Wednesday, August 11, 2010

MENGENAI PUASA DAN PEMAKANAN

Saudara pembaca yang budiman lagi dikasihi!

Cuba renung dan nilai 'diri sendiri', mengenai "puasa dan pemakanan". Jika kita 'orang Islam', pastinya menjelang Ramadhan, kita 'diwajibkan berpuasa'.
Mengikut sebuah hadis mengenai 'pahala puasa', adalah datangnya "terus dari Allah". Ertinya "tidak ada perantara". Tetapi pahala yang layak baginya adalah "yang berpuasa KERANA ALLAH..." Bukan "kerana lapar dan makanan".

Ertinya: Kita "diuji nafsu" - "Kuat mengingat makan, dengan kuat mengingat Tuhan". Mana lebih kuat?.. Jawapannya ada pada pengamal-pengamalnya sendiri.

Mari kita kongsi pandangan mengenainya:

Kita boleh perhati - Orang-orang yang berpuasa "sekadar percaya dan mengikut-ikut," pasti godaan mengingat makan lebih kuat tarikannya daripada yang berpuasa Kerana Allah. Maka ramailah yang hidupnya berpura-pura. Ada orang cerewet tentang makan, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dimakan. Seolah-olah itulah saja perkara penting dalam hidup ini.

Saudaraku!

Cubalah "berpuasa tiga hari" saja. Cuba fikir apakah yang akan masuk ke akal itu?... Kita akan terus saja 'mengingat makan' terus menerus. 'Puasa' membuat orang "tergoda kuat untuk makan". Macam mana kita boleh menang untuk "mengingat Tuhan". "Tuhan bukan makanan".

Memahami pemakanan kita adalah bagus, kalau kita benar-benar hendak makan. Belajarlah makan secara betul. Pilihlah makanan yang betul, pada masa yang sesuai dan betul. Pilihlah makanan yang sesuai untuk tubuh badan itu, "makanan apa yang subur dan menyegarkan".

Percayakah anda, kalau saya katakan makanlah 'ice-cream' banyak-banyak... Cara begitu pun boleh kita berpuasa, kerana 'ice-cream' adalah sejenis makanan yang tidak sesuai dan tidak menyuburkan. Samalah seperti kita menyumbat sesuatu yang kotor atau busuk ke dalam perut kita... Ia tidak memuas dan mengenyangkan.

Dalam ertikata lain:

"Ia memenuhi perut kita... Tetapi ia tidak memuaskan kita."

Makanan yang salah, tidak akan membuat kita puas. Kelaparan kita tidak akan berasa puas. Kerana "kelaparan memerlukan pemupukan dan kesuburan"...Bukannya makanan.

Ingat!... "Kelaparan adalah untuk kesuburan, bukannya apa yang kita makan!"

Dan kelaparan pula tidak peduli soal 'rasa'... pokoknya, sama ada ia sesuai atau tidak untuk tubuh badan itu, sama ada makanan kita itu memberi tenaga kepada tubuh badan atau tidak. Jika ia memberi tenaga kepada tubuh badan, maka ianya okay!...

Bila 'rasa' pula seiring dengan 'kesuburan', pasti ia memberi kepuasan yang amat. Saya selaku penulis pula, tidak menentang 'rasa'. saya gemar segala-galanya, tetapi 'berprinsip'. Kalau sekadar 'rasa' saja, ia tidak memupuk kesuburan. Jika makanan pula, tanpa rasa, tidaklah bijak, bodoh!..

Jika kita ada kedua-duanya,... Kenapa tidak?
Orang-orang yang bijak, akan memilih 'yang seimbang dan menyuburkan', yang sedap-sedap itu tidak menjadi persoalan besar. Manusia boleh saja pergi ke bulan, tetapi tidak boleh mencari makanan yang subur untuk dirinya.

Manusia telah melakukan pelbagai keajaiban, tetapi tidak pernah puas dan memuaskan kelaparannya.

Ada ramai orang percaya dan kuat berpuasa - secara melampau dan merosakkan tubuh badannya dengan menyumbat pelbagai makanan, tanpa pertimbangan.

"Orang yang berpuasa adalah orang yang berlapar, ia sama seperti di dalam sebuah sampan yang sama... Ia berpuasa dan ia juga tergoda dengan makanan, dalam waktu yang sama".

Orang yang berpuasa, kalau 'kerana berlapar, dahaga dan makanan semata-mata, pastinya bila ia ke Pasar Ramadhan, ada pepatah mengatakan:

"MATANYA AKAN LEBIH BESAR DARIPADA PERUT"

Itu dinamakan "puasa kerana nafsu", "tidak kerana ALLAH".


"SELAMAT BERPUASA!"


From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

12 OGOS 2010 (Ramadhan)

Next Topic: 1. "When You Look Into The Nature Of Desire"

2. "Memahami Konsep Bai'ah - Perjalanan Dan Sejarahnya"