Agama bukanlah apa yang seperti difahami oleh semua orang.
Agama bukanlah bermaksud Islam, Kristian, ataupun Hindu.
"AGAMA" adalah "suatu nilai".
Semua agama yang wujud di muka bumi ini dan ia bukan suatu jumlah yang kecil. Ada lebih kurang "tiga ratus agama" di dalam dunia ini. Justru, sukukata atau perkataan "AGAMA" perlu dihalusi dan difahami perkataannya sangat dalam maksudnya:
Ia membawa maksud "penggabungan", bergabung menjadi satu supaya tidak ada lagi bahagian-bahagian yang terpisah, semua bersatu menjadi SATU.
seperti firmanNya:
"Berpegang teguhlah kamu kepada tali Allah
dan jangan kamu berpecah-belah". (Surah Ali-'Imran, 103)
Berpegang teguh bererti sudah tidak ada lagi yang terpisah-pisah.
Akar-umbi pada sukukata atau perkataan "Agama", membawa maksud:
"menyatu-padukan sesuatu yang terpisah
atau bercerai-berai".
Menjadi kukuh, kukuh bersatu.
Setiap bahagian yang terpisah, adalah kaku dan mati. Satukan atau cantumkan semula, akan muncul nilai atau kualiti, nilai penyatuan atau kesatuan, ingat!
"Membawa sesuatu yang bermutu dan bernilai dalam kehidupan seseorang itulah tujuan beragama - ia tiada kena-mengena soal syaitan dan iblis".
Saudaraku pembaca yang dikasihi!
Perasankah kita, memerhatikan di dunia ini, di sekeliling kita, bagaimana fungsi pengamal-pengamal agama sudah "mengubah seluruh nilai keagamaan" yang sepatutnya menjadi "sains integrasi", agar kita semua patut bersatu, kuat dan teguh. Semoga apa jua yang kita lakukan, akan berfungsi secara harmoni terhadap apa jua bermula pada diri kita masing-masing tanpa ada konflik, perpecahan, pergaduhan. Dalam ertikata lain, tiada siapa tinggi, tiada siapa rendah, kita semua adalah SATU, bersatu, semuanya secara harmoni.
Sangat sedih dan memalukan:
"Agama yang kita anut selama ini telah membuat kita manusia, lupa akan makna agama itu sendiri".
Malah kita menentang integrasi atau penyatuan, bagaikan tiada rasul dan nabi yang menyampaikan sesuatu, agar kita semua mesti bersatu. Tuhan bagaikan hak masing-masing, beragama bagaikan kebudak-budakan. Kita tidak sedar, kita diperhatikan oleh penganut agama lain, yang tidak kurang juga macam kita.
Apakah yang kita lakukan sehari semalam sembahyang lima waktu, kenapakah kita tidak dapat mencegah kemungkaran di dalam diri kita? Malah kemungkaran bermaharajalela di luar sana, dalam apa jua institusi keagamaan, siasah, kemasyarakatan, perniagaan dan kekeluargaan.
"Bukankah tujuan solat untuk mencegah kemungkaran, dan bukannya mementingkan diri sendiri".
Kita lihat manusia, otaknya berpenyakit, semuanya berpecah-belah, berpuak-puak - falsafah, ideologi dan juga agama; bukan lagi proses ke arah "pengobatan dan penyembuhan".
Semua punca tersebut adalah berakar-umbi daripada konflik dalaman.
Ingat sidang pembaca!
Kita sebenarnya, sesama sendiri, menyakiti diri sendiri, mencemar dan menghina agama sendiri melalui tingkah laku yang tidak sewajarnya.
Seperti kata pepatah:
"Tangan kanan menyakiti tangan kirinya sendiri, dan tangan kiri menyakiti tangan kanan kita sendiri".
Kedua-dua tangan kanan dan kiri tercedera. Kita bagaikan tidak punya "roh".
Kita ingat bahawa makan, minum, kahwin, berkhatan - itulah agama.
Kenapakah kita bagaikan "orang tidak berakal, bagaikan orang buta dan menganggap Tuhan itu tidak ada, ataupun sudah mati".
Dari pemerhatian dan penyelidikan saya, agama yang dianuti oleh penganut, tidak menjadi amalan, jauh sekali penghayatan. Saya nampak, agama yang menjadi pegangan orang-orang Melayu tidak banyak membantu, malah berpecah-belah, dan mementingkan diri sendiri, termasuklah mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulamak, mereka bagaikan "orang bisu". (Religions that have not been healing processes).
Agama sebenarnya adalah landasan yang mampu membentuk sahsiah dan jati diri seseorang. Hanya agamalah tempat mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan, bukanlah sebaliknya. Tetapi kini agama telah dicemari dengan pelbagai adat dan budaya. Ramai orang menyangka, mereka menyempurnakan upacara agama, tetapi jauh di dalam diri masing-masing, mereka menanam benih-benih "keegoan". "Jadilah nombor satu, aku sajalah yang tahu".
Nasihat saya; Kalau semua orang mengatakan; Semua dia tahu - anda perhatikan saja, dan duduk diam-diam, lihat bagaimana ego seseorang itu mengembang.
"Agama sudah menjadi bahan senda gurau, dan sudah berada di pentas-pentas politik". Jahanam mereka.
Ingat!
"Agama bukan 'fiction' atau untuk tempat kita berilusi dan bersenda-gurau".
Mereka pada mata kasarnya saja petah berfirman, kelihatan 'alim, tetapi mereka sebenarnya adalah;
"Jahil murakap". (Jahil akan dirinya, dan jahil akan Tuhannya!)
Di dunia ini, saudaraku pembaca yang budiman;
Sebenarnya kita manusia ini langsung tidak ambil pusing soal persekitaran di dunia yang sedang kita huni ini, tempat kita membesar, dan kemudian lenyap.
Ingat saudaraku!
"Jangan ingat dunia ini inginkan kita". Tanpa kita manusia di dunia ini, dunia tetap berjalan lancar, tengok saja di antara kita yang sudah meninggalkan dunia ini - Matahari, bulan, udara, pokok-pokok, hujan, tumbuh-tumbuhan, terus saja berfungsi mengikut perintah. Pagi matahari terbit - petang ia terbenam, bunga-bunga terus saja menguntum, mengembang, menyebarkan haruman, musim-musim datang dan berlalu.
Jika siapa jua anda, ulamak, pemimpin, berpangkat, berjawatan setinggi mana sekalipun, petah macam mana sekali anda berbicara, tinggi ilmu falsafah atau keagamaan, tidak akan membuat dunia ini berubah, tiada bezanya, kerana anda semua sudah tiada di dunia ini lagi.
Kewujudan ini akan terus saja berjalan lancar . Kita manusia memang tidak akan pernah puas dan tahu berterima kasih - Kerana itulah krperluan kita semua. Demikian natijah di sebalik segala-galanya, rasa yang ada pada kita semua, buat tidak peduli.
Orang yang berperangai macam inilah yang perlukan agama.
Antara agama yang banyak di dunia ini ialah;
Islam, Judaism, Kristian, Buddhis, Jainis, dan macam-macam lagi.
Ada terdapat lebih kurang 300 (tiga ratus) agama di muka bumi ini. Semua mereka mengatakan Tuhan itulah "pemberi rezeki". Tuhan itulah yang melindungi mereka. Tuhan turunkan kitab, agar kita semua dapat berkenal-kenalan.
Seperti firmanNya:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menjadikan kamu dari laki-laki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang termulia di antara kamu di sisi Allah, ialah orang yang lebih taqwa". (Al-Hujurat, ayat 13)
Tetapi kita melakukan sebaliknya, kita berperang, kita berbunuh, kita bersengketa sampai mati?
Pembaca.., kalau perhati dan renungi firman di atas dengan penuh kesedaran, dapat pergi melampaui akal yang cetek, kita akan dapat melihat sesuatu itu secara terus, tanpa prajudis, tanpa ideologi yang menutup mata kita atau membuat kita ini menjadi buta.
Jika kita boleh melihat dunia ini secara terus dan tembus, sekelip mata saja kita boleh tahu mana yang betul dan mana yang salah - Tidak perlukan "orang" untuk memberitahu kita.
Saudaraku pembaca!
Agama Islam yang sedang anda anuti dan bersungguh-sungguh berpegang kepadanya, tidak sewajarnya membuat kita semua menjadi "buta", mengikut-ikut secara membuta tuli. Agama tidak menghalang untuk kita semua "berfikir". Berfikir ertinya "mempertajamkan minda dan kebijaksanaan" kita.
Agama tidak membuat seseorang itu menjadi lesu, tegang dan bagaikan orang mati.
"Mendalami agama ertinya mendalami yang hak".
Orang yang benar-benar beragama adalah orang-orang yang dalamannya sangat kaya - memang kaya, kekayaannya melimpah-limpah, ia sanggup berkongsi dan berkorban apa saja, tidak ubah seperti awan mendung yang akan menumpahkan air dan berkongsi dengan bumi yang sedang kehausan.
Saudaraku pembaca yang budiman!
Dewasa ini kita lihat ramai penceramah agama yang pelik-pelik walaupun mereka keluar dari gedung-gedung ilmu berkelulusan Azhar, Jordan dan sebagainya, mereka semua tidak ubah seperti:
"Hanya penterjemah atau pengalih bahasa
wahyu Tuhan dan hadis nabi
semata-mata dan mementingkan diri sendiri dan ada yang mempolitik
dalam arena siasah dan berhujah sesama sendiri".
Untuk pengetahuan sidang pembaca;
Kriteria untuk menyampai, berceramah, berpidato, bersyarah, khususnya dalam bidang keagamaan, sebenarnya;
"Selagi seseorang itu tidak ada ketenangan
di akal fikirannya (chatter box),
ketenangan dan kesenyapan di dalam hati, sinar cahaya yang menyinar
dan menyuluh ke hati sanubari, selagi itulah seseorang itu tidak boleh
melakukan khidmat kepada sesiapa. Kerana kita sendiri dalam keadaan sakit
dan tidak sihat, kita sendiri bagaikan orang muflis, sangat miskin,
di dalam diri kita sendiri sebenarnya kosong, penuh kegelapan.
Mana mungkin kita boleh membantu orang lain dengan ceramah kita; kecuali
kita terpaksa, berpura-pura. Mana mungkin kita mampu menolong orang lain?
Kita sendiri sedang lemas. Adalah sangat bahaya untuk menolong orang
lain, kemungkinan besar kita juga akan membuat orang lain tenggelam sama".
Justeru, siapa juga di luar sana, petah berceramah dalam apa jua bidang pun, khususnya keagamaan, pastikan anda latihlah diri itu, belajar dahulu berenang, barulah nanti kita boleh menghulurkan tangan kepada seseorang yang memerlukan pertolongan kita, yang sedang terkapai-kapai hendak tenggelam.
Justeru, agama menuntut kita menghargai diri dalaman kita terlebih dahulu. Kalau tidak, kita hanya seorang hipokrit, mencari nafkah melalui ceramah, sedangkan kita sendiri sedang dalam keadaan kelemasan.
Lihat apa yang terjadi di dada-dada akhbar dewasa ini, semuanya punca kecuaian, pengabaian ummat Islam itu sendiri, sehinggakan "kalimah ALLAH" yang begitu subjektif pun dapat dirampas oleh pihak gereja. Adakah perkataan "ALLAH" itu lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada perkataan "Allah"? Dan adakah perkataan "Allah" mesti dibicarakan di mahkamah? Saya anggap semua orang Melayu Islam mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi dan jawablah esok di akhirat nanti.
SELAMAT MEMIKIR!
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
03 JANUARI 2010
Next Topic: "Thinking Is Always Divisive. It Divides"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Isu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kristian yg telah dibenarkan penggunaan oleh mahkamah tinggi Kuala Lumpur, telah mewujudkan sentimen agama yg boleh mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan org-org Melayu Islam di negara ini.
ReplyDeleteSoalan:
1. Mengapakah penggunaan kalimah ALLAH ini ditentang penggunaanya oleh org-org bukan islam dan hanyalah layak digunakan org-org islam sahaja?
2. Adakah perkataan "ALLAH" itu lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada perkataan "Allah"? Dan adakah perkataan "Allah" mesti dibicarakan di mahkamah?
3. Mengapakan org-org islam menjadi begitu sensitif dalam isu ini sekiranya kaum lain menggunakan kalimah ini? dan dalam masa yg sama tidak mendaulatkan kebenar Al-Quran dalam kehidupan itu sendiri.
4. Kalimah Allah boleh dikatakan terdapat disemua rumah-rumah org islam, masjid-masjid dan sebagainya seolah-olah kalimah itu hanyalah sekadar hiasan semata-mata, tetapi mengapakah Allah itu sendiri tidak dijadikan sandaran pada kita org-org islam untuk kita mencari keredhaNya?
5. Apakah implikasi penggunaan Kalimah Allah ini terhadap org-org islam sekiranya ia digunakan oleh org-org bukan islam.
Untuk Bumi Nan Basah:
ReplyDeleteJawapan soalan 1:
Bagi soalan pertama tuan, soal penentangan menggunakan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam, adalah tidak timbul. Kecuaian , kelalaian bagi orang-orang yang menganggap perkataan "Allah" sebagai 'hiasan' dan 'simbol' selama ini, patut menyedari dan menyemak diri sendiri, sedalam manakah 'ilmu tauhid' yang kita pelajari, bahawa: - "Huruf bukanlah bendanya". (The words is not the thing). Ilmu tauhid menuntut kita mempunyai "kuasa perbandingan" yang kuat dan tahu membezakan mana yang 'subjektif' dan 'objektif' - yang 'tersirat' dan 'tersurat'. Semua orang Islam tidak menyembah yang tersurat, seperti kita dilarang menyembah Ka'bah, walaupun kita disuruh menghadap Ka'bah yang dianggap "Rumah Allah". Tetapi Allah berfirman:
"Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan pemilik rumah ini (Ka'bah). Quraisy, ayat 3.
Ka'bah itulah 'tersurat' - yang ampunya Ka'bah itulah 'tersirat'.
Setulen manakah pula orang-orang yang menentang kalimah Allah agar "kalimah Allah" jangan digunakan oleh orang-orang yang bukan Islam, adalah sangat meragukan. Kalau sekadar Islam pada "nama dan simbol", belum pasti Allah akan menyebelahi orang-orang seumpama itu, sedangkan suruhan dan tegahanNya tidak diendahkan.
Kalau tidak, mengapakah ada ayat seperti di bawah, berbunyi:
"Islam 'indannas, kafir 'indallah" -
Orang-orang Islam kebanyakan mereka adalah "Islam di sisi masyarakat, tetapi 'kafir' di sisi Allah".
Kalau benarlah kita Islam tulen, pengukuhan 'akidah dan pegangan, serta tidak mudah dipolitikkan, semuanya itu tidak akan berlaku.
Maka secara kolektifnya, marilah kita sama-sama menunggu natijahnya.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
016-6020321
Untuk Bumi Nan Basah:
ReplyDeleteJawapan Soalan 2:
Soalan kedua tuan; Adakah perkataan 'Allah' lebih rendah nilainya daripada Perlembagaan Negara, atau Perlembagaan Negara lebih tinggi nilainya daripada perkataan Allah? Dan adakah perkataan Allah mesti dibicarakan di mahkamah?
Saudaraku Bumi Nan Basah;
"Segala puji bagi Allah - Tuhan pentadbir alam".
Pastinya tiada apa yang boleh menandingi Allah. Kerana Dialah pencipta sekalian alam dengan segala peraturannya. Maka kita manusia dijadikan berbilang bangsa dan bahasa. Kalau kita orang arif, maka orang arif sajalah yang tahu bahawa sebutan "Allah" itulah untuk orang Islam, dan Kristian dengan sebutan "God" atau "Lord".
Tidak pula dilarang, sesiapa saja boleh belajar menyebut apa bahasa pun - Kristian boleh menyebut "Allah", dan Islam boleh menyebut "God" atau "Lord". Hanya sekadar menyebut; Ambil perhatian, burung kakak tua pun pandai menyebut "Allah". Justeru, jangan dijadikan pertelingkahan dan menggugat kesejahteraan. Soal mana lebih tinggi, perkataan "Allah" atau Perlembagaan Negara, anda halusilah surah di atas.
Mengenai perkataan "Allah" yang dibicarakan di mahkamah, sebenarnya kita semua tidak serius dalam soal beragama; Tengok saja dari segi kemungkaran, ketidakadilan, rasuah, tidak sehaluan dalam siasah Islam. Sedangkan bila sembahyang menghadap "Satu Kiblat", menyebut nama "Allah" yang satu, dan "tidak setujuan". Maka Allah menjadi senda gurau.
Ingat! Kalau 'Allah" itu subjektif, jangan kita risaukan, teruskan ibadah seperti biasa, tiada siapa yang akan menang dan kalah.
Kalau kita ingat huruf "Allah" itu adalah "ALLAH", boleh diheret ke mahkamah. Maka seluruh dunia Islam patut bersatu dan mempastikan huruf "Allah" itu tidak terpaku di dinding-dinding gereja.
Saya menganggap, penyebab kepada semuanya itu adalah kerana kita memang tidak pernah mengamal seruan nabi besar Muhammad s.a.w agar kita semua mempunyai sifat-sifat:
"Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fatonah".
From Empty Hands,
016-6020321
ASSALAMUALAIKUM WBT...
ReplyDeleteWahai khalifahku yg dikasihi,
Seperti yg kita maklum isu-isu terkini semuanya berkaitan dengan agama islam. Yg kita lihat kegiatan-kegiatan yg melibatkan isu agama semuanya majoritinya dimulai dengan keganasan. Antaranya :
1.MEMBAKAR GEREJA UNTUK TUJUAN PROTES DAN LAWAN BALIK.
2.MENGANJURKAN RAPAT UMUM UNTUK MENCETUSKAN PERGADUHAN.
3.MEMPENGARUHI INDIVIDU ATAUPUN SESUATU KUMPULAN MENGGUNAKAN KEGANASAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH ISU-ISU BERBANGKIT.
Dalam isu-isu yang berbangkit terutama isu kalimah ALLAH ini sebenarnya boleh diselesaikan secara aman dan adil. Tiada perlu keganasan dan protes secara kasar. Apa guna cerdik pandai dlm Islam yg sibuk melaung-laungkan erti sabar dan toleransi dalam penyelesaian masalah. Maka dengan itu penyelesaiannya berbalik pada Al-Quran & Hadis. Jangan kita ALPA dengan dua warisan Rasulullah ini sebagai panduan dunia & akhirat. Sejarah dari Rasul-rasul terdahulu mengajar pelbagai metodologi penyelesaian masalah. PULANG KEPADA ASAL, UNTUK SAMPAI KEPADA BARISAN HADAPAN. MENJADIKAN ISLAM TUNGGAK PEMERINTAHAN. KAJI LAH...
Cuma kami orang-orang jahil ingin mengetahui mekanisme dan metodologi utk menyelesaikan masalah2 yg ditimbulkan isu-isu ini...Harap tuan dapat bersama-sama memberi buah fikiran yg membawa ke arah kebaikan ISLAM ini...
WASALAM
ASSALAMUALAIKUM WBT...
ReplyDeleteAgama Islam dijadikan satu ikon 'KEGANASAN' kerana membakar gereja...Dunia mengutuk keganasan sehinggakan nampak sahaja lelaki berjanggut, memakai kopiah, jubah, serban...akan dikatakan 'ISLAM PENGGANAS'...maka mereka ditahan...dilabel manusia ekstremis yg jahat dan suka membunuh kerana AGAMA...lagu yg saya dengar daripada kumpulan DREAM THEATER, bertajuk IN THE NAME OF GOD...secara tidak langsung menyelar ISLAM...smpai mengutuk ISLAM serta RASULNYA secara BERKARYA...MAHA PERKASA ALLAH...lindungi hambaMU yg hina lagi bodoh serta tidak berdaya ini...
Sedarlah wahai semua sahabat-sahabatku...
Jangan seperti buah durian yg keras di luar tetapi membusuk di dalam...BERSATU dengan ILMU...ILMU YG MENYATUKAN...mula dgn TAUHID...jgn smpai kita membusuk dari DALAM...sehingga berpecah...kerana SALAH FAHAM...tanpa TOLERANSI...tanpa KASIH SAYANG...Jangan kita RAKUS KUASA...RAKUS KUASA sampai berpecah...KERANA SILAP SANGKA...KERANA PANDANG PADA KUASA...AKU SEDIH DGN BANGSA...
KHALIFAHKU YG DIKASIHI,
Betulkan lah kesilapan saya yg selama ni memandang wajahmu...kecewa dgn penyalahertian kebanyakkan mereka-mereka yg lupa...perjuangan sebenar...bkn berjuang dgn keganasan...
Dalam hal ini...luahan saya...isu-isu negara ini berbangkit kerana KEALPAAN umat sendiri...mementingkan diri sehingga lupa KEPENTINGAN yg sepatutnya dipertahankn...
Untuk Bumi Nan Basah;
ReplyDeleteJawapan Soalan 3:
Soalan saudara, Mengapakah orang-orang Islam menjadi begitu sensitif dalam isu ini, kalau orang lain menggunakan kalimah Allah, dan dalam masa yang sama tidak mendaulat kebenaran Al-Quran dalam kehidupannya sendiri?
Sebenarnya mereka bukan orang Islam sejati. Kalau saudara kata mereka orang yang sensitif, mengapakah kalimah-kalimah suci itu seperti kalimah "Allah" dan "Muhammad" serta ayat-ayat suci yang lain-lainnya dijual bagaikan barang dagangan dihias dengan 'frame' yang begitu indah dan dijual oleh bangsa asing - Adakah kalimah "Allah" itu barang dagangan? Kalau kita perlu sensitif, jangan membuta tuli, kalau kita perlu khuatir dan takut terkeliru, mari saya gambarkan begini:
"Islam menggunakan "Allah" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna Allah dengan satu syarat, berimanlah kepada Allah, memeluk agama Islam, maka tidak ada masalah.
Selagi mereka tidak memeluk Islam, mereka ada Tuhan mereka. Kena hormati semua hak, tidak mencerca agama lain. Janganlah guna nama "Allah" sewenang-wenangnya dalam penerbitan buku, sebagaimana yang dipersoalkan dalam penerbitan oleh gereja Katolik. Satu perkara pokok yang hendak dipersoalkan tentulah agama Kristian, ini yang kita sudah faham sejak zaman Al-Masih (kurun ke-6), sebelum lahirnya Muhammad s.a.w, mereka sudah menggunakan "GOD" sebelumnya.
Sekarang timbul masalah kenapa mereka hendak ubah kepada "ALLAH", mesti ada sesuatu yang 'tersurat' dan 'tersirat'.
Meskipun saya bukan peramal, justeru petanda-petanda yang kecoh sekarang ini, boleh kita katakan "ada niat". Kalau ada niat, ada soalan pastinya.
Niat itu baikkah? Niat baikkah kepada Islam? Atau niat tidak baik. Kalau niat itu adalah niat baik, saya katakan; "Jangan gunakan, sebab tidak memberi kebaikan kepada Islam, baik jangka pendek dan paling teruk kesannya pada jangka panjang".
Ada kaedah dalam Islam yang mereka kena hormati. "Sesuatu yang mendatangkan keburukan kepada agama". Kalau pun gereja tersebut mengatakan mempunyai niat baik, saya sebagai orang Islam, saya meminta jangan teruskan; Sebab ia tidak baik bagi kebanyakan orang Islam.
Kita semua hidup dalam sebuah negara yang aman dan harmoni, mengapa kita mesti menempah sesuatu yang mendatangkan sengketa dan malapetaka. Ummat Islam memang perlu bersabar, tetapi perlu mengambil langkah-langkah selamat, untuk menyelamatkan agama suci ini, yang memberi satu impak kepada kita dengan menyatakan peranan masing-masing.
Pada pandangan saya sendiri, demi kebaikan ummah ini, janganlah perkara sensitif seperti ini dijadikan bahan untuk diketengahkan, lebih-lebih lagi kita gunakan mahkamah sivil.
From Empty Hands,
016-6020321
Untuk Bumi Nan Basah;
ReplyDeleteJawapan Soalan ke 4:
Soalan saudara; Kalimah-kalimah suci boleh dikatakan terdapat di semua rumah orang-orang Islam, masjid-masjid, hanya ia sekadar hiasan, tetapi dalam masa yang sama, kita tidak mendaulatkan kebenaran Al-Quran. Allah itu sendiri tidak dijadikan sandaran untuk memperkukuhkan akidah dan mencari keredaanNya?
Di mana-mana jua, rumah orang yang mengakui dirinya Islam, pasti di dinding-dinding rumah atau dipintu masuk rumah atau masjid, pasti terukir atau terpaku hiasan ayat-ayat suci seperti huruf "Allah", "Muhammad" s.a.w, ayat kursi, ayat empat 'KUL', atau sebagainya. Itulah yang saya maksudkan, sama ada kita faham bahawa "ALLAH" yang kita sebut itu 'subjek' atau 'objek'- Ayat-ayat suci mesti ada 'subjeknya' yang 'menyinar' dan 'memancar' di hati sanubari, bukannya yang digantung di dinding-dinding masjid atau rumah.
Yang 'subjek' itulah 'yang hidup' - Yang 'objek' itulah yang 'kaku' dan 'mati'. Maka kita boleh lihat kelumpuhan dan ketandusan fahaman tentang intipati sesuatu perkara.
Perhatikan orangnya, sama ada ia berjiran, di rumah atau di gerai-gerai perniagaan pun terdapat ayat-ayat suci dijadikan 'pelaris'- tetapi orang-orangnya tidak pernah hendak bersatu hati, sentiasa mengamalkan berhasad dengki, memfitnah. Ayat-ayat suci hanya sebagai 'simbol'. Kita seperti 'orang buta' dan mempelajari agama pun daripada orang buta. Kita tidak mahu mengambil iktibar dari 'cahaya' yang berada di rumah masing-masing, sebaik-baik saja kita memetik suis, cahaya di rumah kita akan menerangi ruang rumah, malah keluar rumah, bercantum dengan cahaya di rumah jiran, dan cahaya di tepi-tepi jalan raya.
Justeru, kita lihat majoriti di antara kita, lebih taksub kepada ayat, daripada memahami 'erti tersirat' di sebalik perintah, saranan, tegahan, dan lebih kepada mementingkan diri. Justeru, bagaimanakah kita hendak memahami erti "mencari keredaan Illahi?".
From Empty Hands,
016-6020321
Untuk Bumi Nan Basah:
ReplyDeleteJawapan Soalan ke 5:
Implikasi penggunaan Kalimah "ALLAH" terhadap orang-orang Islam seluruhnya, jika Kalimah "ALLAH" digunakan oleh orang-orang bukan Islam?
Melihat kembali rancangan "Kristianisasi" penjajah. Apabila Portugis meneroka ke seluruh dunia hinggalah sampai ke Nusantara, slogan mereka ialah "3G" - 'Gold', 'Gospel' and 'Glory', Injil dan Kuasa. Mereka sampai ke Melaka untuk mendapatkan harta melalui perdagangan secara penaklukan dan monopoli. Dalam pada itu, mereka mahu menyebarkan agama Kristian.
Kebelakangan ini, jika nama "ALLAH" digunakan untuk agama lain, maka '3T' - yang terkenal sekarang, iaitu - "The Father", "The Son", and "The Holly Ghost". Lain yang saya sebut tadi, kalau guna perkataan "GOD" bukan "ALLAH", kerana itulah saya menyebut bahawa ada baiknya hal sebegini diputuskan dengan kebijaksanaan kita.
Sama ada kita sebagai ummat yang beragama Islam, berakhlak dan bermoral atau kita yang bernama 'kerajaan' atau bernama 'raja-raja' dan menjadi 'hak tuanku-tuanku Yang Maha Mulia Raja-Raja', sebagai Ketua Agama, perlu melihat perkara ini secara serius dan perlu cepat bertindak dengan membuat keputusan yang jelas dan nyata berdasarkan kepada fakta-fakta yang ada.
Islam menggunakan "ALLAH" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna "ALLAH" dari dahulu sampai sekarang, maka sepatutnya orang lain boleh guna "ALLAH" dengan satu syarat: "Berimanlah kepada ALLAH". Memeluk agama Islam tidak ada masalah.
Selagi mereka tidak Islam, mereka ada Tuhan mereka. "ALLAH" yang kita fahami ini, tertera sifat rasminya dalam satu surah: Iaitu surah Al-Ikhlas, surah ke 112, yang menyebut sifat rasmi "Allah", antaranya:
"Katakanlah wahai Muhammad, katakanlah wahai ummat Islam, dan sesiapa sahaja... "Dia adalah ALLAH yang ESA ('banchmark'nya adalah "Allah" yang tunggal dan Esa). Allah yang kesemua makhluk beriman dan meminta tolong selain Allah Ta'ala, Allah dalam Islam, Allah yang tidak ada anak, Allah yang tiada bapa, (tidak diperanakkan) dan Allah tidak ada sebarang sekutu baginya dan tidak ada satu pun yang boleh dibandingkan atau disamakan".
Tiba-tiba kita hendak dibenarkan kepada orang bukan Islam iaitu Kristian. Pada peringkat awal, mungkin pada penerbitan, apabila perkara ini lulus, maka mungkin "ALLAH TA'ALA" ini akan diletakkan di dalam gereja-gereja Kristian. Ingat!
Mungkin atasnya nama Allah dan di bawahnya gambar Isa, yang disalib atau diangkat.
"Isa" sendiri sebagai "anak Tuhan", atau diletakkan Allah di atas kayu salib atau Allah di dalam salib dan digantungkan atau dikalungkan ke leher.
From Emty Hands,
016-6020321
Dear k slash;
ReplyDeletesoalan saudara; Ingin mengetahui mekanisme atau metodologi untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ditimbulkan mengenai isu-isu sensitif dewasa ini.
Saudaraku k slash;
Manusia tidak pernah hendak belajar melalui 'nature' (alam semulajadi) di sekelilingnya. Kalau kita ragu dan khuatir hendak belajar dengan 'orang' atau 'manusia' yang sangat meragukan atas nama apa sekalipun, sama ada agama atau politik, kerana rata-rata, di sana sini, di seluruh dunia - agama hanya diperalat - politik lagi kotor, tidak pernah dapat membantu - cuma sifat kepentingan diri yang lebih ketara dari menyatukan hala tuju - 'solidariti'.
Mereka seumpama itu sudah hilang 'sensitiviti' kemanusiaan - kalau orang Melayu Islam makan garam, rasanya masin - kalau orang kristian makan garam, rasa manis agaknya - itu ertinya mereka sudah hilang 'sensitiviti' - 'RASA'. Justeru, nasihat saya;
"Help ever" - "Hurt never!"
"Kalau kita tidak suka disinggung - jangan menyinggung orang lain."
"Kalau kita tidak suka disakiti - jangan sakiti orang lain."
Itulah metod yang saudara ingin faham.
From Empty Hands,
016-6020321