Saudaraku pembaca!
Di mana saja ceruk di planet, di mana saja anda sedang berada, mari renungkan bersama, apa yang telah dilakukan oleh ahli Sains dikatakan terpelajar, di mana jauh lebih rendah daripada seorang petani, nelayan, yang tidak tahu apa-apa tentang bahayanya penyalahgunaan Sains dan Teknologi.
Apa saja ciptaan pengeluaran manusia adalah bersifat sementara, yang tidak kekal, malah penuh kepalsuan, kemudian menjadi tidak berguna.
Dewasa ini ramai ahli Saintis telah melancarkan pelbagai satelit ke angkasa. Lambat laun pasti satelit tersebut akan berhenti berfungsi dan akan gugur jua sudahnya... Tiada siapa yang tahu bila?
Planet yang sedang kita huni dan berkongsi bersama dengan sejuta satu jenis makhluk telah dicipta oleh Tuhan bagi maksud kesejahteraan, kebajikan, kemudahan untuk manusia sejagat dan lain-lain makhluk dan bukan bertujuan untuk dimusnah dan dijahanamkan kerana kerakusan.
Tuhan mencipta alat atau universe ini untuk kesejahteraan dan menikmati segala keindahan yang ada buat sementara waktu.
Semua senjata pemusnah seperti bom atom, peluru berpandu, alat-alat di angkasa raya yang dicipta oleh ahli Saintis semata-mata untuk tujuan kemusnahan dan kehancuran.
Apakah tujuan di sebalik semuanya itu? Semuanya itu adalah kerana 'KEEGOAN'. Sifat keegoan dan keangkuhan yang terbit daripada perasaan itulah 'akar umbi' bagi segala-galanya. Kecenderungan untuk bersaing dan berlumba-lumba itulah puncanya.
Manusia masa kini lebih menumpukan kepada kekuatan fizikal dan mentalnya lebih dari segala-galanya dan menyalahgunakan kekuatan tersebut yang sepatutnya kekuatan tersebut digunakan untuk menguatkan mental dan fizikalnya untuk Tuhan.
Berapa lamakah kekuatan mental dan fizikal tersebut mampu bertahan?
Sedangkan kita semua tahu dengan "sekali bersin saja nyawa di badan boleh meninggalkan tubuh badan itu". Apalah gunanya kita menganggap tubuh badan itu sesuatu yang kekal? Ingat saudaraku pembaca! Janganlah kita berasa sombong dan angkuh akan kecantikan paras rupa, kekuatan kita sewaktu kita muda remaja. Keruntuhan, kemerosotan, kekecutan, usia tua kita sedang menanti kita di hadapan, akhirnya akan melenyapkan segala-galanya.
Dan sesuatu yang tidak kita duga juga boleh berlaku, sedang kita berasa kita tengah kuat dan bertenaga. "Usia tua kita sedang merayap masuk tanpa boleh ditahan oleh apa jua teknologi".
Bila badan atau tubuh mula membongkok, menunduk, kedutan di muka jelas menyerlah, mata mula kabur. Bergelarlah kita 'Si Tua Bangka', menjadi sasaran, sindiran, dan usikan oleh si remaja yang akan menjadi usikan 'Si Monyet Tua'.
Apakah yang akan tinggal lagi selepas itu?
Semuanya tertakluk kepada perubahan dimamah usia, rosak, musnah dan hancur di dunia ini. Sama ada objek fizikal atau setiap individu, semuanya tidak kekal dan abadi... Ingat!.. Tiada apa atau siapa yang kekal dan abadi.
Hanya "ROH YANG SUCI LAGI MENYUCIKAN" saja yang kekal abadi. Kesucian adalah sifat semulajadi kita manusia. Tetapi jika kita manusia cuba mencemari penghidupan kesuciannya sendiri, itu ertinya kita telah menurun dan menjatuhkan "martabat kemanusiaan" kita yang sangat tinggi daripada segala ciptaan di dunia yang sedang kita huni ini.
From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
12 JUNE 2010
Next Topic: 1. "True Knowledge Consists In Undersatanding The Inner Meaning Of This Creation"
2. "Manusia Terhutang Kepada Alam dan Lupa Tuhan Selaku Pembekal Bagi Segala Kemudahannya"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSains moden kini selalu dikaitkan dengan cara untuk menambah pengaruh atau meningkatkan kuasa, atau bahasa yang lebih mudah adalah untuk menjajah.
Tanpa sains dan teknologi mana mungkin senjata dapat dicipta untuk peperangan, movie yang hebat untuk meninggkatkan ekonomi, alat komunikasi yang canggih untuk mengaut keuntungan melalui peningkatan teknologi, dan yang paling hebat sekarang ini menyebarkan berita atau propaganda secara cepat dan pantas melalui teknologi internet.
Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah teknologi perlu untuk kita takluki ilmunya, kerana dengan teknologi sesuatu kaum itu boleh jadi penjajah atau dijajah samada dari segi ekonomi, pemikiran, politik, pendidikan atau apa sahaja.