Saturday, July 7, 2012

HATI YANG SUCI BERSIH TIDAK MENGHARAPKAN BALASAN DAN PERGANTUNGAN

Halusi firman di bawah:
"Sesungguhnya Akulah Yang Menjadikan Engkau Dan Segala Perbuatan Engkau"
Surah As-Syaffaat, ayat 96


Apa saja pelakuan dan tindakan kita semuanya menjadi'alat' bagi 'PENCIPTA'. Ingat!.. "Bukan pelakuan kita". Namun apa pun pelakuan ada natijah dan akibah atau 'balasan' terhadap apa saja usaha kita.

Namun, perlu kita ketahui bahawa tidak ada undang-undang atau peraturan yang mengatakan bahawa, kita saja yang patut menikmati keseronokan hasil dari 'usaha' atau 'tindakan' kita itu... Cuba ikuti contoh ini:

Datuk nenek moyang kita yang tidak pernah pun kita tengok wajahnya atau yang masih hidup, sedang usianya jauh lebih tua daripada kita... Mereka telah menanam atau sedang menanam 'sebiji benih' yang akhirnya akan menumbuh dan menjadi sepohon pokok yang besar lalu mengeluarkan buah-buahnya yang lebat. Dan orang tua tersebut, sama ada ia bapa kita, atuk-atuk kita yang telah meninggalkan dunia ini terlebih dahulu sebelum pokok-pokok tersebut... membunga, memutik, membuah sehingga boleh dimakan.

Tetapi hasilnya, buahnya yang kita petik dan tuai, dinikmati oleh kita selaku anak dan cucunya. Di sinilah yang dimaksudkan di mana; Apa jua pelakuan, jika di 'HATI itu 'SUCI', 'BERSIH', ia tidak mengharapkan balasan dan pergantungan terhadap bakti, khidmat yang disumbangkan... Malah orang lain yang menikmati kegembiraan dan keseronokan, termasuklah burung-burung juga dapat berkongsi sama hasil tanaman orang-orang tua kita, sedangkan orang yang menanam sudah pun mati dan langsung tidak dapat melihat atau menjamahnya.

Orang tua yang menanam pokok-pokok tersebut, yang sudah berusia lanjut itu sedar bahawa ia tidak akan dapat menikmati dan mengharapkan hasil tanamannya.

Tetapi pelakuannya menanam pokok-pokok itu adalah tidak mengharapkan agar ia mesti dapat merasai, melihat pertumbuhan pokok tersebut. Tetapi keluasan dan keterbukaan akalnya adalah demi masa depan generasi anak cucunya akan datang, walaupun tanpanya selaku penanam.

Justeru hasil pemikirannya yang luas, semua hasil tanamannya yang ditinggalkannya kini dinikmati oleh kita semua secara turun-temurun.

Saudara pembaca yang dikasihi!

Apakah motif atau moral orang-orang tua kita itu menanam pokok-pokok tersebut? Adakah ia mengajar kita semua agar mementingkan diri?

Jika kita menanam sesuatu pokok, kalau kita selaku penanam tidak akan menikmati hasilnya, maka kita tidak usah menanam! Dan semua orang tidak akan menikmatinya.
Atau atuk kita itu jenis orang yang tidak mementingkan diri dan ingin menunjuk-nunjuk kepada anak cucunya dan agar segala usahanya minta dibalas, walaupun sudah ketiadaannya!

Sebenarnya begitulah sifatnya, mempunyai hati yang suci lagi baik. Kekuatan dalamannya yang mendorongnya untuk menanam adalah demi kebajikan dan kesejahteraan anak cucu, serta lain-lain makhluk, adalah menjadi keutamaan.

Suatu sikap yang sangat mulia yang tidak langsung mengharapkan balasan dan pergantungan daripada sesiapa.

Ikutilah contoh itu, suatu sikap yang sangat baik untuk diamalkan... Semata-mata bukan untuk kepentingan dirinya.


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-602 0321

08 JULAI 2012

Next Topic: 1. "The Consequences Of Ego"
2. "Diri Kita Adalah Diri Kita, Bukannya Orang Lain"