Wednesday, April 16, 2014

SEBELUM TIDUR HENDAKLAH TENTUKAN KEDUDUKAN 'HATI' KITA

Sebelum tidur hendaklah tentukan kedudukan 'HATI' kita. Adakah ia meletakkan dirinya sama ada sebagai 'PENCINTA DUNIA' atau 'PENCINTA ALLAH'. Apabila seseorang bersiap untuk 'TIDUR', itu adalah sebahagian daripada 'MATI'. Meskipun bernafas dan jantung berdegup, tetapi tidak sedar apa yang berlaku di sekitarnya. 'TIDUR' dianggap sebahagian besar daripada 'MATI'. Bererti peluang hidup hanya sedikit peratusnya. Orang tidur itu jika dibuka kelopak matanya, dia tidak melihat, dicubit kulitnya pun ia tidak merasa sakit, dan sebagainya. Menyedari kedudukan dirinya menghadapi sebahagian daripada 'KEMATIAN', terjaga daripada 'TIDUR' adalah "mendapat semula sebahagian daripada 'HIDUPNYA'". Justeru, sebelum 'TIDUR' hendaklah tentukan kedudukan 'HATINYA', adakah dia meletakkan dirinya sama ada sebagai 'PENCINTA DUNIA' atau 'PENCINTA ALLAH'. Semua adab tingkah laku sebelum tidur, seperti; Bersugi, berwuduk, berdoa, membaca Ayatul Kursi, dan Tiga Qul, badan mengiring ke kanan menghadap Qiblat, semuanya itu bersandarkan CINTANYA kepada ALLAH dan RASUL-Nya. Adab tersebut memimpin manusia untuk menerokai sebahagian daripada 'KEMATIANNYA' semasa 'TIDUR'. Jika TUHAN rezekikan dengan dikembalikan sebahagian daripada 'USIAnya', mudah-mudahan mereka mengamalkan 'KEBAIKAN' untuk dirinya sendiri. 'ADAB TIDUR' sebenarnya bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu 'bermewah' dengan tilam berharga ratusan ringgit, dan katil berukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan. Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja. Rezeki kurniaan ALLAH sepatutnya digunakan untuk mencari keredaan-Nya. Ada seseorang itu tidak tidur selagi tidak didatangi rasa mengantuk. Tidak wajar paksa diri untuk tidur, kecuali bertujuan untuk bangun di hujung malam, untuk memmbaca kitab atau menulis rencana. Kita diberi nasihat, hendaklah kita tentukan 'HATI' kita agar dalam tempoh 24 jam sentiasa dalam keadaan 'SIAP SEDIA'. Kerana manusia dicipta untuk mencari 'KEREDAAN ALLAH SWT.' Jika Insan yang hidup sementara mendapat kurnia Tuhan dengan kemewahan dan kekayaan - 'BUKAN MATLAMAT HIDUP SEBAGAI SEORANG ISLAM'. Sebaliknya sekadar jambatan menuju keredaan Allah SWT. Sedikit tip. Ada amalan Rasulullah s.a.w sebelum tidur membaca 'TIGA QUL' iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah An-Nas. Setelah membaca surah 'tiga Qul' itu lalu beliau Rasulullah 'menghembus kepada dua tapak tangannya, kemudian disapu ke mukanya, diusap arah kepalanya sampai ke hujung kaki. Dengan niat untuk jaga tubuh badan dan sebagainya'. Kalau kita membaca ayat Kursi, sama ada daripada "Wa ila hukum" atau "Allahu la ila ha illahu" sehingga "Hifdzuhuma wahuwal 'aliyyul 'adzim", ulang tiga kali dengan niat jaga tubuh serta keluarga dan rumahtangga, juga harta benda, daripada gangguan makhluk berbahaya, iaitu syaitan seteru manusia yang sebenar. Allah SWT tidak merasa berat memelihara langit dan bumi, tentulah sangat mudah dan ringan menjaga diri manusia dan keluarga, serta harta kepunyaannya yang amat sedikit jika dibandingkan Kepunyaan Allah SWT. Justeru, peliharalah mereka yang mohon pertolongan penjagaan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Besar KekuasaanNya. Rasulullah s.a.w juga bertaqdis, bertahmid dan bertakbir 33 kali sebelum tidur (Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akbar), seperti yang diajarkan kepada puteri kesayangannya Siti Fatimah. Ketika Fatimah r.anha mengemukakan permohonannya supaya diberikan hamba sahaya (orang gaji), untuk membantu tugasnya yang meletihkan. Tetapi Nabi s.a.w tidak memperkenankan permintaan puterinya. Sebaliknya untuk menghilangkan penat dan keletihan, Nabi s.a.w memberi amalan seperti ayat di atas, dalam setiap pekerjaan. Setelah itu puteri Nabi s.a.w mengamalkannya dan puteri Nabi s.a.w tidak mengeluh dan berasa keletihan lagi. From Empty Hands, A. RAHMAN BIN MAHADI. Labis, Johore. 016-602 0321 / 017-716 1330. 17 APRIL 2014. Next Topic: 1. "Building A Successful Marriage" 2. "Bagaimana Hendak Mengatasi Cemburu"