Wednesday, August 7, 2013

TUJUAN PENGHIDUPAN INI

Tujuan dan matlamat hidup semua orang adalah sama. Tetapi 'pencari' ilmu Ketuhanan keinginannya adalah berbeza, di dalam hidupnya adalah 'kebahgiaan yang abadi'. Orang-orang awam atau syariat, 'bukan pencari', hanya mencari kegembiraan yang bersifat sementara, keinginan yang bersifat sementara. Orang-orang Ketuhanan melihat di sebalik sesuatu yang bersifat sementara itu, "ada sesuatu di sebalik itu semua, lebih dalam dari itu." Kita dilahirkan dan hidup di dalam dunia ini, lalu kita semua mengambil kesempatan, ada yang langsung tidak mahu mengambil pusing, langsung tidak mahu mengambil tahu akan makna... 'PENGHIDUPAN' dan 'KEWUJUDAN'. Tahukah kita dalam ilmu Kerohanian, hanya ada 'SATU' saja tujuan kenapa kita ke dunia ini, bukan saja untuk menikmati hidup dan gembira... Tetapi TUJUAN SEBENAR adalah... "Untuk mengetahui akan 'HAKIKAT DIRI DALAMAN' kita masing-masing. Dan berlaku JUJUR pada 'Diri Sebenar-benar Diri"kita itu. Dalam erti kata lain: "Untuk mengetahui 'DIRI SEBENAR DIRI KITA', dan menidakkan apa yang 'tidak' dan 'bukan diri kita'(nafi - isbat), 'hak - batal'. Untuk itu kita perlu mengaji, mengkaji, dan mengulangkaji, mendalami ilmu 'siapakah kita yang sebenarnya?' Dan 'mengnyahkan apa yang 'TIDAK'... Itulah yang penting dalam hidup ini. Untuk pengetahuan semua pembaca! Dikatakan kita ini semua sedang 'MAJU' ke arah itu, sama ada kita menyedarinya atau tidak. Jika kita bersungguh-sungguh dan penuh tekun mengamal dengan penuh santun, penuh taat, ingin tahu ke arah 'KETUHANAN', pasti kita akan capai 'KEMAJUAN' tersebut dengan lebih cepat. Digariskan EMPAT (4) tujuan hidup, sewaktu kita berada di dunia ini. 1. Untuk mencari kekayaan dan kesenangan. 2. Untuk keseronokan dalam bentuk fizikal, emosional dan ransangan intelektual. 3. Hidup secara bermoral. 4. 'Kesedaran Diri Dalaman'dan bebas dari terbelenggu. Semuanya itu direka untuk 'kesedaran' dan boleh membimbing kita ke arah 'KESEDARAN DALAMAN' kita masing-masing. Dalam ertikata lain: Ada kata-kata yang sangat masyhur menyatakan: "Kegembiraan, keceriaan seseorang dalam hidup ini bergantung pada 'keseimbangan disiplin' dalam hidup sehari-hari." 'DISIPLIN' dalam konteks ilmu Kerohanian, adalah 'melaku' dan 'mengingat'... "Siapakah DIRI kita ini?" Dan "melepaskan sesuatu yang BUKAN hak kita." Jika tidak, kita adalah tidak ubah seperti: "Kita sedang bermimpi dalam keadaan mata kita terbuka luas." Sebenarnya DUNIA pada zahirnya kelihatan sahaja 'WUJUD'... Ingat! Hidup di dunia ini hanyalah 'SEBUAH MIMPI', 'SEMENTARA', semuanya 'DATANG' dan 'PERGI', bagaikan mimpi seperti yang kita lalui sepanjang penghidupan ini, sama ada 10 tahun, 20, 30, 50, 60, 70 tahun, apa saja pengalaman yang kita perolehi, seperti pangkat, jawatan, nama, harta kekayaan, anak-anak, suami, isteri, penghormatan, penghinaan, fitnah, cemburu, sakit, ringan, berat, miskin, papa, waktu senang, waktu susah,... Ingat! Semuanya itu 'DATANG' dan 'PERGI' macam 'MIMPI'. Mendisiplinkan diri, dalam ilmu Kerohanian adalah "tidak lebih untuk menanam kewaspadaan dan kesedaran." Tetapi kebanyakan di antara kita lazimnya apa yang kita buat, kita tidak pernah hendak menyedari, TIDAK PEKA. "Suatu tabiat, tanpa menyedari apa-apa." Dalam maksud lain: Apabila tumpuan dan kesedaran kita terhadap dunia semata-mata, pastinya kita tidak akan menyedari "siapakah kita yang sebenarnya?" Atau, Apabila kita hanya menyedari 'AKAL' tentang hal-hal dunia sahaja, pastinya kita juga tidak akan menyedari 'pergerakan AKAL FIKIRAN' kita melalui KESEDARAN....' Tetapi kita menerima apa saja, suka, duka, yang datang menimpa kita. Bila kita hanya menyedari dari hal-hal dunia sahaja, pasti juga kita tidak menyedari 'TENAGA PENGHIDUPAN' yang sedang berfungsi di dalam tubuh masing-masing. Maka 'AKAL' kita akan pasti terganggu, dan semua 'DERIA' kita menjadi 'KACAU'. 'AKAL' kita yang terganggu sebenarnya ia tidak menyedari apa-apa, kerana 'TENAGA' di dalam tubuh kita tersekat, maka berlaku 'penentangan KUASA DALAMAN', kekacauan mental. Ia juga mengganggu 'metabolisma' tubuh badan. Kekacauan 'AKAL' juga boleh menjadi penyebab kepada 'keracunan makanan' di tubuh masing-masing. Macam-macam penyakit fizikal boleh berlaku. Ingat! Kalau kita sentiasa 'dalam sedar' dan 'selalu berwaspada akan aktiviti serta tindakan tubuh badan, akal fikiran, emosi kita', ia bileh menjadi 'PENAWAR' kepada 'ketidakstabilan akal' dan 'ketidaktentuan fizikal kita'. 'Latihan kesedaran dan kewaspadaan' mampu 'mententeramkan dan mengurus atur perjalanan organisme tubuh badan' dengan baik dan lancar... Ingat! "Bertindak dengan BERINGAT serta KEWASPADAAN adalah KECEMERLANGAN dalam menongkah arus PENGHIDUPAN." From Empty Hands, A. Rahman bin Mahadi. Labis, Johore. 016-602 0321l 017-716 1330. 7 OGOS 2013. Next Topic: 1. "The Mind Is Not Like A Blank Paper" 2. "Mengawal 'Akal Dari Celoteh-Celotehnya."