Thursday, September 2, 2010

MENGAWAL LIDAH

Salah satu di antara disiplin yang sangat penting untuk seseorang mendekatkan dirinya kepada Tuhan adalah dengan... "Mengawal Lidah".
Ianya juga mesti dilakukan dalam lapangan "pemakanan dan percakapan". Tanpa pandai mengawal lidah, adalah mustahil untuk seseorang mampu mentaati Tuhan.

Bersama dengan kebanyakan binatang, burung-burung, tetapi kelebihan kita manusia, dikurniakan "lima deria". Setiap deria mestilah digunakan dengan berhati-hati. "Kita semua mesti tahu akan kemampuan dan keterbatasannya".

Kita juga perlu pandai melatih dan mengawalnya, sebagaimana kita juga pandai mengawal apa jua kuasa dan tenaga dalam kerja-kerja kejuruteraan kita sehari-hari. Sebagai contoh:
Seperti 'Api', bila kita pandai mengawal dengan segala kebijaksanaan, ia mampu menyumbang kepada banyak cara sebagai "suatu kemudahan".

Tetapi jika ia di luar kawalan kita, ia sangat bahaya dan boleh mencederakan kita semua. Ambil lagi satu contoh;...
Seperti 'pisau', atau 'tenaga elektrik'; Jika kita pandai menggunakannya dengan betul, ia sangat membawa faedah kepada kita. Jika tidak, ia boleh berlaku sebaliknya.

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Semuanya itu terpulang pada kita, cara kita menggunakan kebijaksanaan kita.
Pengajaran "Ilmu Kerohanian" sahaja yang kerap menekankan agar kita semua mesti tahu bagaimana hendak menggunakan "organ deria" untuk diaplikasikan dalam penghidupan kita sehari-hari.

"DUA KUASA PADA LIDAH"

Setiap "organ deria" yang diberikan oleh Tuhan kepada kita manusia, mempunyai fungsinya yang tertentu. "Tetapi hanya 'lidah' sahaja dikuniakan 'DUA' kuasa.

PERTAMA: Kuasa yang digunakan untuk 'bercakap'.
KEDUA : Kuasa untuk 'mengecapi rasa'

Di dalam Al-Quran atau Hadis, Tuhan mengingatkan kita agar berhati-hati "bila menggunakan lidah".
"Nabi menyanjung tinggi bagi orang-orang yang dapat mengawal lidahnya secara total". Kerana orang-orang yang dapat mengawal lidahnya... "Lambat laun ia juga akan dapat membentuk kesucian dan keteguhan hati", dan ia sentiasa ingatkan Tuhan.

Untuk mengawal lidah, bukan kerja mudah. Ia perlukan disiplin dan latihan yang ketat, di antaranya:
"Memerhati Kesenyapan, Menghadkan Makanan dan Kerap Berpuasa".

'Puasa' dan "menghadkan makanan" dapat membantu "kesihatan fizikal tubuh badan". Memakan makanan yang tiada batasan, akan memudaratkan tubuh badan. Makan yang berlebihan akan membuat kita "tidak cergas, lesu, kaku dan pemalas".

Jika kita fikirkan dengan memakan apa saja yang kita suka, dalam masa yang sama kita beribadah untuk mendekati Tuhan - Cara begitu sebenarnya "SALAH" DAN "tidak sesuai'. Justeru, ambillah satu langkah dan berazam serta berusaha "mengawal lidah". Jika kita sudah arif dan bijak "mengawal lidah" kita itu, nanti deria organ kita yang lain-lainnya akan dengan sendirinya "mudah dikawal".

"Memerhati kesenyapan" juga bukan suatu tugas yang mudah, "mengawal lidah dari bercakap banyak" juga salah satu di antara "memerhati dan mengawal kesenyapan". "Mengawal kesenyapan",yang agak lebih sukar adalah "mengawal celoteh akal" agar ia dapat senyap; adalah lebih sukar.

Dalam ertikata lain;
Apabila "akal kita itu betul-betul dapat disenyapkan"...., itulah yang dimaksudkan "Kesenyapan Sebenar". Begitulah di antara "amalan orang yang bijaksana (sages).

Kini ramai di antara kita cuba berbagai-bagai cara mengamal dengan segala larangan dan peraturan semata-mata ingin mendisiplinkan diri masing-masing untuk "mengawal lidahnya" dalam "lmu Kerohanian". Malangnya, ramai yang gaagal, tidak berkesan dan "tidak dapat mengawal lidahnya".

Untuk pengetahuan sidang pembaca, jika kita ingin "mengawal lidah" dan lain-lain deria, tidaklah perlu kita berusaha dengan bersusah payah hingga 'ketegangan'. Cuma kalau kita "pandai mengawal lidah" dengan betul, nanti lain-lain "organ deria" kita akan "terkawal dengan sendirinya".

Oleh kerana kita "tidak pandai mengawal lidahlah", maka ramailah yang "terjebak dan terperangkap" dengan 'lidah' atau "kata-katanya sendiri". Dengan itu berlakulah "perang mulut" dan "cuba menidakkan" apa yang telah dicakapkannya "melalui lidahnya yang tidak bertulang" itu.

Orang-orang "yang tidak pandai atau tidak mahu mengawal lidah mereka", boleh kita kategorikan sebagai orang-orang yang sentiasa:
"Emosinya kacau-bilau, selalu bersanggah dan bercanggah, selalu kebingungan, dan meracau-racau".

Ingat!
"Mengawal Lidah" bukan saja bermaksud "mengawal percakapan", tetapi juga "mengawal makanan".

Anda pembaca semua perlu tahu dan perlu ingat!
"Tidak ada kuasa yang paling berkuasa dan sangat berkesan: Adalah 'LIDAH' (percakapan)".

Sebab itulah, kita seboleh-bolehnya, secara tegas: "Membatas dan mengawal perbualan dan percakapan" kita.

Dengan sebab itu juga "orang-orang Mistik, orang-orang Kerohanian, atau orang-orang Ketuhanan" adalah "orang-orang yang Mengawal Ketat" akan 'pemakanannya', 'lidahnya', serta "pandai mendiamkan celoteh akalnya" - 'Akalnya' bebas dari 'celotehan', 'berceloteh yang bukan-bukan'. Ia memang "benar-benar senyap dan ia benar-benar pendiam".

Seperkara yang perlu diingat mengenai 'lidah':
"Lidah Lebih Tajam Daripada Mata Pedang dan Mata Pena".

Contoh:
Jika kita "memotong atau mencantas sepohon pokok" - pokok itu masih lagi boleh 'bertunas'.
Jika kita "mencantas sekeping besi dengan sebilah pedang yang juga berasal daripada besi" - ia masih boleh "dicantumkan dengan mematerinya".

Tetapi jika kita 'mengumpat' atau 'memfitnah' seseorang dengan 'lidah' kita, tidak mungkin kita boleh "mencantumkan silaturrahim" kita semula - malah ia boleh "memutuskan persaudaraan" kita hingga "tujuh keturunan".

Ada lagi satu kata-kata yang amat tua mengatakan:

"Percakapan atau perbualan" kita yang berupa "fitnah mengumpat atau tohmahan", juga boleh "membunuh dan mematikan kuman-kuman" yang berkeliaran di sekitar kita.

Cuba fikirkan betapa "beracunnya percakapan" kita yang tidak berasaskan "sopan dan adab terhadap percakapan" kita melalui 'LIDAH'.


From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

03 SEPTEMBER 2010

Next Topic: 1. "If One Cannot Command Respect In Society - Of What Value Is His Education"

2. "Tuhan Mempamerkan Kuasanya Dengan Pelbagai Cara"