Monday, October 18, 2010

KESAN DAN AKIBAH

Turunnya wahyu Tuhan yang bergelar "Al-Quran" kepada nabi besar Muhammad S.A.W adalah untuk menunjuk jalan ke jalan ilmu pengetahuan yang tertinggi bagi kesejahteraan semua manusia.

Maka adalah amat perlu dan "penting untuk kita mendalami dan mentelaah isi kandungan Al-Quran tersebut". Di antara isi atau doktrinnya adalah "soal moral, akhlak, perbuatan atau tindakan kita".

Dan perlu kita semua renungkan "kenapa soal perbuatan dan tindakan" kita semua "diberi tekanan dan keutamaan di dalam hadis dan juga Al-Quran?"

Di sepanjang kehidupan kita semua, sewaktu hidup di dunia dari mula - "kelahiran, berkembang jadi dewasa dan kemudian mati". Dalam kita semua melalui proses tersebut sebelum mati, semuanya bergantung kepada kelakuan atau perbuatan kita, sama ada kita gembira, dukacita atau sengsara. Sama ada kita seorang yang baik atau sentiasa melakukan dosa. Sama ada kita orang yang disanjung, dipuja atau dihina - Ingat! "Semuanya itu mengalir dari perbuatan kita sendiri."

Demikian kita manusia semua terikat dan diikat oleh "kesan dan akibah" oleh perbuatan kita sendiri. Oleh kerana kita semua tidak memahami dan menyedari hubungan... "sebab dan akibah". Maka kita semua terjerat dengan hawa nafsu, kebodohan dengan berseronok tanpa batas terhadap keseronokan dunia yang bersifat sementara, oleh sebab itu ada pepatah mengatakan:

"Beritahu saya dengan siapa kamu bergaul, nanti saya beritahu kamu; Siapakah kamu?"
"Lihat apa yang kita tanam, nanti kita peroleh apa yang kita tuai."

Yang kita tuai adalah 'akibah' dari hasil perbuatan kita sendiri - sama ada baik atau jahat.

Untuk pengetahuan saudara pembaca yang dikasihi - Semua 'akibah' ada atau terkandung di dalam perbuatan kita sendiri - Ingat!

Justeru ingat! Sebelum kita melakukan sesuatu tindakan, jika berpandukan ajaran Al-Quran dengan segala nasihat dan ajaran yang terkandung di dalamnya, "nanti kita semua akan mendapat kekuatan, petunjuk serta cekap dalam melakukan apa jua tindakan dengan kuasa perbandingan yang kuat untuk membezakan mana yang hak dan mana yang batal, mana yang baik dan mana yang jahat".

"Jika kita berbuat baik, hasilnya juga adalah baik".
"Jika menanam benih yang masam, hasil dari tanaman kita itu juga akan masam".

Ambil ingatan!

"Akibat dari setiap tindakan kita itu, terkandung atau terpendam di dalam tindakan kita itu sendiri".

Ingat contoh ini:

Ada sebuji benih yang sangat kecil. Kemampuan benih yang kecil itu, mampu membesar menjadi sepohon pokok yang sangat besar. Dan kemampuan menjadi sepohon pokok yang besar itu tersembunyi di sebalik benih yang sangat kecil.

Dan benih yang kecil itu pula berpotensi tumbuh mengembang menjadi sepohon pokok dengan berbatang, bercabang, berbunga dan berbuah.

Kalau kita semua perhatikan 'di antara' menanam benih di dalam bumi, perkembangannya sehingga menjadi sepohon pokok yang besar... hairan! Dari manakah pokok itu terbit dan muncul?

Saudara pembaca yang dikasihi!

Segala apa yang kita lihat di dunia ini adalah hasil 'tindakan'. Dan semuanya punya awal dan akhir - suka - duka - juga punya awal dan akhir - permulaan atau kesudahan (natijah). Ianya tidak boleh dipisahkan.

"Untuk itu kita manusia mesti menyedari betapa setiap kelahiran adalah sangat bernilai".

Tetapi malangnya kita manusia tidak menyedari itu semua. Memahami "hukum sebab dan akibah" (The Law Of Cause And Effect) adalah sangat penting.

Hukum "kesan dan akibah" bukanlah sesuatu yang jauh dan terpencil, ia ada pada semua manusia. Ia "berkaitan dengan tindakan dan perbuatan kita sendiri".

Begitu juga dengan 'dosa', ia bukan sesuatu yang berada nun jauh entah di mana, ianya juga berkaitan dengan tingkah laku dan perbuatan kita semua.

Ketaatan, keikhlasan, kejujuran dan kasih sayang juga ada kaitan dengan perbuatan kita masing-masing.

Jika semua kebaikan yang disebutkan di atas itu boleh kita amalkan, maka kita adalah orang-orang yang bijak - "Yang baiklah akan terhasil kerana menanam benih-benih yang baik".

Kita manusia tidak mahu berusaha untuk memahami dan meletakkan diri masing-masing ke arah tindakan yang betul dalam hidup sehari-harinya. Kita semua patut menyedari "mengaku beragama saja tidak cukup". Tindakan dan perbuatan kita itulah patut diperhatikan, kerana apa jua yang berlaku, natijahnya adalah dari perbuatan atau tindakan kita masing-masing. Ingat!

"Segala-gala dalam 'ciptaan' ini adalah berasaskan tindakan dan perbuatan, dari situlah terbitnya akibah, dari tindakanlah terbitnya segala ciptaan".

Ikut contoh ini:

Jika kita 'lapar', kelaparan itu akan membuat kita "bertindak untuk makan". Tetapi 'rantaiannya' mestilah kita perlu "meletakkan makanan tersebut ke mulut" kita, kemudian mengunyahnya, kemudian menyalurkannya ke dalam perut, diikuti dengan mencerna, dan seterusnya barulah taburan dihantar ke seluruh bahagian tubuh badan. Setelah melalui semua proses tersebut, barulah kita "rasa kenyang".

"Mengambil makanan adalah 'tindakan' (kesan), 'kekenyangan' itulah 'AKIBAH atau HASILNYA'".

Ketahuilah, di antara "tindakan dan akibah", beberapa proses perlu berlaku, perlu diketahui akibahnya. Mungkin cepat atau ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya, mungkin sepanjang hayat kita.

Segala tindakan kita itu pasti akan kita sedari, cuma lambat atau cepat saja. Oleh itu nasihat saya; "Berhati-hatilah dalam bertindak!", agar ianya - "sentiasa berada di jalan yang lurus dan betul" atau 'baik'. Kita semua sepatutnya melibatkan diri kita ke jalan yang mulia dan terpuji dan menjadi contoh yang unggul "untuk agama, bangsa dan negara".

Ingat! 'Akal' kita yang jahat akan merebak ke seluruh tubuh badan kita, ia seperti kata pepatah:

"Sebutir batu kecil jika dilontarkan ke dalam kolam, ia akan menerbitkan gelombang-gelombang kecil dan merebak ke seluruh kolam tersebut."

Begitu jugalah "akal yang baik", juga memberi "kesan ke seluruh tubuh badan" kita. Akal yang baik akan bertindak secara baik, bercakap yang baik-baik, mendengar yang baik-baik, menyentuh yang baik-baik, melihat yang baik-baik.

Jika semua "tindakan kita tidak baik", "akibat atau kesannya" juga adalah "tidak baik".

Kini kita boleh lihat semua orang dengar khutbah, mendengar ceramah, ditazkirahkan, dinasihatkan, tetapi dari segi amalan, kita semua 'gagal' mempraktiskannya.

Kalau kita ingin lihat "kebenaran akan tindakan dan tindak balasnya (akibah)", cuba berdiri di hadapan 'cermin'; kerana "cermin tidak pandai menipu". Cuma ia pandai 'meniru'.

Buatlah apa saja di hadapan cermin, ia akan tergambar di dalam cermin apa saja perlakuan kita itu. Jika kita cuba menggertak di hadapan cermin, ia juga akan menggertak kita semula.

Kita semua perlu mengetahui, di dunia ini ada "tiga aspek tindakan" yang digelar "refleksi, reaksi dan gemaan", yang semuanya itu beroperasi secara tidak kita sedari.

"Selamat merenung, mengamal, dan menghayati!..."


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore

19 OKTOBER 2010

Next Topic: 1. "Husband And Wife. Marriage Is A Bicycle Made For Two"
2. "Malapetaka Alam dan Manusia"