Wednesday, June 30, 2010

MANUSIA TERHUTANG KEPADA ALAM DAN LUPA TUHAN SELAKU PEMBEKAL BAGI SEGALA KEMUDAHANNYA

"Segala Puji Bagi Allah... Tuhan Pentadbir Alam".

Ertinya; Segala peraturan dan undang-undang di Universe ini dicipta oleh Allah; Dan setiap individu tertakluk kepada apa jua peraturan yang telah ditetapkanNya;

Sama ada ia seorang jutawan atau yang miskin dan papa kedana;

"Di bumi yang sedang kita berpijak, punya kuasa tarikan. Jika kita tergelincir, pasti kita akan terjatuh, dan mungkin kita tercedera."

Tubuh badan kita juga tertakluk kepada peraturan alam, maka kita semua perlu awas dan berhati-hati. Kita semua mesti berusaha untuk memahami apakah hakikat di sebalik dunia ini dicipta. Kalau kita menghalusi firmanNya:

"Segala Puji Bagi Allah; Tuhan Pentadbir Alam".

Itu ertinya; "Tidak Ada DUA Kuasa" di dunia ini, yang dihuni oleh semua manusia di universe ini; Kecuali "Allah Itulah Pemerintahnya". Jika kebenaran itu dapat kita fahami, maka buatlah penyelidikan terhadap apa saja di muka bumi ini, termasuklah di "tubuh masing-masing yang penuh dengan kekaguman dan keajaiban".

Sebagai contoh:
"Kenapa dan untuk tujuan apakah dunia ini wujud?"

Kewujudan alam dan peranannya adalah untuk membantu manusia, agar manusia sentiasa berada di kedudukan yang tertinggi sekali dalam segala ciptanNya... "Bagaikan Mahkota Yang Tempatnya Mesti Di Atas Kepala"; "Bagaikan Akal Yang Tempatnya Tinggi Di Kepala".

Fenomena di dalam setiap pencapaian seseorang itu, mestilah menyedari bahawa "Allah Yang Kekal dan Abadi" itulah yang mencipta segala ciptaan; Sama ada yang kasar atau halus, yang nampak dan yang ghaib.

Justeru, masa yang diberikan kepada manusia untuk menyelidik hanyalah "Dua Puluh Empat Jam" sahaja. Tidak pernah lebih dari itu. Jika kita asyik berkhayal dan berillusi di muka bumi ini, maka kita adalah dikategorikan "orang-orang yang merugi".

Mari ikuti sedikit singkapan untuk kita renungkan bersama. Apakah telah kita buat dan lakukan terhadap alam yang sedang kita huni? Dan apakah sikap kita terhadap alam dan Tuhan selaku Pencipta dengan segala kemudahan ciptaanNya?

Di muka bumi ini terdapat bukit dan gunung-ganang, serta pokok-pokok. Sedarkah kita bahawa bukit, gunung dan pokok-pokok itu telah membantu dan menolong manusia dengan mendirikan rumah, batu-batan yang diambil dari bukit-bukau, dijadikan tembok dan lantai tempat kita berpijak. Tengok di sekeliling, di sekitar rumah kita semua. Kayu-kayan juga membantu manusia untuk dijadikan kayu api. Dan setiap yang hidup, dari yang sekecil-kecil seperti semut; sehingga sebesar-besar seperti gajah; banyak membantu kita manusia dengan pelbagai dan caranya yang tersendiri.

Lembu mengeluarkan susu yang bersih kepada manusia. Kerbau pula sangat membantu manusia untuk membajak di bendang dan sawah padi. Lain-lain seperti ikan, kambing dan yang lain-lainnya, berkhidmat untuk manusia, dengan cara dan bakatnya yang tersendiri.

Jika kita semua nampak dengan jelas akan "cahaya yang menyuluh dan menyimbah ke seluruh pelusuk alam ini"; Maka adalah amat jelas bahawa segala benda yang dicipta oleh 'Pencipta', sangatlah membantu kita semua selaku manusia.

Sedarkah kita bahawa kita manusia memperoleh apa saja? Kita semua bagaikan 'terhutang' dan 'berhutang budi' terhadap alam yang sedang kita huni ini, dengan menikmati segala kemudahan melalui 'Nature' dengan pelbagai cara.

Tetapi apakah balasan kita terhadap alam yang telah banyak membantu manusia dengan pelbagai cara itu? Bagaimanakah pula kita selaku manusia terhadap Tuhan?

Ya!.. Kita "manusia semuanya mudah lupa terhadap Tuhan selaku pembekal terhadap apa jua kemudahan yang sedang kita nikmati".

Maka tidak usahlah kita hairan jika kita "menjadi mangsa dan ditimpa kesengsaraan". Semuanya itu adalah kerana; "Kita hanya tahu menerima" pelbagai nikmat kehidupan daripada 'Pembekal'(Allah). Tetapi kita "manusia langsung tidak menyumbang apa-apa terhadap alam dan Tuhan selaku Pencipta".

Semuanya itu merupakan "lambang atau sikap kita selaku manusia", yang "bertentangan dan tidak berhati perut". Malah kita "menyumbang kebaikan dengan kejahatan". Jauh sekali bagi kita dapat bersikap "membalas kebaikan dengan kebaikan!"

Jelas, kalau kita lihat bahawa kita "manusia tidak pernah belajar apa-apa terhadap alam di sekelilingnya", yang boleh diperoleh dan dipelajari.

Saudaraku pembaca!

Perkara yang paling penting dan yang boleh dipelajari dari sumber alam yang banyak kita nikmati adalah; "Belajarlah berkhidmat, membantu dan menolong dengan tidak mengharapkan balasan, seperti pahala, syurga, nama, kemegahan, keegoan, dan sebagainya". Buatlah "KERANA ALLAH" seikhlas-ikhlasnya.

Ingat! "Kita manusia tidak pernah dan tidak mampu menyumbang apa-apa terhadap alam... Maka itu, kita perlu beringat!"

Ramai orang bertanya; "Di manakah Tuhan itu?" Jika kita benar-benar 'celik akal' dan 'celik mata hati'... Jawapannya; "Ada pada Nature(Alam)".

Siapakah yang mencipta 'Empat Anasir' seperti Tanah, Api, Angin dan Air? Siapakah yang mencipta 'deria organ' kita yang sehingga kini tidak putus-putus berfungsi mengikut kaedah dan peranannya masing-masing?

'Musim' yang "datang dan pergi", juga banyak mengajar kita manusia. Justeru, saudaraku pembaca yang dikasihi!

"Alam ini mempamerkan bukti Kewujudan Tuhan"
. Alam ini tidak berhak mengikut perintah manusia, dan ia tidak akan ikut perintah manusia, ia hanya "berjalan dan berfungsi mengikut KEHENDAK TUHAN".

Seperti firman Tuhan:

"Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pentadbir Alam".


---- BAIT ----
"SEGALA PUJI BAGI ALLAH"

Keagongan, Kekuatan, dan Kebesaran Tuhan,
memanifestasikan Alam;
Mengagumkan, menghairankan,sangat menakjubkan;
Keindahan, berkhayal, maya, illusi, persembahan;
Bergelar ALAM!!!

Segala Puji BagiMu Allah!..

Bukan sahaja suci dan menghairankan,
Alam ku lihat mengembang, tumbuh, musnah;
Atau ...
Apa yang diberi, dikurnia, dan diambil semula,
sangatlah menakjubkan;

Bukanlah mudah bagiku memahami keajaiban Alam!
Ramai yang lahir ke dunia ini,
tetapi ramai yang tidak tahu tujuan kelahiran itu.
Lalai dan lupa akan tujuan kelahiran itu.
Maka bongkak dan sombonglah ia.

Jawablah!..
Apakah peranan yang telah kita lakukan
untuk lahir ke dunia ini?
Apakah peranan kita
untuk membolehkan kita bernafas?
Apakah peranan kita
agar kita dapat sedar semula
setelah kita ditidurkan?

Semua itulah yang dikatakan
dan diungkapkan,
setiap waktu dan ketika;

SEGALA PUJI BAGI ALLAH
SERU SEKALIAN ALAM!!!...


---- *** ----

From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

30 JUN 2010

Next Topic: 1. "Where Is Peace?"
2. "Civilization Has Not Happen Yet Hypocrisy Of A Barbarous Society"
3. "Gunakanlah Lima Pancaindera Secara Betul dan Bijaksana"