Tuesday, November 17, 2009

SELURUH DUNIA INI DENGAN SEGALA ISINYA, ADALAH ILLUSI

Orang-orang bodoh dan dungu sahaja lahirnya dalam illusi dan akan tumbuh mengembang serta membesar dalam illusi dan tanpa mengenal illusi atau khayalannya untuk apa dan apakah ianya? Ingat!.. Seluruh dunia dan segala isinya adalah 'maya dan illusi'.

Seluruh pergantungan kita terhadapnya adalah illusi, hidup berkeluarga adalah illusi, mati juga suatu illusi, apa jua yang kita lihat dan fikir adalah juga illusi.
Ke mana perginya, raja-raja, maharaja yang begitu gagah dan kuat sewaktu pemerintahannya? Mereka semua telah ditelan bumi mengikut peredaran waktu. Hari, minggu, bulan, tahun dan era, berulang-ulang antara satu sama lain.

Masa terus-menerus sahaja mengalir. Dalam pengaliran tersebut, setiap daripada kita, setiap objek, setiap orang, terus sahaja dibawanya bersama. Jika seluruh kebendaan juga turut dihanyutkan oleh arus masa dan tidak mampu bertahan serta tidak boleh kita jadikan tempat bersandar, berpaut atau bergantung... Justeru, siapakah boleh selamatkan siapa?

Ingat!.. Ada satu saja entiti yang tidak boleh hanyut atau dibawa oleh arus masa
dan boleh kita jadikan tempat berlindung dan penyelamat bagi semua.., 'adalah Tuhan itu sendiri'. 'Dia' sahaja yang boleh menyelamat dan melindungi kita.

Dia sahaja satu-satunya benteng atau tebing yang kukuh, suatu sungai yang 'pengalirannya tiada sudah' dan terus sahaja 'abadi', 'kekal' sampai bila-bila. Maka saudaraku!..

"Berpautlah kepadaNya (Allah). Itulah rahsia penghidupan ini".
Itulah tandanya yang kita ini benar-benar manusia. Antara lain perkataan:

"Jangan percaya pada dunia,
tetapi percayalah kepada 'ALLAH'".


Itulah cara hidup beragama yang betul, dan cara untuk menikmatinya.
Dalam erti kata lain:

"Kita boleh sahaja berada di dalam dunia, tetapi jangan jadi dunia itu sendiri".

Selalu sahaja ingat 3 prinsip ini bila kita berada di dalam dunia ini:

1. Jangan Lupa Tuhan
2. Jangan Sekali-kali Percaya Terhadap Dunia Ini.
3. Jangan Sekali-kali Takut Mati.


Itulah 3 (Tiga) prinsip utama yang mampu menjadikan kita... 'Insaan Kamil'.

Di dalam Al-Quraan, banyak kita dapati 'nilai' atau 'sifat-sifat terpuji' sebagai 'INSAAN KAMIL'. Tetapi adalah mustahil bagi setiap individu mampu memiliki sifat-sifat terpuji tersebut... Ia hanya mampu kalau kita sudah terlepas atau melepasi sifat-sifat 'fasik'.

"Siapa jua anda pembaca, halusi, amati ayat 24, surah At-Taubah"

Ingatan!..

"Jangan tipu diri sendiri, jangan duduk pada konsep sahaja. Belajarlah 'Ilmu Tauhid' secara sesungguhnya. Jangan menghafaz dan berseloka terhadap Ilmu Tauhid, kerana "kesempurnaan beragama terletak pada 'Ilmu Tauhid'!".


Tentang nilai-nilai atau sifat murni yang terdapat di dalam Al-Quraan, cukup banyak jika kita dapat mengamal 'satu' atau 'dua' sudah memadai.

"Berpegang Teguhlah Pada Tali Allah!" Bila kita sudah punya keyakinan yang amat mendalam terhadap Tuhan, maka bagaimana kuat sekalipun, budaya kuning datang melanda, kita tetap akan terpacak teguh, tidak akan hanyut dan tumbang.

Di dalam sekotak mancis, terdapat lebih kurang 50 batang anak-anak mancis. Jika kita inginkan apinya, kita cuma perlu ambil sebatang sahaja untuk keperluan kita, itu sudah cukup atau memadai.

Serupalah juga di antara sifat-sifat kebaikan yang terlalu banyak di saran oleh Al-Quraan atau hadis, jika salah satu di antaranya dijadikan amalan untuk kesempurnaan, itu sudah cukup dan memadai. Perkara yang paling 'UTAMA' penting adalah:

"Sifat Kasih Sayang yang tidak
bermotifkan apa-apa terhadap seluruh kewujudan".

Dalam erti kata lain..; "Kasih Sayang adalah Kasih Sayang Itu Sendiri".

Hiduplah dalam berkasih sayang, sayangilah semua orang, jika kita ingin dikasihi dan disayangi. Kasih sayang adalah 'sifat Tuhan', dan ianya juga petanda betapa dekatnya Tuhan kepada kita.

"Selamat menjalani dan mengamal
sifat-sifat Kasih Sayang".



From Empty Hands,
A. Rahman Bin Mahadi
Labis, Johor
016-6020321

19 NOVEMBER 2009

Next Topic: "Let All The Noble Human Qualities
Shine Within You"