Monday, September 17, 2012

DIRI KITA ADALAH DIRI KITA, BUKANNYA ORANG LAIN

Bukan semua keinginan kita akan tercapai seperti apa yang telah dijanjikan; malah kadang-kadang ia berlaku sebaliknya. Kita ingin jadi orang yang paling istimewa? Sebenarnya kita semua telah pun menerima kebiasaan kita selama ini. Seseorang yang istimewa sebenarnya tidak mahu menjadi istimewa, malah ia langsung tidak menyedari yang ia memang seorang yang istimewa. Apa saja yang kita inginkan, suatu perkara yang pasti, "sebenarnya kita bukanlah seperti apa yang kita fikirkan". Tahukah kita dari manakah datangnya keinginan dan kemahuan kita itu? Sama ada peniruan, melalui persekitaran, seperti kita melihat orang yang kaya raya, seseorang yang bijak dan terpelajar, seorang peninju, tetapi kita merasakan bahawa kita ini sangat daif dan menyakitkan. Ingat! Kita terasa daif, sedih, dan menyakitkan kerana persepsi dan konsep kita terhadap penghidupan adalah sempit. Justeru saudaraku! Perlulah kita mengambil ingatan dan catatan untuk diri kita sendiri: "Kita adalah Diri kita. Kita tidak boleh jadi seperti orang lain." Jika kita cuba juga menjadikan diri kita seperti orang lain, kita tidak akan boleh menukarkan diri kita seperti orang lain. Malah kita akan kehilangan sifat-sifat semulajadi kita seperti apa yang telah dan ditentukan terhadap kita. Ia tidak ubah seperti kita cuba menukar sesuatu yang di luar kemampuan kita seperti: "Sekuntum bunga ros cuba menukar dirinya kepada bunga teratai". Maka seluruh tenaga terpaksa ditumpukan untuk menukarkan dirinya kepada 'teratai' .... Maka ia lupa bahawa dirinya adalah 'bunga ros'. Itu ertinya seluruh tenaganya tersalah arah. Ambil perhatian! Ia pastinya 'tidak boleh menukarkan dirinya kepada teratai', kerana ia tidak punya 'benih teratai'. Pastinya tiada potensi langsung untuk menjadi 'bunga teratai'. Suatu perkara yang pasti, ia juga akhirnya tidak boleh jadi dirinya sebagai 'sekuntum bunga ros', kerana ia telah menghabiskan seluruh tenaganya kepada 'bunga teratai'. Dan siapakah yang menganggap bahawa sekuntum bunga teratai lebih baik daripada bunga ros? Kedua-duanya adalah 'indah, cantik dan hebat'. Kedua-duanya diperlukan. Sehingga sehelai rumput kecil sekali pun lebih diperlukan berbanding bintang-bintang di langit. Ingat saudaraku pembaca! "Seluruh universe ini merupakan satu KESATUAN ORGANIK". Ertinya di muka bumi ini... Tiada apa yang tanpa diperlukan dan disia-siakan. Fahamkan maksudnya bahawa... "Orang-orang yang paling diperlukan adalah orang-orang yang boleh menerima hakikat dirinya sebagai dirinya, dan menikmati apa yang telah ditentu dan ditetapkan... "Diri kita adalah diri kita, bukannya orang lain". "Jangan cuba ingin jadi seperti sesiapa, adalah merupakan 'kecemerlangan yang tertinggi di dalam kewujudan di universe ini." Jangan cuba menjadi 'istimewa'... Cuma benarkan 'alam' atau 'nature' itu membawa kita mengikut arus penghidupan yang telah ditetapkan. Dalam ertikata lain: Jangan cuba 'menongkah arus'... Ikut saja arus penghidupan itu. Jika tidak, natijahnya kita akan kalah dan menyakitkan. Ikut saja arus itu, tidak juga kita perlu berenang. Arus penghidupan yang sedang kita layan, akan membuat kita lebih seronok menari-nari di lautan penghidupan ini. Kalau kita selalu ditekankan, "Jadilah macam Si Anu itu!" Tidak hairanlah hidup ini sangat 'membosankan, merisaukan, merimaskan'. "Jangan jadi seperti orang lain, maka kita tidak ada kerisauan, tidak ada 'tension' atau ketegangan, tidak juga mimpi... Kerana kita tidak tertekan atau ditekan oleh sesiapa". From Empty Hands, A.Rahman bin Mahadi Labis, Johore Tel: 016-602 0321 18 September 2012 Next Topic: 1. "The Mind Works Better When It Is Fully Open Like A Parachute" 2. "Dunia Kini Dan Akan Datang Sudah Tidak Selamat Untuk DiHuni Oleh Manusia"