Tuesday, January 3, 2012

BAGAIMANA MENGHADAPI KEMATIAN

Tajuk di atas adalah lagi satu masalah yang akan dihadapi oleh semuaa manusia; Bagaimana hendak berhadapan dengan 'KEMATIAN', terhadap yang kita sayangi, yang kita kasihi, termasuklah diri kita, ibu bapa kita masing-masing.

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Kita semua perlu sedar bahawa 'KEMATIAN' adalah lazim berlaku di sana sini di dunia ini. Betapa kasih sekalipun kita terhadap orang tua kita yang kita cintai, atau sesiapa saja, "perlu kita ketahui bahawa setiap orang, tua keadaan fizikalnya dari segi fakta biologinya".

Bahawa sel-sel manusia juga punya jangka hayatnya. Waktunya adalah 'PASTI' sampai bila ia mula berhenti memperbaharui sel-selnya. Dalam ertikata lain, memang sudah dijangkakan. Sel-sel juga akan lemah dan hilang keupayaannya untuk mengekalkan keseimbangannya, lalu lemah dan sudah tidak berdaya atau sudah tidak punya proses pemulihan dan tidak akan mampu untuk membuat tubuh badan itu terus sihat.

Saudaraku pembaca!

"Tanya semua manusia di muka bumi ini, sejarah apakah yang paling menarik dan disukainya, atau ditakutinya? Dan apakah sejarah yang paling tidak disukainya dan cuba lari darinya?"

"Sejarah yang paling tidak disukai oleh semua manusia dan cuba lari darinya adalah.... 'KEMATIAN'....

Untuk pengetahuan, lain agama, lain budayanya dan ada caranya yang tersendiri untuk lari atau mengelak dari mati.

Ambil ingatan ini!

"Semua manusia, di akalnya INGIN HIDUP KEKAL, tetapi penghidupan itu sendiri yang berada di tubuh badan itu membuatkan tubuh badan itu tidak kekal. Sebab itulah ketidakpuasan itu mengganggu akal fikiran semua manusia."

Sebab itu ramai di antara kita manusia tidak ada yang paling ditakutinya adalah 'MATI', ya! memang kita tidak mahu mati, itu cuma permaianan akal. Realitinya 'HIDUP' itulah juga yang membuat 'akal' itu berfungsi. Bila hidup itu tidak lagi dikandung jasad, maka seluruh organisme akan 'mati'.

Bagi yang sudah hidup lama dan faham akan erti'hidup' itu apa dan menyedari bahawa 'hidup' bukan lawannya 'mati'. "Sifat 'hayat' atau 'hidup' itu tidak mempunyai sifat 'takluk' dan boleh ditakluki."

Kalau kita benar-benar orang yang tahu dan menyedari 'hakikat penghidupan' itu apa dan siapa? Pasti sepanjang kita berada di dunia ini dan kuat pegangan agamanya, tahu membezakan yang 'hak' dan 'batal'. Dan tahu serta pasti bahawa 'mati' adalah 'pasti'. Maka 'kematian' itu pasti akan kita sambut sebagai tetamu, kerana:

"Mati dan hidup tidak boleh dipisahkan dan ia merupakan 'kawan yang paling akrab' yang telah lama tidak bertemu."

Ada pepatah mengatakan:

"Apabila bertemu 'Roh' dengan 'jasad', salah satu pasti binasa (mati)."

Bila sampai waktunya tubuh yang sudah 'mati' itu akan lebih tenang dan elemennya akan balik kepada anasir asal usulnya dan meninggalkan dunia ini dengan penuh tenang dan sejahtera.

Sepeninggalan kita dari dunia ini bukanlah orang yang mementingkan diri sewaktu hidupnya. Tetapi dia seorang yang berkeyakinan bahawa dia telah meninggalkan sesuatu untuk manfaat seluruh kewujudan yang ditinggalkannya adalah:

- Ilmu yang memberi manfaat
- Sedekah jariahnya dan anak-anak yang soleh
- Untuk agama, masyarakat, dan seluruh kewujudan di alam ini.


Hanya manusialah satu-satunya 'ciptaan Tuhan' yang boleh faham dan tahu pada suatu hari nanti ia akan berhadapan dengan 'kematian'.... "Sebab itulah ia bimbang, risau dan takut tidak tentu pasal. Ingat!.. 'Takut Akan Mati' tidak akan membuat 'MATI' itu berhenti dari berfungsi."

Saudaraku yang dikasihi! Justeru, kenapa tidak kita terima saja 'kehadirannya' dengan tenang?

Sebaliknya, apa yang saya lihat seperti kawan-kawan yang terdekat, saudara mara, ipar duai, adik beradik, mereka langsung tidak mengendahkan soal perjalanan hidupnya yang akan berakhir pada bila-bila masa. Dan langsung tidak mengambil tahu apa yang akan terjadi selepas mati, apakah hidup yang sedang dilaluinya sekarang ini?

Tetapi yang menghairankan sewaktu hidup ini, ia hidup penuh dengan kerisauan, penuh masalah, dan dalam masa yang sama juga, risau tentang 'kematian' dan 'penghidupan selepas mati'!!...

"Tahukah kita selain manusia, mereka semua bebas dari perasaan begitu".

Ambil nasihat saya ini!...

Kita selaku manusia, perlu sedar bahawa apa jua metod yang kita cuba kita tampil atau ketengahkan untuk mengatasi apa jua masalah, ianya adalah mustahil untuk kita mendapatkan kepuasan sepenuhnya, sehingga kita benar-benar pandai melatih dan menjinakkan akal kita masing-masing dan mengurangkan sifat mementingkan diri.

Kalau kita seorang yang benar-benar mendalami hal-hal keagamaan, bukannya ikut-ikut dan peniru. Apa yang didedah oleh Nabi-Nabi dan Rasul-RasulNya tersirat sesuatu misteri yang boleh membuatkan seseorang itu faham akan sifat 'Istighnak' atau 'Iftiqal' Tuhan. Maka pastinya tidak timbul masalah dan memudahkan kita untuk mengatasi dan berhadapan dengan 'kematian' tanpa cemas dan takut.

Ambil kata-kata mudah daripada seorang yang sangat tua, sebagai rangsangan...

"Hidup ini semuanya tidak pasti...Tetapi 'MATI' mesti pasti".

"Kematian bukanlah bererti berakhirnya hidup ini, sebaliknya kematian itu membuatkan hidup itu baru bermula dan kelahiran seseorang itulah langkah ke arah 'KEMATIAN'".

Maksud kiasan tersebut, kalau dikaitkan dengan alam:

"Terbenamnya matahari (MATI) di sini, dan terbitnya (KELAHIRAN) di negara lain, membawa erti bahawa... 'Kelahiran dan Kematian' memang tidak boleh dipisahkan".

Seperkara lagi yang hendak saya ingatkan kepada sidang pembaca bahawa:

"Setiap 'Kelahiran' manusia ke muka bumi ini, 'kelahiran' itu adalah 'ratapan kesedihan', kedukacitaan dan kehampaan. Lagi lama seseorang itu berada di dunia, bertambah bodohlah ia dan bertambah bertambah jahillah ia".

"Hidup yang dilalui oleh semua manusia di dunia ini, apakah rasanya? Rasanya adalah sangat 'pahit'. Kenapa pahit, pedih dan mengecewakan? Kerana di dunia ini apa yang diinginkan dan dicapai tidak pernah tercapai dan terlaksana. Ertinya, cuba perhatikan tangan Si mati, apakah yang ada di genggamannya?... Kosong!...."

"Kehausan dan kedahagaannya untuk terus hidup di masa hadapan tidak membuatkan ia benar-benar hidup pada hari-hari ini."

Bukankah kita telah diingatkan oleh Al-Quran, Hadis dan orang-orang yang arif Ketuhanan telah mengingatkan kita:

"Bahawa apa jua yang wujud di dunia ini semuanya tidak kekal dan abadi". Ertinya:

"Dengan 'kelahiran', diikuti dengan 'kematian'."
"Yang terbit akan terbenam."
"Yang timbul akan tenggelam."
"Yang bersama akan berpisah."
"Yang bermula akan berakhir."


Justeru, "mana mungkin, bila ada 'KELAHIRAN' tanpa 'KEMATIAN'?"
"Mana mungkin, bila kita bersama, akhirnya kita tidak berpisah?"


Cuba pegang sehelai atau selembar benang - ia diumpamakan bahawa 'Kelahiran dan Kematian', mempunyai 'hujung dan pangkal' yang sama; ertinya "Bila ada Awal, pasti ada Akhir."

Kita tidak boleh mengenepikan 'MATI' dan meninggalkan 'kewujudan 'begitu saja, tetapi sudah lumrah bahawa:

PERTAMA: "Manusia terpaksa bergelut untuk mengelak 'MATI'. Tahukah kita bahawa kita tidak pernah 'WUJUD', tetapi kita bergelut untuk 'WUJUD', yang kita gelar 'PENGHIDUPAN'."

Saudara pembaca yang dikasihi!

Halusi segala penulisan saya ini, bawa merenung sedalam-dalamnya, pasti akan hilang segala kemusykilan, rasa cemas dan takut, dan juga sila dalami di penulisan saya yang bertajuk, "Death With Dignity" pada tarikh 19/02/2011.

SELAMAT MEMBACA!!!...


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321

04 JANUARY 2012

Next Topic: 1. "One In A Million Do Not Know The True Significance Of Life"
2. "Guna Akal Untuk Tujuan Perkembangan Kerohanian"