Sunday, May 24, 2015

PERBEZAAN ANTARA MIMPI DAN REALITI

Saudara pembaca yang dikasihi! Ramai sahabat yang bertanyakan kepada saya tentang 'MIMPI'. Baguslah tu, kalau tidak tahu, bertanya. Jangan malam kita bermimpi, di siang hari pun kita berkhayal di muka bumi dengan mata celik, ke sana ke sini di bawah matahari yang sama di sepanjang penghidupan. Pertama kita perlu tahu, kenapa kita bermimpi. Perlu diingat; 'MIMPI ADALAH PERMAINAN TIDUR'. Dan ia juga 'PERMAINAN AKAL'. Adalah bahaya percaya pada 'MIMPI'. Kerana dikhuatiri kita akan percaya kepada 'SELAIN ALLAH'... Bahaya pada mimpi secara melampau-lampau, yang akan 'menarik kita kepada bisikan ... seperti suruh mengorbankan anak, bunuh isteri, emak, bapa, dan seluruh keluarga!' Kalau kita hendak 'MIMPI' yang baik-baik, seperti ada sebuah hadis; Boleh bermimpi 'RASULULLAH'. Tetapi siapakah kita yang 'luar dalamnya' penuh dengan pelbagai 'najis'. Adalah lebih baik kita 'MENGENAL HAKIKAT RASULULLAH', daripada bermimpi Rasulullah, yang saya rasa peratus kelayakan untuk bermimpi tentang Rasulullah, mungkin SATU PERATUS SAHAJA, mungkin juga lebih, itu semua kerja Allah. Tahniah! Bagi yang dikurniakan bermimpi berjumpa Rasulullah! (Kebenarannya adalah Iblis / Syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah s.a.w). Kenapa kita bermimpi? Semuanya adalah kerana kita 'TIDUR' dan mimpi itu adalah juga 'PERMAINAN AKAL'. Ambil perhatian! Jika mimpi itu boleh diulang-ulang dalam siri dan episod yang sama, itu bukan imiginasi. Dan itu juga bukan mimpi. Kerana mimpi tidak boleh diulang-ulang. Justeru nasihat saya; Jangan buang masa dengan 'TEORI AKAL'. Sekali pun secara kebetulan ianya BETUL dan TERJADI. Ia tetap 'SECARA KEBETULAN'. Itulah yang membezakan antara 'MIMPI' dan 'REALITI'. Realiti tetap sebagai realiti (sebagaimana ianya). Mimpi pula adalah sesuatu yang berlaku sekali, kemudian lenyap! Dan ia bukan di tangan kita untuk mengembali atau menayangkannya semula. Setiap pagi apabila kita buka mata, kita nampak bilik yang sama. Setiap malam apabila kita masuk tidur dan memejamkan mata, mimpi kita semuanya berlainan, dan tidak sama. Ingat! Apa yang 'KEKAL' adalah 'REALITI' dan 'BENAR'. Tetapi apa yang 'kerap berubah', melintas pantas, sepintas pantas, dan di luar kawalan kita, itulah yang dinamakan 'MIMPI'. Ingat! Kita tidak boleh ulang mimpi, kerana ia bukan bersifat 'objektif'. Ia tidak boleh dikongsi, dan kita boleh jemput kawan-kawan buat 'parti mimpi'. 'REALITI' sebenarnya 'OBJEKTIF', sehinggakan 'realiti dalaman' kita pun 'objektif'. Justeru anda sendirilah periksa, cuba dan cubalah, jika kita boleh ulang-ulang 'mimpi' yang sama. Jangan risau dan cemas, ia bukan 'permainan akal', ianya adalah sesuatu yang indah (it is a beautiful meditation, but it is not 'concentration or contemplation). "Go deep into it, you will be bless and you will feel so joyful." From Empty Hands, A. RAHMAN BIN MAHADI. LABIS, JOHOR. 016-602 0321 / 017-716 1330. 25 MAY 2015. Next Topics: 1."How To Face Our Problem". 2. "Bergantung Kepada Duit atau Wang Ringgit".