Friday, November 15, 2013

MENGAWAL AKAL DARI CELOTEH-CELOTEHNYA

SaudaraKu yang budiman lagi dikasihi; Akal anda selalu dilanda masalah dengan celoteh-celotehnya yang sukar dikawal bagaikan kapal yang hendak karam, anda kehilangan pendayung, anda tidak tahu mana haluan dan buritan - Sedangkan andalah Kaptennya - Nakhodanya, akhirnya anda terkandas dan karam terkapai-kapai. Mari ikut sedikit nasihat saya ini: - Ia bagaikan 'Kompas' yang diperlukan oleh sebuah kapal. Ia bagaikan sebuah 'Rumah Api' petunjuk ke arah pelayaran di lautan hidup yang maha luas ini. "AKAL sifatnya - berkeinginan, berkemahuan, merindui, menyimpan, mengeluarkan maklumat, sentiasa saja berusaha dan ingin bertindak." Proses-proses itulah digelar 'celoteh-celotehan akal', yang sering saja ingin memerintah, menguasai, menundukkan dan menekan. Justeru kita perlu awas akan kepelbagaiannya, kesahihannya dalam apa jua tindakan keinginan. Saudara pembaca perlu ketahui: "AKAL adalah penambat tetamu kepada sekurang-kurangnya LIMA PULUH JUTA tetamu yang suka berceloteh, yang muncul kemudian lenyap - Seperti AWAN, yang sekejap kelihatan, kemudian lenyap." Awan yang berlalu secara senyap, juga yang kekal mengacau di akal fikiran itulah yang membuat kegiatan dan pelbagai aktiti di akal itu. Itu juga celoteh-celotehnya yang akan membuatkan seseorang itu bingung, stres, letih, penat, lesu, tidak bermaya, dan cepat marah dan baran. Jika sekiranya sifat-sifat 'AKAL' itu benar-benar difahami akan 'latarbelakangnya' yang maha luas itu, ingat! Tiada manusia yang mampu hidup bahagia, aman dan tenang. Celoteh-celoteh akal yang baik mampu mencabut, mengumpul segala yang terbaik untuk menolong dirinya dan mengangkat dirinya ke arah kekuatan berfikir dan kecemerlangan. Kita manusia perlu mengenal dan mengecam celoteh-celoteh akal yang bersifat negatif sebaik saja ia menggesa, muncul dan cepat-cepat menukarkannya ke arah yang lebih positif, berprasangka baik, lebih bersistem. Hanya cara begitu saja mampu menyelamatkan kita manusia ke arah ketenangan yang cemerlang. Kapal-kapal di lautan yang terbentang luas dibimbing melalui 'Kompas' dan belayar mengikut arah yang diingini. Tanpanya bahaya sentiasa saja menanti di hadapan; Seperti terlanggar 'ketulan ais', atau 'batu karang'. Begitu juga kita manusia perlu melayari hidup ini melalui 'AKAL' yang dikurniakan sebagai 'Kompas' agar kita tidak banyak sangat melakukan kesilapan (seperti dosa). Lihat anak-anak muda zaman sekarang, mereka kehilangan haluan dan 'Kompas' dalam hidupnya, (merempit, hisap dadah, buang anak, dan lain-lain). Begitu juga yang dikatakan 'bijak pandai' di dunia ini, hilang 'jati diri' dan hilang 'haluan hidup'; Berbunuh-bunuh sesama sendiri kerana 'Gilakan kuasa', 'Gilakan harta', 'Gila menakluk', 'Gila menanam idealogi negatif', dan sebagainya... Justeru awas! Dunia tidak lagi aman untuk dihuni. "AKAL yang tidak bercelaru adalah AKAL yang terkawal." Semuanya itu perlu 'diteroka di dalam diri sendiri', bagaimana sukar sekalipun ianya. "Seseorang perlu mengemaskinikan AKALNYA"... Kerana AIR MUKA ADALAH GAMBARAN AKAL, kerana kerutnya, keinginannya, 'mood'nya adalah celoteh-celoteh dari dalam. Ambil contoh: 'C.D' apa yang terkandung di dalamnya adalah perkataan atau kata-kata, nyanyian atau bunyian - ia hanya mampu didengar, ia tidak mampu dilihat. Tetapi apa yang terkandung di dalam akal, contohnya; Kata-kata celoteh, kejahatan berasaskan amarah, kebencian, cemburu, putus asa, sombong, bongkak, iri hati semua adalah celoteh berasaskan kejahatan Dan celoteh yang berasaskan 'kebenaran, kasih sayang, amalan baik, dan belas kasihan, semua itu boleh dilihat melalui air muka, walaupun ia tidak boleh didengar. 'MUKA' kita semua sebenarnya diselubungi 'akal'. Setiap celoteh akal melalui apa yang diterima dan ianya adalah merupakan 'Jalur' atau 'Garisan' yang terkesan 'papan pemberitahu' (Notice Board), iaitu di air muka bagaikan memberitahu seluruh aktiviti di dalam sebuah institusi (sebab itu jangan dan membentuk rupa. Seperti sebuah gambar yang tertampal diamalkan bercakap bohong... Saya tahu, walaupun diberi pelbagai alasan atau helah). Segala celoteh 'akal' tidak boleh disembunyikan atau ditutupi. Ingat! Jika kita cuba menyembunyikan juga sebenarnya kita membohongi diri kita sendiri. Dan "bodoh, seperti bodohnya seekor burung" (Ostrichs). "Perangainya apabila iadihambat oleh sesuatu, ia akan membenamkan kepala kecilnya itu ke dalam pasir, dan menganggapkan dirinya sudah cukup selamat dari terbunuh oleh si pemburu. Tetapi alangkah bodohnya dia - badannya yang besar itu menarik perhatian pemburu. Akhirnya ia tertangkap dan dibawa pergi." Justeru, perkara jahat atau baik yang berlegar dan berceloteh di kepala kita masing-masing akan tergambar di raut muka secara sangat jelas. Ingat! Saudara pembaca: "Perkara ini sangat halus - ia sangat terkesan kalau kita benar-benar sedar, halusnya lebih halus daripada arus elektrik - Munculnya dengan pelbagai keinginan. KEHENDAKNYA ADALAH SEMATA-MATA PADA... NAMA DAN RUPA." - Ia mewarnai aliran pemikiran dengan pelbagai cara. - Celotehnya akan terus saja berceloteh, terus memainkan peranannya melalui kuasanya, akal kita itulah yang menggiatkan... mata, lidah, hidung, dan setiap organ pemahaman dan tindakan. 'Akal'lah yang memulakan dan menghidupkan apabila ia dipengaruhi atau terpengaruh akan sesuatu. Ambil tahu saudara pembaca: "Bahawa AKAL adalah SAKSI yang tidak kelihatan." 'Pemerhati' atau 'penyaksi' yang sangat berminat, seperti minatnya untuk menyaksi seorang 'Puteri' di dalam sebuah istana. di raja. Dari manakah terbitnya celoteh-celoteh itu? Ia terbit dari 'KEEGOAN' kita sendiri, 'Keakuan', 'aku, aku, aku',... sombong, bongkak, dan egois. Saudaraku, anda boleh baca! Tetapi anda 'tiada asas' sebenarnya untuk memahami tentang sifat-sifat akal yang mesti dilalui, difahami melalui enam (6) peringkat atau tingkatannya seperti: 6. Mata Hati (gerak hati). 5. Akal yang Bercahaya (Cahaya atas Cahaya - Penerangan - Terang lagi Bersuluh). 4. Akal Yang Tertinggi (melampaui kesedaran). 3. Akal yang Sudah Melampaui Kesedaran. 2. Akal Sedar. 1. Akal Separuh Sedar. Di dunia ini setinggi mana pun daya fikir seseorang berkembang, yang dikatakan bijak, arif, pandai,.. tetap masih berada di paras 'Akal Separuh Sedar' (Subconscious Mind). Sebenarnya 'tanpa Akal Separuh Sedar' ini, seseorang itu tidak boleh wujud - Itulah sedikit 'kelebihan yang kita ini lebih baik sedikit daripada binatang. Belajarlah menggunakan 'AKAL SEPARUH SEDAR' itu, dan pandulah ia secara bijaksana dan sampai Tahap Teratas (Keenam). Jika tidak, salin baju, pakai baju, basuh baju, potong rambut, potong kuku, berak, kencing, basuh kencing, tidur, bangun, makan, minum, jaga anak, asuh anak, hantar anak suruh orang jaga, pergi sekolah, jamuan, ke hulu, ke hilir, ke sana, ke mari, di alam maya yang penuh tipu daya, sedangkan dunia ini tidaklah sebesar mana, hanya berputar-putar di situ sehingga kita tidak sedar, kita dimakan hari, dimamah usia, kecut, kedut, tak bermaya,kemudian mati, seperti binatang yang boleh kita makan.... Mati di dalam perut kita, adalah lebih baik daripada kita. Ingat pepatah ini: "Kalau kita tidak tahu kejahilan itu apa, maka bergelumanglah kita dengan kejahilan." SAUDARA PEMBACA YANG DIKASIHI! Satu program dan sesi 'MUKA KE MUKA'(face to face) atau 'Suaikenal' dengan penulis blog ini - "Wordsfromoneuniverse', MR.A.RAHMAN BIN MAHADI, akan diadakan di sebuah hotel di Johor Bahru, pada penghujung bulan Dicember 2013 ini. Sambil berinteraksi secara lebih rapat, yang menyentuh soal 'Spiritual' dalaman dan luaran, dunia dengan segala isinya, untuk dikongsi bersama (discourse). Sesiapa yang berminat, akan dikenakan bayaran untuk 'Sesi SATU HARI', juga akan dibekalkan NOTA atau subjek-subjek yang menarik, yang belum pernah dipaparkan di blog sebelum ini. Peserta adalah TERBUKA kepada semua bangsa dan agama. YURAN peserta adalah sebanyak RM 250.00 seorang. Penyertaan terhad untuk 60 (Enam Puluh) orang sahaja. Sesiapa yang berminat, sila nyatakan terlebih dahulu NAMA, ALAMAT, NEGERI, NOMBOR TELEFON, JANTINA, USIA (UMUR), BANGSA, DAN AGAMA. Dan Sila hantar ke email seperti yang tertera di bawah. Alamat email - hrham52@yahoo.com Peserta akan dihubungi kemudian, untuk maklumat perjumpaan tersebut. From Empty Hands, A. Rahman bin Mahadi. Labis, Johore. 016-602 0321 / 017-716 1330. 16 NOVEMBER 2013. Next Topic: 1. "Good And Evil As Two Fruits". 2. "Air Mani Yang Penuh Rahsia".