Saya diminta untuk menulis, bagaimanakah untuk menjadi seorang 'IBU'? Mari kita berkongsi pandangan bagaimanakah "seni untuk menjadi seorang 'IBU'". Untuk menjadi seorang 'Ibu' merupakan suatu 'seni' atau 'skill' yang sangat hebat. Untuk itu kita mesti mempelajari tentangnya, maka belajarlah dari sekarang!
Untuk menjadi 'seorang Ibu' adalah suatu tugas yang dipertanggungjawabkan dan paling sukar sekali di dunia ini. Ramai ibu bapa yang 'sakit jiwa' walaupun air mukanya nampak 'bersahaja dan tenang'.
Ramai sekarang ini ibu bapa berada di rumah atau di hospital 'sakit otak'. Dan di luar sana juga ada lebih ramai ibu bapa yang sedang 'sakit mental' melihat kelakuan dan gelagat anak-anaknya sendiri.
Anak siapakah mereka itu semua?
Jika kita ingin menyelidik lebih mendalam tentang 'kekacauan jiwa' manusia, selalunya ia terdapat pada 'seorang Ibu'. Kerana terlalu ramai wanita ingin 'menjadi Ibu'... Tetapi mereka tidak tahu bagaimana ingin menjadi seorang 'Ibu' yang berkaitan dengan 'Dirinya', masyarakat dan persekitarannya.
Ambil perhatian, sesiapa saja yang di luar sana, sama ada masih 'anak dara', seorang 'wanita', perempuan, isteri, atau seorang yang sudah bergelar 'Ibu'.
Sebaik saja perhubungan antara 'Ibu' dan 'anak-anaknya' tersilap pengurusan, pemupukan dan pendidikannya, seluruh penghidupannya akan rosak, kacau dan berkecai.
"Kerana ibu bapalah perhubungan, atau "sentuhan pertamanya" di dunia ini."
Dan yang lain-lainnya adalah 'penyambungan'. Tetapi jika 'langkah pertama' sudah mula tersilap, seluruh penghidupannya akan dilanda masalah. "Kerana ia sudah menjadi 'buluh' yang sukar dilentur".
Seseorang perlu menjadi 'Ibu' yang benar-benar mengetahui. Kerana anda selaku 'Ibu' sedang memikul satu tanggungjawab yang amat besar, rumit dan sukar, yang perlu disahut, dipikul dan diambil natijahnya.
Bagi lelaki atau 'suami', sedikit ringan dengan caranya sebagai 'seorang lelaki', dan dia tidak boleh memikul "tanggungjawab sebagai seorang Ibu".
"Ibu ada tanggungjawab besar".
Ambil ingatan ini!
"Jadilah seorang 'Ibu', tetapi jangan ambil kesempatan kerana kita seorang perempuan dan menganggap kita boleh jadi seorang 'Ibu' yang baik".
Itu 'tidak waras' namanya, dan silap besar.
Menjadi seorang 'Ibu' merupakan suatu 'skill' atau 'seni' yang menakjubkan; Kita perlu belajar tentangnya. Justeru nasihat saya, semua wanita mulalah mempelajarinya!...
Ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan bersama:
PERTAMA:
Ingat! Anak-anak adalah 'suatu amanah', maka kita adalah "pemegang amanah". Dan jangan anggap 'anak' itu 'anak kita', sahaja. Tetapi ertinya; jangan cuba hendak 'menghakmilik' anak itu. "Kita BUKAN pencipta kepada seluruh organismanya".
Melalui kitalah 'bayi' itu muncul atau terbit, tetapi "ia bukan hak kita"... Ingat itu!...
Tuhan hanya menggunakan 'perut' seorang 'Ibu' sebagai 'perantara' sahaja. Tetapi 'anak-anak' itu BUKANlah 'hakmilik' kita.
"Tanam Kasih Sayang, tetapi jangan 'menghakmilik' anak tersebut".
Jika seorang 'Ibu' cuba 'menghakmilik', penghidupan anak-anak tersebut akan musnah. Si Anak bagaikan banduan 'terpenjara'. Kita memusnahkan 'sahsiah' atau 'keperibadianya'. Kita seolah-olah menganggapnya sebagai suatu 'benda' atau kebendaan.
Ingat semua ibu bapa!
"Hanya kalau sesuatu itu adalah 'BENDA', bolehlah kita 'menghakmilik'; seperti sebuah rumah, kereta, kasut dan lain-lain.... Tetapi BUKANnya 'orang' atau 'MANUSIA'."
'MANUSIA' atau 'ORANG' bukanlah 'BENDA'. Justeru ingat! Ia merupakan 'pengajaran pertama' - maka bersedialah!
Sebaik saja 'anak' itu lahir, kita mesti mampu menyambutnya sebagai sesuatu "kewujudan yang bebas dan merdeka". Sebagai "seseorang yang mempunyai HAKnya sendiri", BUKAN semata-mata sebagai 'ANAK' kita.
Dan yang ke KEDUA:
"Layanlah 'anak-anak' itu sebagai seseorang yang sudah dewasa atau matang."
"Jangan sekali-kali melayan 'anak-anak' sebagai 'anak-anak kecil'. Layan anak-anak dengan penuh 'penghormatan'."
"Kita ibu bapa cuma terpilih sebagai 'penyambut tetamu'."
'Ia' (anak-anak) hadir dalam hidup kita selaku 'Tetamu Allah'. Anak-anak tersebut 'sangat rapuh', tidak berdaya.
Ambil ingatan!
"Memang amat sukar untuk menghormati kanak-kanak."
Tetapi amat mudah kita 'mengaib' atau menistakannya. Naik berang, marah, menghina, boleh berlaku dengan sangat mudah, kerana ia sangat rapuh dan tidak berdaya, dan kita tidak mampu berbuat apa-apa, kita tidak boleh bertindak. Kita tidak boleh membalas dendam.
Justeru, layanlah ia sebagai 'anak-anak yang sudah dewasa' atau sudah 'matang' dengan penuh 'penghormatan'.
Sebaik kita memberi penghormatan terhadap anak-anak tersebut, jangan sekali-kali kita 'menekan, mendesak, memaksa, atau membebani' sesuatu terhadapnya.
Beri mereka 'kebebasan' - "kebebasan untuk meneroka alam" ini. Kita beri mereka "bantuan dan sokongan" dengan segala kekuatan untuk meneroka alam ini, tetapi "jangan sekali-kali kita 'beri arahan' kepadanya".
Beri mereka 'tenaga dan kekuatan', beri mereka 'perlindungan dan keselamatan' - apa saja yang diperlukannya, bantu mereka agar dapat pergi lebih jauh daripada kita.
Saudaraku pembaca yang dikasihi!
Pastinya kita semua tahu di dalam 'kebebasan' terdapat juga sesuatu 'yang tidak baik'. Ianya memang amat sukar bagi ibu bapa untuk belajar bila kita membenarkan kebebasan kepada anak-anak, ianya bukan sahaja kebebasan untuk tujuan kebaikan. Tetapi ianya juga adalah sangat penting untuk mengetahui kebebasan untuk melakukan 'kejahatan dan kesilapan'.
Maka ajar mereka 'kebijaksanaan', berhati-hati dan kewaspadaan. Tetapi JANGAN sekali-kali beri mereka apa-apa 'arahan atau perintah'. Kalau kita lakukan juga, nanti ia akan jadi seorang yang 'hipokrit'.
Jika kita benar-benar sayangkan anak-anak kita, satu perkara perlu diingat!...
"Jangan ia dibantu dengan apa cara pun, jangan dipaksa, agar ia tidak akan jadi seorang yang 'hipokrit'."
KETIGA:
Ajar ia 'mendengar' tentang 'nature'. Apa-apa saja yang bersifat 'natural' adalah amat baik - walaupun ada kalanya ia amat sukar, dirasakan tidak sesuai atau tidak selesa, untuk kita ibu bapa.... Kerana kita sendiri selaku ibu bapa, tidak pernah diajar, dibesarkan secara natural, sukar hendak mencari ibu bapa yang benar-benar mempunyai kemahiran atau mempunyai seni untuk menjadi seorang 'ibu' atau 'bapa' yang benar-benar mempunyai 'sifat kasih sayang'. Kalau ada pun, ia cuma berlaku secara kebetulan. Saudaraku, ingat!
"Jangan ulang kesalahan yang sama, nanti kita semua akan sentiasa berada dalam keadaan serba salah dan sangat meresahkan."
Jangan sekali-kali diganggu keinginan anak-anak, biar 'nature' mengatur dan menguruskannya. Kita selaku ibu bapa, jangan cuba bantah kemahuan alam 'nature'. Beradanya kita di sisi anak-anak hanya ditugaskan untuk 'membantu dan memudahkannya' sahaja.
Justeru, 'TIGA' perkara tersebut di atas, perlu 'diambil peringatan dan perhatian'. Bagi "mereka yang sedang mengandung, fikirkanlah, dan renungkanlah!"...
Sebaik saja di dalam perut itu terkandung 'bayi', apa saja yang kita lakukan; 'arus getarannya' akan 'terus menuju ke bayi' yang berada di dalam kandungan masing-masing.
Contoh:
Jika kita sedang marah, pastinya perut itu dalam keadaan 'ketegangan', 'tension', kerana 'gelombang kemarahan' tersebut... Si bayi cepat merasakannya.
Bila kita sedang bersedih, perut itu pasti merasakan suasana kesedihan tersebut. Si bayi di dalam perut itu pasti rasa tertekan. Ingat!... Si bayi secara totalnya, bergantung kepada Si Ibu. Apa jua 'mood' atau perasaan Si Ibu, samalah dirasai oleh Si bayi di dalam perut itu.
Bayi yang masih di dalam perut Si Ibu itu belum lagi mempunyai kebebasan,...
"Iklim kita adalah iklimnya".
Jeteru, berhentilah bergaduh, bertekak, radang dan amarah. Sebab itu saya menekankan "untuk menjadi seorang 'Ibu', tugasnya sangat berat, perlu bertanggungjawab - banyak pengorbanan perlu diberi perhatian dan tumpuan.
Saudaraku pembaca yang dikasihi!
Jika dari awal-awal lagi seperti... amarah, benci, bertelingkah, bergaduh,, sudah mula masuk dan mencecah ke akal kanak-kanak.... Itu petanda atau indikasi 'kenerakaan'. Kitalah punca 'kesengsaraan' kepada kanak-kanak tersebut sejak dari peringkat awal lagi.
Nasihat saya;
Adalah lebih baik tidak usah dilahirkan anak-anak ke dunia ini. Kenapa ia mesti dilahirkan dalam keadaan sengsara dan menderita? Dunia juga akan menanggung sama terhadap penderitaan manusia... Angkara manusia.
Tahukah kita? "membawa seorang budak atau kanak-kanak" ke dunia ini, adalah 'suatu risiko' yang amat besar. Jika "kita inginkan juga agar seorang budak untuk lahir ke dunia ini", pastikan ia benar-benar 'luar biasa'. Dalam ertikata lain; Pastikan ia 'tidak sengsara', pastikan "ia dapat membantu dunia dengan penuh keceriaan dan kegemilangan", penuh dengan senyuman, riang gembira, dengan belaian kasih dan sayang.
Untuk mendalami hal atau situasi ini, penulis akan mengadakan "Sesi Muka Ke Muka", dalam satu majlis yang akan dianjurkan kelak, 'secara mendalam'.
"Sila panjangkan 'MESEJ' ini kepada semua 'Ibu', 'bakal Ibu' dan 'Wanita' serta semua kaum 'Adam', sama ada 'Bapa' atau 'bakal Bapa'; Semoga semuanya akan mendapat rahmat daripada 'Tuhan Yang Maha Berkuasa.' Amin!!!...."
From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
05 MAC 2011
Next Topic: 1. "Human Values Have Become Totally Extinct In Human Beings"
2. "Benarkah Yang Berkaki Empat Itu Binatang, Dan Yang Berkaki Dua Itu Manusia?"
Friday, March 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)