Tuesday, October 6, 2009

IF THERE IS NO PEACE OF MIND, WHAT IS THE USE OF HAVING LEARNED SO MANY THING?

Today's man is an easy prey for attachment and hatred. He is overwhelmed by the possessive nature and filled with ego. Just look at the state he is and what he is doing!

He consider himself to be the most important being in the world. He deludes himself with the feeling that there is no one greater than he. Because of this delusion he has lost his power of discrimination, and so he has not even been able to reflect on his own confused state.

He considers that it is he who is doing everything. He thinks that he can hire the whole world and do with it as he pleases. But it is not he who is running his heart, lungs and the world. He does not have that power, who is the creator of this world, who is the protector of this world...the one who is the "Lord of this world"...only he has the power and authority to run it.

For this entire movable and immovable world, there is only one..."Master". That is an all-important truth that every human being must recognize.


From Empty Hands,
A.Rahman Bin Mahadi
Labis, Johore.
016-6020321

6 October 2009


Next Topic: - The Law Does Not Differentiate -

4 comments:

  1. Men gather in Peace Conferences in order to plan wars.He ignores the principles of Love that is the life-blood of the human community.He denies himself the boon of peace and rushes towards destruction.Destroying others,he destroy himself.
    Living has become very artificial.Men are moving in blind fear,not knowing what might happen to them at the next step.
    The secrets of individual and social peace have been thought in the Al-Quran on this Universe long ago.They have been put into practice for ages.It is a pity that in this very land we have quarrels,fights,factions between individuals,villages,cities,communities and states due to egoistic.
    Names,forms and colours of people may be different,but the entire humanity is one family.God is one.All human beings belong to one family.
    'Cows are many but milk is one,Beings are many but indweller is one,Paths are many',but GOD is ONE.
    Men of the Universe - 'WHAT ARE YOU?WHO ARE YOU?
    pak uteh - '0 Messenger'

    ReplyDelete
  2. 1. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat dibawah
    a. Ego
    b. Hasad
    c. Riak
    d. Takabur
    e. Sombong
    f. Dengki

    2. Apakah punca-punca terhijabnya hati kita dengan sifat-sifat di atas?

    3. Apakah hakikat disebalik sifat-sifat di atas?

    Daripada: Buminanbasah

    ReplyDelete
  3. Untuk Buminanbasah;

    Keenam-enam sifat seperti ego, hasad,riak, takbur, sombong dan dengki adalah merupakan musuh dalaman setiap individu yang sangat subjektif. Walaupun setiap sukukata di atas punya ciri-cirinya tersendiri, namun semuanya terhimpun di dalam sukukata 'Ego'. Kerana makna 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri Sendiri'. Keenam-enam sifat negatif yang tersebut di atas adalah merupakan 'anai-anai' yang telah lama bersarang di dalam hati dan jiwa semua manusia yang telah sejak lama meruntuhkan pelbagai institusi, sama ada di dalam tempat ibadah, politik, agama, atau apa sahaja organisasi.
    Mari kta menyingkap punca dan hijab serta memahami hakikat di sebalik siat-sifat di atas yang semuanya ada di sebalik 'Ego' diri masing-masing yang menjadi penyebab semua manusia sejak lama tersungkur dan terbelenggu hingga ke detik ini.
    Apakah yang dikatakan 'Ego'? 'Ego' adalah 'Diri'...'Diri' yang tidak punya kesedaran akan hakikat yang 'Maha Berkuasa'.
    Justeru 'Ego' adalah merupakan asas kepada semua permasalahan yang perlu dihadapi oleh setiap orang. Ciri-ciri dan sifat 'Ego' mesti difahami secara mendalam dan betul, jika tidak, tiada siapa yang akan mampu mengnyahkannya dengan begitu mudah dan tiada siapa yang akan dapat menolong kita kerana semua orang ada sifat-sifat begitu.
    'Ego' masing-masinglah yang berlagak sebagai rintangan antara kita dan hakikat diri dalaman masing-masing.
    Muslihat 'Ego' adalah sangat halus, tetapi ianya bukannya fakta, malah fiksyen atau hipnosis sejak beribu-ribu tahun manusia dilanda ketegangan, kekacauan dan kebingunan. 'Ego' adalah merupakan idea bahawa 'Akulah' yang di dalamnyalah bersarang kata-kata seperti hasad, dengki, dan banyak lagi kata-kata yang tidak mampu disebut.
    Di tengah-tengah dunia 'Akulah' keegoan itu berdirinya segala 'kepentingan diri', bagaikan sebuah pulau di tengah-tengah lautan yang jauh dari daratan. Ingat! Hidup ini saling bergantung, bukannya untuk kepentingan diri sendiri seperti setitis minyak di dalam air.
    Ingat! Kita semua adalah "sebahagian dari keseluruhan" itu, kita semua adalah "saling memerlukan" seperti angin, tanah, api, air, ruang, bulan dan matahari, tanpanya kita semua tahu akan jawapannnya.
    Seseorang yang Egois hidupnya penuh dengan kegelisahan. Sila ikut dan fahami mekanisme 'Ego'.
    Ego' akan membuat seseorang merasakan dirinya kerdil atau kecil terhadap dunia yang begitu besar. Justeru ..! Aku mesti berasa besar dan megah , mesti kaya, mesti banyak wang, dan berkuasa. Aku mesti jadi Presiden atau Perdana Menteri atau orang yang terkaya di muka bumi ini. Ego akan membuat seseorang rasa terbatas dan tiada siapa suka pada keterbatasan...Maka keinginan 'ingin menjadi' itu dan ini semakin kuat, mendesak dan membesar. Semakin membesar 'Ego' kita, maka semakin angkuh, sombong dan takburlah kita.
    Cuba perhatikan perkembangan dan ketololan orang-orang Egois, semakin besar 'Ego' kita, kita mula memikir...Sekarang "Aku sudah ternama, kaya" dan sebagainya. Ingat! Semakin besar 'Ego' kita, kita akan merasa semakin kecil, maka semakin bertambah-tambahlah keinginan kita, seluas lautan, seperti api yang semakin marak.
    Realitinya keegoan tidak memungkinkan seseorang itu menjadi besar dan ternama. Nasihat saya kepada sesiapa saja, jangan cuba mengnyahkan atau menggugurkan 'Ego', kita tidak akan mampu melakukannya...Kerana ianya adalah fiksyen dan bukannya fakta.

    Sila panjangkan kepada rakan-rakan untuk dibaca sebagai pengetahuan.

    Daripada,
    Empty Hands,
    016-6020321

    11 Oktober 2009

    ReplyDelete
  4. Untuk Buminanbasah; (sambungan 'EGO')

    Jika kita cuba juga menggugurkannya kita akan hanya mencipta satu lagi fiksyen dan beranggapan bahawa kita sudah tidak lagi punya 'Ego'. Kita sudah jadi orang yang merendah diri, bermoral, rasa dan perasaan begitupun juga adalah 'Egois' dengan cara dan corak yang baru.
    'Ego' sifatnya sangatlah halus phenomenanya.
    Saudara pembaca! Kita mesti memiliki kesedaran untuk menggugurkannya. 'Ego' berasal dan
    berumah di dalam diri masing-masing, ingat! Ianya bukan bersifat luaran, mana mungkin kita dapat lari dari diri kita sendiri. Mekanisme tersebut adalah dari dalam diri masing-masing, jika ianya datang dari luar dari diri kita, itu mudah kita mengnyahkannya. Tetapi ia adalah dari dalam diri kita, ianya adalah 'sebahagian daripada diri kita', cara hidup kita sejak lama dan kita tidak boleh hidup tanpanya. Apa jua corak atau cara hidup kita , sifat sombong, angkuh, hasad dengki,atau takbur, sentiasa saja menemani kita macam bayang-bayang.
    Justeru, apa perlu kita buat? Seseorang perlu benar-benar faham akan mekanisme 'Ego', bagaimanakah fiksyen itu berfungsi dari banyak aspek dan sudut, dari abjad A hingga Z. Sebenarnya kita tidaklah perlu menggugurkan 'Ego' tersebut. Itupun kalau kita celik akal, 'Ego' tersebut akan gugur dengan sendirinya, jika kita iringi dengan sifat-sifat kasih sayang, baik dan murah hati, penyayang, bertimbangrasa dan keterbukaan serta sensitif terhadap persekitaran kemanusiaan.
    Saudara pembaca! Kita hanya perlu peka dengan penuh kesedaran akan mekanisme bagaimanakah 'Ego' memanipulasi diri kita, ingat! Ia cuma suatu idea yang tidak punya entiti... Cuma suatu idea, tidak lebih dari itu. Ianya serupa juga seperti seseorang yang percayakan 'hantu'. Percayakan hantu cuma suatu idea, begitu juga bagi orang yang benar-benar mengenal hakikat diri... 'Ego' padanya cuma suatu idea.

    Daripada;
    Empty hands,
    016-6020321

    11 Oktober 2009

    ReplyDelete