'KAWAN' yang 'KEKAL LAGI ABADI'. From Empty Hands, A. Rahman bin Mahadi. Labis, Johore. 016-602 0321/017-716 1330 18 February 2014 Next Topic: 1. "It Is The Soul Experience That Matters". 2. "Sebelum Tidur Tentukan Kedudukan HATI Kita".