Tuesday, June 17, 2014

BAGAIMANA HENDAK MENGATASI CEMBURU

Kepentingan atau 'mementingkan diri' adalah punca kepada kecemburuan, sementara kecemburuan pula memupuk kepada 'kepentingan diri'. Pernahkah kita mendengar seekor ular yang mempunyai... Ekor dan Kepalanya, sering bertengkar tentang siapakah yang sewajarnya menjadi ketua? Ekornya mengatakan kepada Kepalanya; "Engkau sering saja mengetuai aku, itu tidak adil, sekali sekala biarlah aku yang mengepalainya." Berkata Si Kepala; "Itu tidak mungkin, kerana memang sudah menjadi hukum alam, memang akulah yang mengepalainya dan aku tidak boleh bertukar tempat menjadi ekor." Pertengkaran tersebut mengambil masa berhari-hari, sehingga pada suatu hari, Si Ekor menambatkan ekornya ke sebatang pokok, dan membuatkan si Kepala tidak boleh bergerak ke mana-mana. Akhirnya Si Kepala mengalah dan mengikut saja kemahuan Si Ekor, ke mana ia hendak pergi. Tetapi malangnya Si Ekor yang tidak punya mata, ke mana hendak dituju dan akhirnya ia termasuk ke dalam lubang yang penuh duri dan akhirnya terkorban. Apakah 'moral' di sebalik cerita di atas, di mana terdapat di kalangan manusia yang tidak pernah puas terhadap apa yang dimilikinya. Akal seumpama itu tidak boleh melihat orang... lebih daripada dirinya. Cemburunya menghalang dirinya untuk menikmati apa jua kegembiraan, apa yang ada pada dirinya. Walaupun dirinya pada mata masyarakat, mereka adalah orang yang serba cukup, tetapi mereka tidak pernah puas dan terasa terseksa jika di dapatinya ada seseorang yang lebih baik atau berjaya daripadanya. Dinasihatkan kepada semua pembaca, adalah lebih baik kita 'memutarkan akal kita ke dalam' dan menyemak segala 'rahmat' dan 'kenikmatan' yang kita perolehi, daripada memikir-mikir dan menanam cemburu terhadap seseorang. Orang yang mempunyai sifat 'cemburu', akan menganggap semua orang di sekelilingnya 'musuh' atau 'lawannya'. Ertinya, ia tidak boleh melihat kejayaan orang lain dan akan dicemburuinya. Orang-orang seumpama ini adalah sangat merbahaya dan mereka suka menimbulkan masalah. Ada sebuah kisah; Seekor anjing cuba mengelilingi dan mengembara di dalam negerinya. Setelah beberapa hari dia pun kembali, lalu kawan-kawannya bertanya sama ada dia pernah berhadapan dengan masalah dalam pengembaraannya. Berkata anjing pengembara tersebut bahawa dia menemui pelbagai manusia dan binatang-binatang lain, tetapi tidak ada masalah dan dia tidak diganggu langsung. Malah mereka membenarkan aku meneruskan perjalanan aku.... "Cuma masalah yang aku hadapi, apabila aku terserempak dan berjumpa dengan 'yang sejenis denganku', yang suka mengganggu aku, mereka menyalak dekat aku, mereka kejar aku dan cuba menggigit aku." Begitulah kias manusia yang sejenis dengannya, yang suka mengganggu dan mencemburui kejayaan dan kesenangan orang lain. Mereka bukannya 'binatang', tetapi 'manusia dengan manusia', mereka adalah 'kita', adik beradik, ipar duai, jiran tetangga, atau kawan-kawan, yang mencemburui kejayaan kita. Mereka 'membuat cerita' dan cuba menghalangnya. Dalam situasi begitu, hendaklah kita banyak bersabar. Jadi, bukankah ada pepatah mengatakan; "ADALAH LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN SEEKOR ANJING YANG TAAT, DARI BERKAWAN DENGAN MANUSIA YANG SUKA MENGGIGIT --- Atau membuat fitnah, mengumpat, kerana 'kecemburuannya'. Seseorang yang cemburu sebenarnya, bolehlah kita samakan 'akal fikirannya tidak mengembang' dengan baik, atau 'terbantut', disebabkan 'tidak disemai', 'tidak disiram' dan 'tidak dibajai' dengan bahan-bahan yang betul untuk 'nutrisi akal'. Justeru, ramai yang gagal memahami 'hakikat akal' dan 'penghidupan' ini. Maka ramailah yang terjerumus ke lembah kemusnahan dan kehancuran dalam sesebuah institusi, berkeluarga, kejiranan, berkawan, dan seterusnya kemanusiaan. Justeru, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekang dan mengawal emosi yang bersifat negatif seumpama itu? Perlu diingat dan diketahui akan sifat-sifat akal. Akal juga adalah punya kuasa mengingat, memerangkap, menyimpan dan mengeluar. Jika pembinaan akal seseorang itu baik, ia akan tertarik kepada yang baik-baik, umpama kata: "Buah atau hasil yang kita tuai, mengikut benih yang kita tanam." Jika benih yang manis kita tanam, maka kita akan menuai buahnya yang manis, demikian sebaliknya. Suka dan duka adalah hasil dari pelakuan kita sendiri. Jika kita jenis orang yang tidak boleh melihat atau mendengar kejayaan atau pencapaian seseorang, maka adalah lebih baik kita membuat penilaian sikap atau tabi'at kita itu. Kita sepatutnya berfikir, tiada apa yang merugikan kita, jika seseorang itu berjaya dalam kariernya, perniagaannya, atau sebagainya. Kita sewajarnya mempunyai sifat rendah diri, tidak mementingkan diri, malah kita sepatutnya mengembangkan sifat simpati dan besar hati terhadap kejayaan seseorang. Sikap begitu adalah 'PENAWAR' kepada sifat 'CEMBURU'. Mari kita fikirkan begini: "Tidakkah kita inginkan kemakmuran dan kegembiraan? Tidakkah kita inginkan sesuatu yang menyenangkan untuk diri kita? Tidakkah orang lain juga mempunyai sifat yang sama macam kita?" Sudah pasti 'KEINGINAN KITA SAMA'. Justeru, jikalau kita dapat kekalkan 'SIKAP AKAL' kita begitu, pasti kita akan dapat lihat seseorang itu akan terlepas dari kesengsaraan, keruntuhan, dan kemusnahan seseorang dari sikap kita yang suka cemburu, hasad, dan dengki. Untuk pengetahuan sidang pembaca; 'AURA' yang menyelubungi seseorang yang suka 'CEMBURU' adalah berwarna 'HIJAU PEKAT BERCAMPUR KEHITAMAN'. From Empty Hands, A. Rahman bin Mahadi, Labis, Johore. 016-6020321 / 017-7161330. 18 JUN 2014. Next Topic: 1. "The Human Aura." 2. "Apa Itu Kelahiran dan Kematian."