Tuesday, October 23, 2012

DUNUA KINI DAN AKAN DATANG SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK DIHUNI OLEH MANUSIA

Saudara pembaca yang budiman; Mari kita kongsi buah fikiran tentang mereka yang bergelar 'pakar' dalam bidang masing-masing. Namun apa pun 'AKAL' itulah punca atau sumber kepada kebahgiaan, kegembiraan, dan kesengsaraan. Ambil pesanan ini: "Untuk menikmati kegembiraan di dalam dunia ini, pertama-tama 'AKAL' kita mestilah tenang dan ceria. Kerana keceriaan setiap orang itu mampu membantu keceriaan dan kesejahteraan masyarakat." "Kesejahteraan masyarakat pula bererti kesejahteraan bernegara. Dari kesejahteraan sesebuah negaralah maka akan terbinalah keamanan di dalam dunia ini." Di sini cuba kita ambil contoh: 'JARING' atau 'JALA'. Kerana 'jaring' atau 'jala' mempunyai 'simpulan' (knot). Cuba gambarkan, seluruh universe ini sebagai sebuah 'jaringan yang maha luas' dan setiap 'kewujudan' itu 'punya simpulan' di dalam jaringan tersebut. Jika kita mengusik atau terusik jaringan atau simpulan tersebut, maka seluruh simpulan (knot) tersebut akan bergerak-gerak. "Justeru, bermula dari setiap individulah mesti wujudnya keceriaan, jika kita ingin melihat seluruh dunia ceria dan sejahtera, serta aman." "Apakah pengajaran yang kita perolehi dari penghidupan kita selama ini?" Diingatkan kepada mereka yang angkuh dan berbangga dalam apa jua kerjaya dan kedudukan, seperti; Ahli politik, Ahli Sains, Pakar Ekonomi, dan mereka yang menganggap dirinya Ulama' dan Ahli Agama. Adalah amat jelas untuk pengetahuan semua: Bahawa 'kemenangan' atau 'kejayaan' sebenar-benarnya tidak diperolehi melalui 'perbalahan' atau 'persengketaan' atau 'konflik'. 'Kegembiraan dan kebahgiaan' pula tidak boleh diperolehi atau dicapai dengan sakit hati, hasad dengki, atau dendam. 'Ketenangan dan keamanan' hanya boleh diperolehi dengan "memerdekakan diri masing-masing dari mementingkan diri dan membantu mereka penghuni dunia dengan sifat 'KASIH SAYANG'..." INGAT! "Ketenangan dan kasih sayang di hati masing-masing akan dapat menawan semua kuasa penentang." Ianya juga dapat membantu kita mengekalkan akal yang sihat dan hidup yang penuh kesejahteraan dan keharmonian, serta kepuasan. Justeru, semuanya berpunca dari 'AKAL MANUSIA' itulah maka segala jenis 'PERANG' itu meletus. Tidak kiralah apa jenis perang... perang mulut, perang senjata, atau sebagainya. Mengenai perang apa jua, dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar seperti yang difahami sebagai bahasa awam. Amerika berperang denga Iraq, sebenarnya manusia berperang dengan manusia. Kalau kita halusi, realitinya bukan manusia berperang dengan manusia... tetapi manusia berperang dengan AKALnya sendiri. Sehingga memusnahkan dirinya dan lain-lain penghuni di dalam dunia itu sendiri. Justeru, apakah harapan generasi akan datang? Jawapannya ada pada anda selaku pelajar dan pemikir yang jahat. "Akan lahir mereka yang terpelajar, pemikir, pemusnah yang jahat dalam bidang politik Agama dan ekonomi." Mereka bukan penyuluh, tetapi adalah pemusnah. Lihat sahaja di Negara kita, senario, phenomena yang sedang melanda Negara kita Malaysia dan di luar Negara. Mereka bukan pemimpin tetapi dipimpin oleh akal rakus dengan penuh keghairahan hawa nafsu, ibarat kata: "Mereka masing-masing cuba menegakkan benang yang sedang basah". Ini zaman semua orang mengaku di bijak dan pandai apa yang mereka tidak tahu. Justeru, "jika semua mereka orang bijak pandai... maka siapakah yang akan menerima nasihat siapa?" Sama ada dalam bidang... Agama atau POLITIK... Mereka yang menganggap dirinya terpelajar dalam bidang agama pula tidak lagi berorientasikan: "Al-Quran itu 'MEMIMPIN', tetapi 'DIPIMPIN'. Al-Quran tidak lagi menjadi seni memimpin akal." Oleh itu apakah yang boleh diharapkan dari seni berpolitik, sewajarnya ia menjadi suatu seni memimpin masyarakat.... Sangat bahaya! Mari kita sama-sama menanti natijahnya!... Kepada semua pemimpin, dari serendah-rendah sehinggalah setinggi-tinggi kedudukan, sama ada di Malaysia atau di benua lain. "Apakah masalahnya dengan hidup ini? Kenapa perlu bertelagah dan bersengketa?" Selaku manusia kita sudah mencapai suatu tahap kemajuan kebendaan atau material yang tidak pernah kita impikan sejak berkurun yang lepas. Keajaiban yang menakjubkan, teknologi masa kini telah memberi kita suatu kuasa yang hebat terhadap kuasa yang dimanifestasikan oleh alam 'nature'. Kita telah dapat mengawal dan menawan bencana dan malapetaka... tetapi persoalannya: "Adakah kita lebih bahagia daripada nenek moyang atau leluhur kita dahulu yang hidupnya tidak moden dan dikatakan kuno?" Jawapannya; "TIDAK." Penganiayaan, penderaan kaum wanita dan kanak-kanak serta tidak ada hak kemasyarakatan sepenuhnya, diskriminasi agama, bangsa, berkasta, terus saja menjadi-jadi. Mungkin juga mereka yang kita lihat kaya dan hidup bermewah-mewah dengan harta benda, lebih teruk menderita daripada orang yang kita anggap miskin dan papa kedana, pennyakit mental, tekanan, dan hidup terpinggir, dan lain-lain adalah sangat serius... yang sedang dihadapi oleh masyarakat moden masa kini. Tetapi persoalan pentingnya adalah: "Siapakah yang bertanggungjawab terhadap gejala negetif tersebut yang menghantui dunia dewasa ini?" Di sana sini, di dunia ini ramai yang cuba mencari dan mendapatkan kepujian terhadap kemajuan dan ketamadunan serta menganggap kemajuan manusia sudah tercapai. Semua ahli politik, ahli Sains, pakar agama, dan ahli Ekonomi, cepat-cepat mengisytiharkan bahawa semua manusia terhutang budi kepada mereka, kerana kemajuan masa kini adalah kerana mereka... Tetapi perlu diingat... Siapakah harus dipersalah, dan dipertanggugjawab terhadap segala gejala negatif yang melanda masyarakat dewasa ini? "Adakah masyarakat marhain, seperti peminta sedekah, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang?" "Atau mereka yang terpelajar, yang pandai membuat kira-kira, bajet, ahli kimia, ahli politik atau ahli agama yang sudah hilang kuku dan taring untuk menghalang kerja-kerja kemungkaran yang berleluasa di depan mata?" Ada kemungkinankah abad-abad mendatang akan lahir 'a very bad educated men', 'a very bad politician', 'a very bad religion men', dan bagaimana pula 'graduan', yang boleh diumpamakan "Seperti memasukkan wang ke dalam Bank, tetapi wang tersebut tidak laku". Dan adakah mungkin mereka lebih jahat yang akan menggunakan tengkoraknya sebagai tempurung, digunakan sebagai peminta sedekah? Mari kita semua sama-sama saksikan natijahnya!!!.... Pada hemat saya, "kita semua adalah bertanggungjawab terhadap apa jua peristiwa yang bakal menanti kita semua. Jangan tuduh menuduh, salah menyalahkan sesiapa." Marilah kita sama-sama putarkan 'sportlight' (lampu sorot) itu pada diri masing-masing, dan tanya diri masing-masing secara jujur, sama ada kita juga bertanggungjawab ke atas kegagalan untuk membawa ketenangan, kesejahteraan, kegembiraan kepada masyarakat dunia keseluruhannya? Untuk pengetahuan, tidak pernah dalam Sejarah Dunia, manusia begitu terdesak untuk bebas dari konfik, iri hati, mementingkan diri, tipu daya. Perlu di ingat, kita bukan saja memerlukan ketenangan dan kesejahteraan hidup untuk diri sendiri, keluarga, serta di tempat kerja.... Tetapi juga di peringkat global amnya!... Tetapi di dalam kelompok manusia, banyak binatang. Maka berhati-hatilah. Manusia telah menjadi lebih ganas dan buas di muka bumi ini. Tidak dinafikan, memang manusia telah berjaya dalam pelbagai bidang Sains dan Teknologi, dalam perlumbaan tersebut akan berlaku kemusnahan dan malapetaka yang tidak boleh diganti dan dibayar dengan wang ringgit. Semuanya itu adalah kerana kita manusia telah mengorbankan keamanan, ketenangan akal fikiran kita dengan kuasa dan keseronokan. Maka masalah yang sedang kita hadapi adalah... "Hilang moral, hilang maruah, dan 'penyalahgunaan KEBIJAKSANAAN'." "Dunia kini dan akan datang, bukan lagi tempat yang selamat untuk dihuni." Hanya dengan adanya perkembangan 'kerohanian' sajalah, manusia dapat diselamatkan. Jika tidak, tunggu sajalah kehilangan nilai-nilai kemanusiaan. Yang tinggal, bolehlah diumpamakan: "Seperti haiwan yang pandai dan pintar bercakap." From Empty Hands, A. Rahman bin Mahadi, Labis, Johore. Tel: 016-602 0321 23 October 2012. Next Topic: 1. "What Constitutes A Happy Family?". 2. "Jenis Manusia Apakah Yang Menghuni Planet Ini?"