Tuesday, October 23, 2012
DUNUA KINI DAN AKAN DATANG SUDAH TIDAK SELAMAT UNTUK DIHUNI OLEH MANUSIA
Saudara pembaca yang budiman;
Mari kita kongsi buah fikiran tentang mereka yang bergelar 'pakar' dalam bidang masing-masing. Namun apa pun 'AKAL' itulah punca atau sumber kepada kebahgiaan, kegembiraan, dan kesengsaraan.
Ambil pesanan ini:
"Untuk menikmati kegembiraan di dalam dunia ini, pertama-tama 'AKAL' kita mestilah tenang dan ceria. Kerana keceriaan setiap orang itu mampu membantu keceriaan dan kesejahteraan masyarakat."
"Kesejahteraan masyarakat pula bererti kesejahteraan bernegara. Dari kesejahteraan sesebuah negaralah maka akan terbinalah keamanan di dalam dunia ini."
Di sini cuba kita ambil contoh:
'JARING' atau 'JALA'. Kerana 'jaring' atau 'jala' mempunyai 'simpulan' (knot). Cuba gambarkan, seluruh universe ini sebagai sebuah 'jaringan yang maha luas' dan setiap 'kewujudan' itu 'punya simpulan' di dalam jaringan tersebut. Jika kita mengusik atau terusik jaringan atau simpulan tersebut, maka seluruh simpulan (knot) tersebut akan bergerak-gerak.
"Justeru, bermula dari setiap individulah mesti wujudnya keceriaan, jika kita ingin melihat seluruh dunia ceria dan sejahtera, serta aman."
"Apakah pengajaran yang kita perolehi dari penghidupan kita selama ini?"
Diingatkan kepada mereka yang angkuh dan berbangga dalam apa jua kerjaya dan kedudukan, seperti; Ahli politik, Ahli Sains, Pakar Ekonomi, dan mereka yang menganggap dirinya Ulama' dan Ahli Agama.
Adalah amat jelas untuk pengetahuan semua:
Bahawa 'kemenangan' atau 'kejayaan' sebenar-benarnya tidak diperolehi melalui 'perbalahan' atau 'persengketaan' atau 'konflik'.
'Kegembiraan dan kebahgiaan' pula tidak boleh diperolehi atau dicapai dengan sakit hati, hasad dengki, atau dendam.
'Ketenangan dan keamanan' hanya boleh diperolehi dengan "memerdekakan diri masing-masing dari mementingkan diri dan membantu mereka penghuni dunia dengan sifat 'KASIH SAYANG'..." INGAT!
"Ketenangan dan kasih sayang di hati masing-masing akan dapat menawan semua kuasa penentang."
Ianya juga dapat membantu kita mengekalkan akal yang sihat dan hidup yang penuh kesejahteraan dan keharmonian, serta kepuasan.
Justeru, semuanya berpunca dari 'AKAL MANUSIA' itulah maka segala jenis 'PERANG' itu meletus. Tidak kiralah apa jenis perang... perang mulut, perang senjata, atau sebagainya.
Mengenai perang apa jua, dari sekecil-kecil sehinggalah sebesar-besar seperti yang difahami sebagai bahasa awam.
Amerika berperang denga Iraq, sebenarnya manusia berperang dengan manusia. Kalau kita halusi, realitinya bukan manusia berperang dengan manusia... tetapi manusia berperang dengan AKALnya sendiri. Sehingga memusnahkan dirinya dan lain-lain penghuni di dalam dunia itu sendiri. Justeru, apakah harapan generasi akan datang? Jawapannya ada pada anda selaku pelajar dan pemikir yang jahat.
"Akan lahir mereka yang terpelajar, pemikir, pemusnah yang jahat dalam bidang politik Agama dan ekonomi."
Mereka bukan penyuluh, tetapi adalah pemusnah. Lihat sahaja di Negara kita, senario, phenomena yang sedang melanda Negara kita Malaysia dan di luar Negara. Mereka bukan pemimpin tetapi dipimpin oleh akal rakus dengan penuh keghairahan hawa nafsu, ibarat kata:
"Mereka masing-masing cuba menegakkan benang yang sedang basah".
Ini zaman semua orang mengaku di bijak dan pandai apa yang mereka tidak tahu. Justeru, "jika semua mereka orang bijak pandai... maka siapakah yang akan menerima nasihat siapa?" Sama ada dalam bidang... Agama atau POLITIK...
Mereka yang menganggap dirinya terpelajar dalam bidang agama pula tidak lagi berorientasikan:
"Al-Quran itu 'MEMIMPIN', tetapi 'DIPIMPIN'. Al-Quran tidak lagi menjadi seni memimpin akal."
Oleh itu apakah yang boleh diharapkan dari seni berpolitik, sewajarnya ia menjadi suatu seni memimpin masyarakat.... Sangat bahaya! Mari kita sama-sama menanti natijahnya!...
Kepada semua pemimpin, dari serendah-rendah sehinggalah setinggi-tinggi kedudukan, sama ada di Malaysia atau di benua lain. "Apakah masalahnya dengan hidup ini? Kenapa perlu bertelagah dan bersengketa?"
Selaku manusia kita sudah mencapai suatu tahap kemajuan kebendaan atau material yang tidak pernah kita impikan sejak berkurun yang lepas. Keajaiban yang menakjubkan, teknologi masa kini telah memberi kita suatu kuasa yang hebat terhadap kuasa yang dimanifestasikan oleh alam 'nature'.
Kita telah dapat mengawal dan menawan bencana dan malapetaka... tetapi persoalannya:
"Adakah kita lebih bahagia daripada nenek moyang atau leluhur kita dahulu yang hidupnya tidak moden dan dikatakan kuno?"
Jawapannya; "TIDAK."
Penganiayaan, penderaan kaum wanita dan kanak-kanak serta tidak ada hak kemasyarakatan sepenuhnya, diskriminasi agama, bangsa, berkasta, terus saja menjadi-jadi.
Mungkin juga mereka yang kita lihat kaya dan hidup bermewah-mewah dengan harta benda, lebih teruk menderita daripada orang yang kita anggap miskin dan papa kedana, pennyakit mental, tekanan, dan hidup terpinggir, dan lain-lain adalah sangat serius... yang sedang dihadapi oleh masyarakat moden masa kini.
Tetapi persoalan pentingnya adalah:
"Siapakah yang bertanggungjawab terhadap gejala negetif tersebut yang menghantui dunia dewasa ini?"
Di sana sini, di dunia ini ramai yang cuba mencari dan mendapatkan kepujian terhadap kemajuan dan ketamadunan serta menganggap kemajuan manusia sudah tercapai. Semua ahli politik, ahli Sains, pakar agama, dan ahli Ekonomi, cepat-cepat mengisytiharkan bahawa semua manusia terhutang budi kepada mereka, kerana kemajuan masa kini adalah kerana mereka... Tetapi perlu diingat... Siapakah harus dipersalah, dan dipertanggugjawab terhadap segala gejala negatif yang melanda masyarakat dewasa ini?
"Adakah masyarakat marhain, seperti peminta sedekah, nelayan, buruh kasar, pekerja kilang?"
"Atau mereka yang terpelajar, yang pandai membuat kira-kira, bajet, ahli kimia, ahli politik atau ahli agama yang sudah hilang kuku dan taring untuk menghalang kerja-kerja kemungkaran yang berleluasa di depan mata?"
Ada kemungkinankah abad-abad mendatang akan lahir 'a very bad educated men', 'a very bad politician', 'a very bad religion men', dan bagaimana pula 'graduan', yang boleh diumpamakan "Seperti memasukkan wang ke dalam Bank, tetapi wang tersebut tidak laku". Dan adakah mungkin mereka lebih jahat yang akan menggunakan tengkoraknya sebagai tempurung, digunakan sebagai peminta sedekah?
Mari kita semua sama-sama saksikan natijahnya!!!....
Pada hemat saya, "kita semua adalah bertanggungjawab terhadap apa jua peristiwa yang bakal menanti kita semua. Jangan tuduh menuduh, salah menyalahkan sesiapa."
Marilah kita sama-sama putarkan 'sportlight' (lampu sorot) itu pada diri masing-masing, dan tanya diri masing-masing secara jujur, sama ada kita juga bertanggungjawab ke atas kegagalan untuk membawa ketenangan, kesejahteraan, kegembiraan kepada masyarakat dunia keseluruhannya?
Untuk pengetahuan, tidak pernah dalam Sejarah Dunia, manusia begitu terdesak untuk bebas dari konfik, iri hati, mementingkan diri, tipu daya. Perlu di ingat, kita bukan saja memerlukan ketenangan dan kesejahteraan hidup untuk diri sendiri, keluarga, serta di tempat kerja.... Tetapi juga di peringkat global amnya!...
Tetapi di dalam kelompok manusia, banyak binatang. Maka berhati-hatilah. Manusia telah menjadi lebih ganas dan buas di muka bumi ini.
Tidak dinafikan, memang manusia telah berjaya dalam pelbagai bidang Sains dan Teknologi, dalam perlumbaan tersebut akan berlaku kemusnahan dan malapetaka yang tidak boleh diganti dan dibayar dengan wang ringgit.
Semuanya itu adalah kerana kita manusia telah mengorbankan keamanan, ketenangan akal fikiran kita dengan kuasa dan keseronokan. Maka masalah yang sedang kita hadapi adalah... "Hilang moral, hilang maruah, dan 'penyalahgunaan KEBIJAKSANAAN'."
"Dunia kini dan akan datang, bukan lagi tempat yang selamat untuk dihuni."
Hanya dengan adanya perkembangan 'kerohanian' sajalah, manusia dapat diselamatkan. Jika tidak, tunggu sajalah kehilangan nilai-nilai kemanusiaan. Yang tinggal, bolehlah diumpamakan: "Seperti haiwan yang pandai dan pintar bercakap."
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi,
Labis, Johore.
Tel: 016-602 0321
23 October 2012.
Next Topic:
1. "What Constitutes A Happy Family?".
2. "Jenis Manusia Apakah Yang Menghuni Planet Ini?"
Saturday, October 6, 2012
THE MIND WORKS BETTER WHEN IT IS FULLY OPEN LIKE A PARACHUTE
The mind is the ultimate source of all happiness and misery. For there to be happiness in the world, the mind of an individual must first be at peace and happy. Individual happiness is conducive to the happiness of society, while the happiness of society means happiness of the nation. It is on the happiness of nations that the happiness of this world is built.
Here "we must use the image of a net". Imagine the whole universe as an immense net and each being as a single 'knot' in this net. If we disturb one knot, the whole net is shaken. So each individual must be happy to keep the world happy.
From the lessons of life, it is clear that real victory is never gained by strife. Success is never achieved by conflict. Happiness is never achieved by accumulating more wealth or gaining worldly power.
Peace is gained only by letting go of our selfishness and "helping the world with acts of love". Peace in the heart conquers all opposing forces. It also help us maintain a healthy mind and live a rich and fulfilling life of happiness and contentment.
"Since it is in the minds of men that wars are fought, it is in the minds of men that the fortresses of piece must be built"
The religions of the world have always maintained that human happiness does not depend merely upon the satisfaction of physical appetites and passions, or upon the acquisition of material wealth and power.
Even if we have all the worldly pleasures, we still cannot be happy and peaceful if our minds are constantly obsesses with anxiety and hatred arising from ignorance with regard to the true nature of existence.
Genuine happiness cannot be defined solely in terms of wealth, power, children, fame or inventions. These no doubt bring some temporary physical and mental comfort but cannot provide lasting happiness in the ultimate sense.
This is particularly true when possessions are unjustly acquired or obtained through misappropriation. They become a source of pain, guilt and sorrow rather than bring happiness to the possessor.
Too often we are made to believe that pleasing the five senses can guarantee happiness. Fascinating sights, enchanting music, fragrant scents, delicious tastes and enticing body contacts milead and deceive us, only to make us slaves to worldly pleasure. While no one will deny that there is momentary happiness in the anticipation of pleasure as well as during the gratification of the senses, such pleasures are fleeting. When one views these pleasures objectively, one will truly understand the fleeting and unsatisfactory nature of such pleasures. One will thus gain a better understanding of reality. "What this existence really means and how true happiness can be gained?"
We can developed and maintain inner peace only by turning our thoughts inwards instead outwards.
We must be aware of the dangers and pitfalls of the destructive forces of greed, hatred, and delusions. We must learn to cultivate and sustain the benevolent forces of kindness, love and harmony.
"The battle ground is within us and is not fought with weapons or with any other sources but only with our mental awareness of all the negatives and positive forces within our minds."
Remember!!
Mindfulness makes a full man. A full man speaks with an open mind. And like a parachute the mind works better when it is fully opened. This awareness is the key to unlock the door from which conflict and strife as well as wholesome thoughts emerge.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore.
No.Tel. 016-602 0321
07 October 2012
Next Topic: "1. Dunia Kini Dan Akan Datang Sudah Tidak Selamat Untuk DiHuni Oleh Manusia"
"2. What Constitutes A Happy Family?"
Subscribe to:
Posts (Atom)