Thursday, January 3, 2013

JENIS MANUSIA APAKAH YANG MENGHUNI PLANET INI?

Semua agama di muka bumi sentiasa sahaja menyeru agar kesejahteraan, kegembiraan, mesti menjadi keutamaan. Tetapi kegembiraan tersebut mestilah tidak semata-mata bergantung kepada kepuasan kehendak yang melampau atau dengan kegilaan kuasa dan kekayaan yang melimpah ruah. Walaupun kita memperolehi seluruh kekayaan di dunia ini, namun kita tetap tidak gembira dan tidak akan puas sekiranya akal sentiasa saja dilanda kecemasan, iri hati, kebencian, yang lahir dari kejahilan terhadap hukum alam. Dan "agama pula kita anggap tidak lebih sebagai 'spare tyre'. Ia hanya akan kita guna dan berguna bila kita dalam kecemasan." Semuanya kerana manusia menyangka mereka tahu semua, semuanya bijak. Bila semua sudah tahu dan bijak, "maka timbul... 'KEEGOAN' di dalam hati masing-masing. Manusia sudah tidak mahu menerima nasihat, tidak makan nasihat, mereka bagaikan; 'orang tidak berAKAL' tetapi berotak, 'berotak' tetapi tidak lebih baik daripada ... 'BINATANG'!" Sebab itu manusia masa kini... dikelilingi oleh pelbagai permasalahan seperti: 1. "Budaya lepak, bohsia, kerosakan moral, lari dari rumah, buang anak, penyalahgunaan seks, pengguguran janin, perceraian, penderaan, ragut, samun, rompak, dadah, rempit, gila kuasa, perasuah, dan yang lain-lain... anda pembacalah yang menokok atau yang menambahnya." Saudaraku pembaca yang dikasihi! Ambil ingatan! Tidak ada tapak yang paling subur dan paling sesuai untuk memupuk anak-anak..., adalah dari KELUARGAnya sendiri. Walaupun pelbagai usaha dibuat untuk mengurangkan kadar jenayah... namun ia tetap terus bertambah, dan menjadi-jadi. Keganasan semakin menjadi-jadi di dalam keluarga di zaman kepesatan Sains dan Teknologi. "Semua jenayah kemudian menjadi penjenayah, semua yang ganas-ganas kemudian menjadi pengganas, terhasil dan terbentuk melalui cara bagaimana seseorang itu dididik dan dibesarkan." UNIK Manusia sebenarnya mempunyai kedudukan yang unik, ditempatkan ke dalam perut ibu, dan keluar ke dunia secara unik, mempunyai struktur tubuh badan yang unik, nama yang unik, makan, minum, tidur, bangun, berkeluarga, mencipta, dan sebagainya. Semunya sangat unik. Tetapi setujukah kalau secara rambang saya mengatakan kedudukan manusia masa kini telah jauh menyimpang, malah lebih hina kedudukannya, walaupun mereka dikatakan telah mencapai kemajuan sebagai seorang ahli falsafah, agamawan, pakar Sains, arkitek, dan sebagainya. "Kalau kita percaya agama bermula di muka bumi dan akhirnya menuju ke syurga. Kenapakah manusia mencipta neraka di tempat bermulanya agama untuk membentuk kesejahteraan, keharmonian dan kasih sayang, agar semua manusia dapat menuju ke tempat lebih indah dari dunia itu sendiri." Kemanakah perginya tanggungjawab kita selaku manusia di muka bumi ini demi kesinambungan dan kesejahteraan generasi akan datang? Namun apa pun, semakin tinggi ilmu keduniaan yang dipelajari, dan gelaran apa pun yang dijawat dalam hal-hal keduniaan. "Dalam penelitian saya, manusia sebenarnya adalah semakin jahil dan rakus. Semuanya kerana mereka tidak sedar, tertutup oleh kuasa 'MAYA' yang sangat kuat. Maka tiada siapa akan sedar bahawa setiap 'MANUSIA' itu punya 'BENIH' kedudukan yang tertinggi dalam apa jua ciptaan di muka bumi ini." Ada orang mengatakan penghidupan manusia ini adalah di antara... 'SYURGA' dan 'NERAKA'. Kerana akal itulah tempat 'penyaringan', apabila ia disalahguna maka ia mudah bertukar menjadi 'neraka'. Manusia adalah manusia. Jika ia punya 'perikemanusiaan' terhadap sesama manusia, dan punya 'HATI', semuanya akan damai dan tenang. Ambil ingatan ini: "Manusia yang angkuh dan sombong tidak punya syurga." "Manusia yang punya cemburu dan iri hati, pastinya ia tidak punya jiran." "Dan yang suka amarah, tidak punya 'AKAL' dan 'DIRI'" Penghidupan yang suka mementingkan diri, atau hidup secara individu, pasti kita tidak berdaya. Justeru, penghidupan secara sosial dan bermasyarakat, akan membawa 'KEKUATAN'. Manusia tidak boleh bergelar 'MANUSIA' jika ia tidak 'BERMASYARAKAT'. Kenapakah manusia bergelar manusia? Manusia sangat berbeza dengan binatang, kerana hanya manusia sahaja yang mampu mengembangkan kebijaksanaannya dan pemahamannya untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak, mana yang merugikan dan menguntungkan. "Manusia ertinya: Seseorang yang punya 'AKAL' untuk berfikir." Dan tujuan beragama pula adalah: Untuk membantu manusia agar berfikir dengan waras dan betul, untuk mengangkat darjat manusia agar lebih tinggi daripada ... HAIWAN. Juga untuk membantu manusia agar memahami perhubungannya dengan universe agar dapat hidup secara harmonis, dan mencapai matlamat serta tujuan penghidupan yang sebenar terhadap seluruh KEWUJUDAN. Tetapi apa yang mengelirukan kita semua terhadap manusia di zaman moden ini, sudah sejak sekian lama; Sistem daya fikir manusia berkembang, dan agama terutamanya, boleh dilihat tempat-tempat ibadah di sana sini, di kalangan semua manusia pastinya ia dapat membekalkan jawapan terhadap semua persoalan yang pelik dan aneh, yang lahir dari fikiran manusia yang boleh kita anggap 'tidak lagi waras' untuk ditemani dan didampingi. Namun apa pun, jawapan pada semua itu adalah kepada manusia itu juga. Yang bergelar 'MANUSIA' inilah yang bertanggungjawab, yang menganggap dirinya bijak dan pakar dalam pelbagai bidang... telah 'MENODA' dan 'MENJAHANAMKAN' planet bumi ini dengan rakusnya, tanpa memikir akan makhluk lain yang sama-sama menghuni alam ini. Kini kita boleh lihat 'penaklukan' dan pelbagai penemuan oleh Sains dan Teknologi, mendapat sanjungan dan tepukan di seluruh dunia untuk melakukan kerosakan, atas nama 'KEMAJUAN'. Pembaca budiman! Marilah kita sama-sama memikirkan penempatan kita manusia di dunia ini, perlu difahami dari ruang lingkup yang luas di mana dunia ini perlu kita bahagikan kepada TIGA kategori: 1. Planet yang dihuni oleh segala yang hidup dan bernyawa. 2. Planet yang semata-mata 'ELEMEN' atau 'UNSUR'. 3. Yang semata-mata 'RUANG'. Kita boleh lihat bahawa 'MANUSIA' itulah makhluk 'TERISTIMEWA' dari segala kewujudan, untuk menikmati penghidupan yang terbaik di universe ini. Tetapi manusia dilihat 'kerdil', bukan sahaja dari segi kekuatan, tetapi dari segi jangka hayatnya pun tidak panjang. Manusia bukan sahaja makhluk, tetapi ia dikuniakan 'KEBIJAKSANAAN' untuk menghuni universe ini. Secara biologinya, kita manusia adalah sangat lemah jika dibandingkan dengan lain-lain makhluk, sama ada kecil atau besar. Lain-lain binatang dilahirkan berbekalkan atau dilengkapi senjata untuk mempertahankan dirinya demi kelangsungan hidupnya. Manusia pula sebaliknya diberikan 'akal' untuk pelbagai guna - tetapi bukan sebagai senjata. Ingat!... Manusia sebenarnya dianggap sebagai makhluk yang berbudaya, maka ia perlu hidup secara harmonis dengan yang lain-lainnya, dengan sesiapa sahaja dan bukan sebaliknya - berbunuh, membunuh, apakah tujuan menusia membina SENJATA PEROSAK? Agama diturunkan untuk tujuan keharmonian, ilmu dan ajarannya adalah setiap yang hidup berkongsi udara, matahari, siang dan malam, yang sama, yang membuatkan kita berkongsi tenaga yang sama. Perlu diingat!... Lihat rata-rata, segala-gala benda di dunia ini saling bergantung antara satu sama lain untuk meneruskan penghidupan. Dan "manusia tidak boleh melihat dirinya yang paling tinggi kedudukannya berbanding dengan yang lain"... Kerana tubuh badannya bergantung pada pemakanan... ertinya ia bergantung pada ulam-ulam, sayur-sayuran, oksigen, air, matahari dan sebagainya. Inilah perkara yang tidak disedari oleh ramai orang yang 'EGO' dan angkuh. Juga perlu diingat!... "Kewujudan 'akal' kita pun, kewujudannya bergantung pada deria yang datangnya dari objek yang berada di dunia luar". Oleh itu saudaraku pembaca seluruh universe ini mesti dilihat seperti "jaringan yang besar, jika tersentuh satu sahaja simpulan di jaringan tersebut,maka seluruh jaringan tersebut akan bergegar dan bergetar". Justeru, "ita manusia terhutang kesetiaan terhadap dunia ini", kerana kita bergantung kepadanya untuk meneruskan penghidupan, sama ada secara fizikal ataupun mental. Oleh itu janganlah sombong, dunia ini bukan dicipta untuk kita seorang, dan dunia ini tidak akan menyebelahi sesiapa. Ertinya: "Ia tidak boleh kita gelar baik atau zalim, tetapi 'netural'." Jadi, janganlah kita cuba memerah apa saja benda di dunia ini untuk kepentingan diri sendiri. Belajarlah menghormati makhluk-makhluk lain, dan dianggap sebagai tetamu kita, daripada berlagak sebagai "pemain terup, siapa yang berkuasa dan menang, akan mengambil semua." From Empty Hands, A.Rahman bin Mahadi Labis, Johore. Tel: 016-602 0321 04 JANUARY 2013 Next Topic: "1. How Important Is Sex In A Marriage? And Teaching The Fact Of Sex And Sexual development To The Children." 2. "Tersembunyinya Sepohon Pokok Di Dalam Sebiji Benih Yang Kecil."