Friday, February 4, 2011

MENGANALISIS PILIHANRAYA KECIL DUN TENANG LABIS PADA 30 JANUARI 2011

Saya selaku 'penganalisis', adalah 'orang Labis', 'anak Labis'. 'Kampung Tenang' adalah kampung saya suami isteri. Namun apa pun saya ucapkan "Selamat Datang Ke Labis", untuk SATU tujuan - 'Untuk Menang'. Namun DUN Tenang kini 'TENANG', setelah kembalinya mereka ke tempat masing-masing, dengan perasaan 'berbaur suka dan hampa'.

Apa pun, di sini saya ingin menyingkap 'sikap dan susila' dari... awal 'penamaan calon' - sehinggalah pada hari Pilihanraya Kecil berakhir.

Pada penelitian dan tinjauan saya, sejak dari hari 'penamaan calon' sehingga tamat 'Pilihanraya Kecil', walaupun ia sebuah wilayah kecil di utara Johor; 'DUN TENANG' sebenarnya 'tidak tenang', walaupun pihak keselamatan mengatakan bahawa Pilihanraya Kecil DUN TENANG adalah 'yang terbaik' di antara banyak-banyak Pilihanraya Kecil di Malaysia, meskipun ada sedikit konflik kecil di sana sini.

Yang saya maksudkan 'DUN TENANG' sebenarnya 'tidak tenang', adalah "dari segi 'jiwa, perasaan, dan mental, serta kesan yang ditinggalkan, sama ada dari pihak 'pemerintah' atau pihak 'pembangkang'.

'Provokasi' dari kedua-dua belah pihak, sama ada secara senyap, terang, dan sebagainya, tetap meninggalkan "kesan yang sangat mendalam dan menjadi nostalgia", walaupun dari satu pihak.... "Pasti meraih kemenangan dan yang satu lagi pasti kalah".

Jika dianalisis dari psikologi, jika peperangan antara 'Amerika dan Iraq', yang kita semua tahu siapakah yang menang? Jika manusia (orang) Amerika berperang dengan manusia (orang) Iraq, siapakah yang menang?

Dan jika 'akal' orang Amerika berperang dengan 'akal' orang Iraq, siapakah yang dikatakan menang?

Sebenarnya dari segi 'reliti', jika 'akal' berperang dengan 'akal', "tiada siapa yang boleh dikatakan menang". Kita 'memprovokasi' seseorang adalah "sasarannya ke akal". Ingat!...

Jika 'akal' berperang dengan 'akal', sebenarnya tiada siapa boleh dikatakan menang. Maka mereka yang menggunakan helah, cabar-mencabar, sebenarnya mereka sudah 'menyalahgunakan akal', tiada susila, bolehlah kita sifatkan mereka itu sudah 'hilang akal'.

Perang 'simbol' di antara kedua-dua belah pihak adalah 'sasarannya ke akal', penerapannya adalah di akal. Sebab itu satu 'suasana' atau 'phenomena pelik' dari kedua-dua belah pihak, menjadikan seluruh 'DUN TENANG' 'berperang poster' dengan 'simbol' masing-masing, untuk meraih dan 'menerap simbol' ke akal semua pengundi.

Justeru, untuk 'menang', mekanisme yang digunakan oleh kedua-dua pihak adalah 'tidak sihat', sama ada kita sedar atau tidak.

"Mengenengahkan peribadi buruk seseorang adalah 'dilarang' dan tidak sihat, mentelah lagi kalau masing-masing mengaku dirinya 'ISLAM' (autantik)."

Saya percaya, 'Perang Saraf' atau 'Gerak Saraf' yang diamalkan oleh kedua-dua belah pihak dan dari pelbagai agensi, juga boleh dikatakan tidak sihat. Kerana semua maklumat boleh dimanipulasikan, mungkin sahih, mungkin tidak. Sesiapa yang dikatakan 'pakar Perang Saraf'; Semuanya itu 'bersifat akal', 'Akal Separuh Sedar'. Tahukah kita apakah yang dikatakan 'Akal Separuh Sedar'? Ianya juga digelar 'Akal Bernaluri'.

Sebab itu pihak keselamatan perlu berhati-hati dan bersedia...
"Mencegah adalah lebih baik daripada merawat."


'PEMBAZIRAN'

Pembaziran juga berlaku secara tidak disedari, juga sesuatu yang tidak sihat, sama ada kita hendak akui atau tidak, itu adalah 'kenyataan'. Semua 'poster' bertukar menjadi 'sampah sarap', namun ada 'hikmahnya' bagi 'pemungut sampah' yang boleh dikitar semula.


'GAMBAR POSTER'

'Imej' atau 'gambar' mereka yang bertanding, bagaikan 'sudah tidak dihargai' dan 'tidak bernilai', dirunyuk, ada yang dibakar dan dikitar semula, dikoyak atau sebagainya. Ada yang masih tersangkut di puncak dan tertampal di sana sini. 'Gambar', sebenarnya tidak boleh menggambarkan perangai, tabiat, dan perilaku seseorang, penilaian sebenarnya adalah 'berbalik kepada Si Pengundi' terhadap sikap dan tabiat kepada yang 'menang'.

Nasihat saya kepada 'yang menang', bukan saja latarbelakang akademik menjadi 'kayu ukur', tetapi yang penting "berapa kerap kita mengambil tahu orang di bawah", BUKANnya kedudukan, pangkat, dan kekayaan kita 'yang menjadi kayu ukur'.


'BAGI YANG KALAH'

Bagi yang kalah mesti 'akur' dengan 'kekalahan', walaupun pihak 'yang menang' dikatakan menggunakan pelbagai cara dan helah, kerana sesiapa jua yang menang, akan menumpukan sepenuh tenaga dan pemikiran, sama ada secara sihat atau tidak, "kuasa tetap menjadi matlamat." Bagi yang 'kalah', segala usaha sudah diketengahkan, cuma ingat satu perkara, "jangan adunkan gula dan garam di dalam satu balang yang sama", sehingga menimbulkan 'rasa yang tidak serasi dan serasa', tidak bertujuan dan bermatlamat.

Kalau pun suatu hari nanti, yang 'kalah' kini, akan 'menang' sutu hari nanti, sikap dan tabiat yang sama juga akan 'diaplikasikan' demi untuk 'kemenangan' atas 'SATU tujuan'...., Kerusi, Pengerusi, Kuasa, dan Harta.

"Siapakah yang menang dan apakah tujuan kemenangan?"


'SEDIKIT RENUNGAN BERSAMA DAN SILA JAWAB'

Jika kita inginkan seorang pemimpin yang berlatarbelakangkan 'agama', sedangkan ia juga tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan dosa, tetapi "tidak tahu memimpin negara", apakah agak-agaknya yang akan terjadi kepada negara tersebut?

Dan yang 'satu' lagi, tidak kuat latarbelakang agamanya, manusia biasa, berdosa, dosa yang boleh diterima dan diampun oleh Tuhan, tetapi "boleh memimpin negara", dan yang mana satukah pilihan kita?

Awas dan berhati-hati di zaman 'jahiliah moden' ini, kerana kini telah lahir ramai "orang-orang terpelajar yang jahat, yang menghuru-harakan dunia", membuat bom dan senjata untuk berperang dan membunuh manusia di sana sini. Tidak kurang yang terpelajar, pandai berhujah untuk menjatuhkan sesama sendiri.

"Jika semua puak dan pihak sudah pandai dan bijak.... Ke manakah harus kita merujuk?" Natijahnya, kehancuranlah yang akan menanti kita semua di hadapan.

Ingat!... Jika kita semua boleh lagi dinasihatdan duduk semeja, dalam konsep 'syura', berbincang untuk 'SATU' tujuan dan haluan, itu petanda; Kita masih lagi boleh bernafas.

Kepada 'pemerintah' yang masih mempunyai mandat rakyat, fikirkanlah konsep 'Pilihanraya Kecil' ini dapat dihapuskan, untuk mengelak pembaziran dan bertegaslah agar negara tidak kucar kacir, dan terus aman, dan sejahtera. Jika tidak, kita sama-sama nantikan natijahnya. Bertindak segera, dengan penuh ketegasan, demi "perpaduan dan kesejahteraan rakyat".


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

05 FEBRUARY 2011

Next Topic: 1."Manusia DiSelubungi Maya Kepalsuan Dan Terhijab"

2. "Death With Dignity"