Tuesday, August 10, 2010

SEDIKIT NASIHAT - BAGAIMANA INGIN JADI MURID KEPADA GURU KETUHANAN

Setiap 'Murid' adalah... 'Soalan'
Setiap 'Guru' adalah.... 'Jawapan'
Setiap 'Murid' adalah... 'Kegelapan'
Setiap 'Guru' adalah.... 'Cahaya'

Bagaimanakah ingin jadi seorang 'murid'? Apakah perlunya ingin menjadi seorang murid? Adakah kita merasakan hidup ini sudah tidak bermakna dan bererti lagi? Atau kita memerlukan sesuatu yang sangat berguna dan bermanfaat? Adakah kita merasakan hidup ini sudah hampa, bosan, dan kosong, lalu kita memerlukan pengisian?

Atau adakah "kita merasakan kita hidup di dalam kegelapan dan dirasakan sudahlah sampai masanya kita mesti berada di dalam cahaya?"

Sudaraku yang dikasihi!

Semuanya itu terpulang kepada kita. Jika kita rasa hidup ini sudah memenuhi apa yang kita kehendaki, jika kita rasa kita tidak kehilangan apa-apa... tidaklah perlu kita menjadi murid kepada sesiapa. Apa perlunya guru dan kenapa perlu bersusah payah mencari dan ingin tahu?

Tetapi saudaraku!..

Jika dirasakan diri itu 'jahil', 'kekosongan', 'tidak berguna', 'hampa', 'sentiasa cemas', 'gelisah', 'sentiasa takut', 'bingung', 'sengsara', dan 'kegelapan'... Dan jika dirasakan 'seluruh hidup ini' sentiasa 'menyulit dan menyusahkan'... Maka jika dirasakan kita perlu 'mencari guru'dan 'ingin menjadi murid'... itu semua sangatlah mudah.

Tugas kita hanya perlu mencari dan menghubungi seseorang yang benar-benar sudah 'terisi', seseorang yang tidak lagi 'ketinggalan soalan'... Cuma yang ada padanya adalah 'jawapan'. Itulah yang dimaksudkan...

"Murid Adalah... Soalan"
"Guru adalah... Jawapan"

Untuk pengetahuan saudara pembaca, saya selaku pengkaji sejak puluhan tahun, ditanya sama ada syarat-syarat tertentu untuk menjadi seorang 'murid' atau 'pengikut'... Jawapan saya: Adalah "tidak perlu"... "Tidak ada syarat" yang dikenakan. Sebaliknya, mereka ditolong untuk "menggugurkan beban-beban berat" yang tidak perlu dan tidak penting di dalam otaknya agar bertambah ringan dari masa ke semasa.

Jika kita ingin mencari seseorang untuk kita 'jadikan Guru', mudah saja. Kita cuma perlu tahu "apa yang kita cari",dan kita mesti "ada pemahaman", dan kita sendiri "mesti rasa selesa".Dan orang yang hendak kita jadikan 'Guru' adalah "orang yang tidak membebankan kita". Ia menyenangkan kita, tanpa meletakkan apa-apa syarat... Lazimnya, 'dia' adalah orang-orang yang "Arif Ketuhanan".

Bila kita berhadapan dengan orang-orang Ketuhanan, kita rasa ghairah "ingin tahu!" "Ingin tahu lagi!"Sehingga kita dapat rasa kita "disinari kegemilangan"...di hadapannya. Kita dapat merasakan 'ketenangan', 'kesenyapan', "menyelinap masuk ke dalam diri kita."


Kita pula berlapang dadalah dan bukalah 'hati' itu kepadanya. Kita tidak akan rugi apa-apa, kecuali kita "kehilangan beban-beban masalah" yang dipikul ke sana ke mari selama ini.

Dalam konteks inilah, kalau seseorang benar-benar berjumpa dengan 'Guru Ketuhanan', ia sangat-sangatlah menarik, ia sangat-sangatlah 'indah'. Ingat! Kata-kata ini:

"Kita tidak hilang dan merugi apa-apa, kecuali kita kehilangan
beban-beban berat, seperti 'dukacita', 'permasalahan' dan lain-lain".


Tetapi kita semua terus saja menyembunyikan masalah. Pergi cari 'guru' tersebut, yang 'di matanya' ada sedikit 'cahaya' yang melampaui "kegelapan kejahilan".

"Teruskan Mencari Guru Ketuhanan!"Selamat berjaya menjumpainya.


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

11 OGOS 2010

Next Topic: "Mengenai Puasa dan Pemakanan"