Saturday, May 21, 2011

ZIKIR DAN KESANNYA PADA MENTAL, ROH, HATI DAN PERSEKITARAN

Memang terdapat 'kepedihan dan keperitan' menanti kita dalam kita sedang bergembira. Kerana tiada siapa mampu memisahkan antara keduanya. Di dalam kepedihan itulah menanti kita dengan penuh kegembiraan dan dalam suka dan duka itulah "kesan kepada 'Ujian Tuhan' terhadap kita manusia."

Tahun demi tahun saling berulang, tetapi "manusia tidak lagi dapat mengembangkan 'nilai-nilai dan rasa kemanusiaannya'." Seorang manusia, yang benar-benar 'MANUSIA', adalah "yang mempunyai 'AKAL'". 'Nilai' atau 'mutu' bagi orang-orang yang 'berakal' adalah:

"Ia umpama sinar cahaya matahari yang sedang menyimbahkan cahayanya ke seluruh pelusuk muka bumi jika di situ terdapat gelap kejahilan."

"Kesejukan dan keredupannya pula bagaikan 'bulan purnama' di gelap gelita malam."

Mereka inilah yang mengungkapkan "kata-kata suci menyebar ketenangan dan keharmonian kepada kesejahteraan alam dan masyarakat". Mereka punya "sifat kasih sayang, ikhsan, simpati, kesabaran dan pengorbanan. Mereka seumpama itulah boleh digelar "benar-benar MANUSIA".

Tetapi, kini manusia yang dikatakan sudah tamaddun berada pada zaman Sains dan Teknologi....'Nilai-nilai kemanusiaan' sudah ketandusan dan sukar didapati.

Mana mungkin, yang dikatakan manusia, yang tidak lagi mempunyai 'nilai-nilai kemanusiaan', hendak kita gelar mereka itu 'manusia'? Jauh sekali hendak digelar 'INSAN'?

"CONTOHI ALAM, DAN LATIH NILAI-NILAI KEMANUSIAAN".

'Asal usul manusia' adalah dari 'alam', bila disebut 'ALAM', 'alam' itu adalah "Tanah, Api, Angin, dan Air".

Cuma manusia dikurniakan 'nilai tambah', iaitu 'AKAL'. Jika tidak, samalah kita seperti 'binatang'- "pembiak dan pengembang generasi". Namun kita tetap binatang, iaitu "Haiwannunatik" (Haiwan yang pandai berkata-kata).

Asal usul 'tubuh' kita adalah daripada alam 'nature'. Tanahlah menampung penghidupan. 'Matahari' memberi dan menyimbah 'cahaya'. 'Pokok-pokok' mengeluarkan 'oksigen' untuk "kita bernafas". 'Air' menghilangkan 'kedahagaan' kita dan membuatkan kita boleh terus hidup.

Ingat!... Semua itu adalah merupakan 'TENAGA PENGHIDUPAN', yang membuatkan kita semua tidak mahu berfikir.

Justeru, bagaimana mungkin, kita manusia yang terjadi daripada 'Empat Anasir'(4) dan dapat menampung hidup sehingga ke hari ini, tidak langsung 'peka dan perihatin' terhadap 'persekitarannya', dan langsung "tidak punya 'Nilai Kemanusiaan'?"

Jika kita dapat hidup, tumbuh dan mengembang melalui alam, kita sepatutnya dapat "mengambil pelajaran dan pengajaran", serta melatih dan mengembangkan 'nilai-nilai unggul' yang "telah diatur oleh 'ALAM'".

Burung-burung dan pelbagai binatang, serta pokok-pokok, "berjalan mengikut 'HUKUM ALAM' yang tersusun lagi teratur untuk memacu dan menyumbang khidmat baktinya yang terbaik dan terunggul sewaktu hidupnya.

Semua pokok-pokok menghidu 'karbon beracun' dan mengeluarkan 'oksigen' penghidupan untuk semua penghidupan di muka bumi ini. Binatang juga memainkan peranan penting untuk membantu penghidupan semua yang 'bernyawa', dengan pelbagai cara.

Tetapi kita 'selaku manusia', dilahirkan sebagai 'MANUSIA', tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan langsung?

Maka tidaklah boleh manusia itu kita sebariskan atau kategorikan sebagai 'manusia', cuma boleh kita kategorikan hanya pada 'rupa'. Perangai, sikap dan tingkah laku adalah lebih hina daripada 'haiwan' yang melata.... Justeru awas!... Jangan didekati 'haiwan' seumpama itu, sangat petah berbicara tentang 'agama', menyelubungi diri dengan jubah, serban dan bertudung litup.

Kita semua dalam kekeliruan, kebingungan, dan terpedaya. Justeru, "mari kita berbalik kepada 'mauduk' yang hendak kita kongsikan bersama."

Di dalam muka bumi ini, seluruh kewujudan diklasifikasikan kepada 'empat'(4) kategori:

1. Yang lahirnya melalui 'sebutir telur'.
2. Yang lahirnya melalui 'rahim seorang ibu'.
3. Yang lahirnya melalui 'Tanah' (Bumi).
4. Yang lahirnya melalui 'wap' pada sesuatu permukaan.

Di antara 'empat' kategori tersebut, kita pilih yang nombor 'dua' (2). Yang lahirnya dari 'perut' atau 'rahim seorang ibu'... Lagi 'berakal' dituntut agar beragama, agar kita jadi benar-benar 'manusia' untuk dirinya, dunia dan Tuhannya.

Selaku manusia yang 'berakal' yang berbekal 'Al-Quran' ('aqli dan naqli), sewajarnyalah kita dapat mengatur hidup kita benar-benar sebagai manusia yang berakal, sebagai pedoman sewaktu di dunia.

Kita disuruh 'mengingat Tuhan' sebanyak-banyaknya di hati, di lidah, dan di setiap 'perbuatan dan tingkah laku' kita walau di mana saja kita berada.

Tetapi adakah "akal, roh, hati dan seluruh tingkah laku" kita benar-benar berkesan dan mengharmonikan seluruh persekitaran kita?

Tahukah kita bahawa "seluruh zikirullah" kita ada kaitan dengan "pernafasan kita yang keluar dan masuk?"

"Kalau pokok pun bernafas 'mengeluarkan oksigen' dan 'menyedut karbon dioksida'". Tetapi kita "manusia menyedut 'oksigen' daripada pokok-pokok, dan mengeluarkan 'karbon dioksida' yang beracun di persekitaran kita". Maka dengan sebab itu, iringilah pernafasan kita dengan 'zikirullah'. Kerana 'zikirullah' ada elemen 'mencuci dan pencuci' ada pencemaran dan kekotoran.

"Zikir dan sebutlah apa saja nama Allah", seperti:
"Allahuakbar, Subhanallah, Allah, Allah, Allah." Atau sebagainya dengan betul, kerana 'zikir' tidak menuntut belas kasihan dan keampunan, tetapi ia menuntut... "kejelasan, kejernihan, ketelusan intelek", agar yang 'HAK' itu "benar-benar dapat memancar dan terpancar dengan jujur dan ikhlas, tanpa hipokrit, meniru-niru, penuh kepura-puraan."

"Zikir juga sebenarnya suatu penyeruan yang ke arah atau kepada 'Kuasa KeAgongan'", yang mampu menyerapi 'Matahari' dan seluruh planet di 'tujuh' petala bumi. Ia juga dapat membangkit dan mengukuhkan 'kuasa dalaman', menjitukan kebijaksanaan, agar kita semua dapat hidup di dunia ini secara bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke destinasi yang hendak kita tuju.

Nasihat saya:

Belajarlah, jangan kita jadi orang yang digelar... 'JAHIL MURAKAB'. Ertinya; "Jahil Akan Dirinya dan Jahil Akan Tuhannya." Belajarlah sifat-sifat Tuhan secara mandalam. Seperti 'Ilmu Tauhid', 'Sifat Dua Puluh', 'Ilmu Tasauf', 'Ilmu Kerohanian', 'Ilmu Sufi', dan lain-lain yang "boleh memandu 'Akal', 'Roh', 'Hati', jika dengan betul akan sampailah kita ke tahap "INSAN KAMIL".

Bukankah sudah menjadi kelaziman, dalam bidang apa pun ilmu dan pekerjaan, sebelum kita hendak melakukan sesuatu, kita mesti "ada ilmu tentang sesuatu" itu, serta kesanggupan melakukannya. "Ianya sama ada kita hendak belajar tentang memandu kereta, penyediaan sebelum berceramah, merancang atau melakar strategi untuk pemasaran produk baru kita, menyelesaikan masalah projek kaji selidik Sains." Semuanya itu memerlukan penyediaan awal sebelum kita memulakan apa-apa jua pekerjaan.

Samalah juga jika kita ingin 'berzikir'. Ilmu pengetahuan asas mestilah kita ketahui dan diperlukan sebelum kita hendak berzikir.

Berzikir bukan saja untuk mengingat Tuhan, kita juga mesti tahu tujuan dan pengorbanan berzikir jika tidak nanti kita akan disamakan;

"Seperti anjing menyalak bukit, bintang dan mengharapkan ia berguling jatuh ke ribaan kita."

Atau kita disamakan:
"Seperti burung kakak tua".

Saudaraku yang dukasihi;

Sebenarnya kita sendiri sedia maklum, tiada 'jalan pintas, atau 'jalan mudah' untuk membuat sesuatu kajian dalam bidang Sains, atau apa-apa jua bidang teknologi, ia mengambil masa begitu lama untuk berlatih dan melatih dengan segala persediaan bagi setiap individu.

Oleh itu bagaimanakah pula usaha yang diperlukan oleh setiap individu dalam hal-hal 'Ketuhanan' yang bersifat 'subjektif', "yang kekal lagi abadi", "yang wujudNya tiada permulaan dan akhirnya tiada kesudahan", "yang tidak tertakluk oleh ruang dan waktu".... Adakah semudah dengan 'berzikir' sahaja, kemudian diiringi pula dengan kemungkaran... mengumpat, menyindir, bertelagah, mengadu-dumba, menghasut dan membuat fitnah? semua itu juga keluar dari mulut yang sama tempat kita berzikir. Ada pepatah untuk direnungkan:

"Janganlah kita membuang najis dan membersihkannya juga dengan najis yang sama."

Ambil ingatan!

Setiap 'zikir' adalah kita menyebut nama "Allah Yang Maha Suci". Kerana benar-benar dikatakan Allah itu Maha Suci, maka ia menuntut akan Si Penyebut itu sentiasa saja... "merendah diri, penuh perasaan ikhlas, berkasih sayang, kuat iman... Itulah gaya atau cermin bagi orang-orang yang menghayati dan tahu apa yang dizikirkannya."

Orang yang 'berzikir' bukan saja ia berzikir, malah ia seorang yang 'bermujahadah', kuat tawakal dan keredaannya, khusuk lagi tawaduk terhadap "Keagongan dan RahmatNya Tuhan" yang mengalir dari 'Cahaya Ketuhanan' itu sendiri.

Saudaraku pembaca yang budiman lagi dikasihi;

Bila kita benar-benar mendalami dan mempelajari serta menghayati setiap patah 'zikirullah' yang kita sebut atau lafaz, "tahukah kita orang yang menyebut itu sebenarnya, disucikan oleh zikirnya sendiri."
Dan "orang tersebut mampu menukarkan dirinya kepada orang yang bijak lagi arif". Akal fikirannya pula dapat menyingkirkan segala kekotoran dan ketidaksucian, barulah ia layak untuk menyentuh 'Kitab Suci'.

'KITAB SUCI'

'Firman Tuhan' dan Sabda Tuhan'... "Adalah Suatu Asas Kepada Semua BUNYI". Dan 'BUNYI' itu pula "adalah Asas Kepada Semua Percakapan". 'Percakapan' atau 'sebutan' yang dibaca melalui Al-Quran, adalah merupakan 'penyalur' kepada "kearifan dan kebijaksanaan" terhadap segala "Kemisterian Ilmu Ketuhanan".

Pembacaan atau sebutan yang betul, dengan penuh pengertian melalui pernafasan, mampu menyalur dan 'mengubah akal dan percakapan' dengan lebih tertib dan tertil, dengan penuh kesopanan dan kesusilaan, terhadap seseorang dengan penuh ikhlas dan kejujuran, BUKANnya 'hipokrit' dan 'keangkuhan'.

Melalui proses pernafasan kita itulah kita menyebut dan berzikir, yang dizikirkan pula adalah terhadap sesuatu yang 'Maha Suci', 'Kekal lagi Abadi'. Maka setiap 'zikir' hendaklah datangnya "dari HATI yang tidak berbelah bagi" (TIDAK MENYENGUTU).

Zikir juga membawa pengertian:

Yang membawa maksud; Jauhkanlah kegelapan itu jauh-jauh dari kita, selaku ahli zikir dan limpahilah cahayaMu ke dalam hati ini.

Bagi yang berzikir dengan penuh kejujuran tanpa apa-apa motif, suatu hari nanti ia akan "merasai dan menikmati zikirnya itu mampu menyuci segala yang bersifat dalaman", malah seluruh organ yang sedang berfungsi di seluruh tubuh badannya.

"Apabila kita berzikir, zikir kita itu mesti mampu menyucikan 'akal fikiran', dan ia mesti 'bersinar seperti pancaran matahari', seperti 'cahaya matahari' sajalah yang mampu 'mengnyahkan kegelapan' di dalam 'Diri' masing-masing."

"Bukalah 'Hati' itu, berzikirlah dan kita akan menang dalam hidup ini."

Seperti sepohon pokok tegak kerana 'akar', 'batangnya', yang mampu mengimbang 'sistem penghidupan' kita sehari-hari.

Setiap orang yang hendak 'berzikir' hendaklah mencari 'guru yang arif' lagi cekap. Jangan kita berzikir 'macam burung kakak tua', sedangkan 'akal' kita merayau ke sana ke mari. Tuhan tidak boleh 'dibodohkan' dengan mengulang-ulang benda yang sama tanpa memahami tujuan dan maksudnya!... "Jangan putus asa, teruskan berzikir!..."

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Kalau kita ahli zikir, cuba fahamkan madah ini, sama ada kita sudah sampai tahap status yang dimaksudkan di bawah ini:

"Bolehkah kegelapan mengelirukan atau menyembunyikan 'Kebenaran'?"

"Bila matahari terang memancar, bolehkah 'kedukaan' menyelubungi kita atau bolehkah 'kejahilan' mengelirukan kita? Bolehkah seorang 'egois' menjadi buta?"

"Bila 'Cahaya Ketuhanan' memancar bagaikan terangnya matahari yang menyiram dan menyimbah, mungkinkah kita macam 'orang buta', masih teraba-raba?"

Selamat 'berzikir', teruskan 'berzikir', jangan putus asa walau dalam keadaan apa pun kita, sama ada kita seorang miskin, peminta sedekah yang papa kedana, senang, susah atau kaya raya.


From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-602 0321

22 MAY 2011

Next Topic: 1. "Man Should Become Master Of The Senses But Not A Slave Of The Senses"

2. "Betapa Pentingnya Dilahirkan Sebagai Manusia"

Sunday, May 8, 2011

RELIGION HAS NOT HAPPENED TO THE WORLD YET

If you look back at the history of man, you cannot resist the temptation to say that we have lived in the past in an insane way. In the name of GOD, in the name of church, in the name of mosque, in the name of ideologies, which have no evidence at all, people have been killing each other.

"Religion Has Not Happened To The World Yet".

Have you ever heard of churches of love, temples of love, mosques of love?

It is a message of love from you to the whole cosmos, the trees, the mountain, the rivers, the oceans, the stars, he knows what prayers is. He knows a deeper dance in his heart and a music which has no sounds. Which renews its life a fresh. It is a message of love from you to the whole universe.

The word is significant; it means putting the parts together, so that the part are no longer parts, but become whole.

The root meaning of the word religion is; to put things together in such a way the part is no longer a part, but becomes the whole. Each part becomes the whole, in togetherness.

Each part, separate, is dead; joined together, a new quality appears, the quality of the whole. And to bring that quality into your life is the purpose of all religion... And it is nothing to do with the devil.

But the way the religions have functioned in the world, they have changed its whole quality, the very fabric. "Instead of making it a Science of Integration". So that "man is not many, but 'ONE'...."

Ordinarily you are many, a crowd. To melt this crowd into one wholeness, so that everything in you starts functioning in harmony with everything else within you. And there is no conflict, no division, no fight - nobody higher, nobody lower... You are just harmonious whole.

"The religion around the world have helped humanity to forget even the meaning of the world".

My country like Malaysia or somewhere else, you can see mosques scattered everywhere all over the country. but integration has not happened yet. They just claim to be religious man, they are very childish. They pray five times a day... Thank GOD, but what are they doing between those five times? They are not thinking between those five times. So their thankfulness is just a ritual... It is not their life.

I have been observing all the Muslim, all over the world, in their sermon, every Friday always in their declaration they emphasized the fact again and again that you should love all human beings, you are all brothers.

And just saying, "You are brothers;" does not make it a reality.

If you, out there happen to be a Mohammedan (Muslim). Whether you are in Malaysia or elsewhere in this universe, "particularly, politicians..." You are the cause of all the friction, fragments.

The politicians are articulate, clever, cunning... Mostly coming from the legal profession. They are saying there should be no discrimination. Between races, religions, political ideologies, there should be no discrimination... Please note!

"And who is making the discrimination?"
These are the same people who are making the declaration.

It is a deception... It is not meant, what they are saying they don't mean.

It is just to give you an idea that you are Muslim, like my country Malaysia... On the surface it appear so many mosques, very religious, look very pious. Majority of the Muslim in Malaysia, they like politics... But they are rival among them. In their declaration it says:

"We are determined to eliminate all forms of intolerance and of discrimination based on religion or belief."

And this is not true, religions are fighting continuously. In Malaysia my country - They are all Muslims. You can see the politics behind it. It say Malaysia is a Muslim Country - But they are not integrated - All are facades to hide things.

These religious people, who get themselves involved in politics, they are very, very cunning people.
They don't want to be controversial, so they say only one things which you like or everybody is going to like... "They are not concerned with the actual situation, and the changes it needs."

"Their whole effort is in how to make you happy just by giving you bogus words."

Please remember!
"Nowhere in the world are any of the basic rights being applied."

As far as I am concerned, religion has not happened to the world yet.

Most of this people are not born with a conscience. Most of the so called religious man they don't understand what conscience is... They have learned only words. They are articulate, they can play with words, they can use beautiful words which influence everybody and hide the reality. A religious people who get themselves involved in politics, they look very diplomacy, beautiful name for all kinds of cunningness. It is a beautiful label for all that is ugly.

Diplomacy is simply an effort to dominate, it may be between persons, it may be between religions, it may be between countries - It does not matter. It is not only in politics, it is in our whole life.

If you happened to be a politicians diplomacy has entered into your blood:

When you see somebody and you feel; "Now my whole day is wasted; Seeing this bastard early in the morning is a perfect indication that something wrong is going to happen, some calamity is going to happen to me." (it is whispered in the heart). But you say to the man, "Hello! How are you? Glad to see you!" - That is diplomacy.

Diplomacy has entered into our blood. When you don't love your wife and pretend that you love her, it is diplomacy: When without any love, you hug your children, just because it has to be done - That is diplomacy.

Diplomacy is not only political, not any more - It has entered into every arena of life. And wherever it enters it brings pseudoness, falsity; It destroys authenticity, sincerity, honesty.

"It makes you say things which you don't mean, it makes you do things which you don't mean."

It makes you many instead of one; You become a crowd. You go on carrying many masks with you because you never know which mask will be needed in a certain situation.

And not only has man become diplomatic - even animals who live with man become diplomatic, dogs become diplomatic. Watch a dog.... A stranger comes to your house, knocks on the door. The dog starts two things;

He starts barking and at the same time he wags his tail. "This is diplomacy!" Because he is not certain whether the man who has knocked on the door is really a friend of the master or not - It is better to keep your feet in both the boats, then whatsoever turns out to be right you can withdraw from the wrong one. Then you come out of the house and the dog sees that the stranger is a friend; the barking stops and the tail continues to wag.

Man contaminates everything; even innocent people, even dogs are corrupted by human contact. You start teaching small children to be diplomatic. On the one hand you go telling them. "Be true, be sincere, be honest," and then one day a man comes to the door and you tell your son, "Go and say that daddy is out." Now the boy is puzzled, What to do?

"I am reminding to all religious person mainly Muslim in my country particularly Malaysia, no matter from which faction you are sided!"

Being a religions and pious person you has to stop all diplomacy. My advice is "you has to be authentic." Sincere, you has to be as you are, no pretensions, no false personalities, no facades;

"Just being utterly as you are, utterly in your reality."

Because it is our falsities which are like parasites on our being; they go on sucking our blood. The more falsities you create around yourself, the more miserable you become.

To live in falsities is to be in heaven. But humanity loves knowledge, information, it is very... ego satisfying. Whenever you can say that you know, whenever you can give some advice to somebody else, you feel very high. Not knowing who you are, not knowing where you are, you go on playing the role of the teacher.... of the guru!

Just look around - everybody is giving advice to everybody else. Of course, "nobody takes it," - and it is good that nobody takes it otherwise the world would be in much trouble... It is already in much trouble.

It is good that nobody takes your advice -

"Your advice is worthless; please note: In trouble, in crisis, you will not listen to your own advice. It is just a dead junk, it is nothing to do with your own inner growth."

In the whole world everybody is so knowledgeable, that you cannot find a single person in the whole country who can say; "I don't know." He is willing to give a discourse on God, on heaven and hell...

Ten thousand years knowledge has been gathering and being transferred from one generation to another generation, layer upon layer. Every mind has become so full of knowledge that nobody is ready to listen...

So the wise men said; "It is better just to be silent."


From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-602 0321

9 MEI 2011

Next Topic: 1. "Zikir Dan Kesannya Pada Mental, Roh, Hati Dan Persekitaran"

2. "Man Should Become Master Of The Senses But Not A Slave Of The Senses"