Bagi semua 'ketakutan' yang menghantui manusia, "takut akan matilah" yang "paling menghantui dan paling ditakuti" oleh semua manusia.
Macam mana handal, kuat, gagah dan berani sekali pun seseorang itu - Betapa tinggi sekali pun ilmu agamanya, betapa terpelajar sekali pun dia. Betapa kaya raya sekali pun seseorang itu dengan harta benda. Betapa berbakat, berkemahiran dalam apa bidang sekali pun.
Betapa tinggi darjat dan kedudukan sekali pun. Bergelarlah apa jua anugerah yang disandang sekali pun, sama ada kita seorang... Raja, Tun, Tan Sri, Dato', sekali pun, kita seorang miskin, papa kedana atau peminta sedekah.
"Takut Akan Mati" yang menyorok di belakang masing-masing, mampu memansuh, menghentikan dan memusnahkan keyakinan diri dan menghentikan seluruh aktiviti semasa.
Semua orang akan 'tertakluk' kepada 'putus asa', kemurungan, kedukaan, hampa dan sebagainya, "apabila melihat seseorang itu 'MATI' atau 'MENINGGAL DUNIA'".
Sebaik saja kita mendengar 'Si Polan' atau saudara rapat kita 'mati', semua rasa terkedu, terpaku, macam tidak percaya... Tak mungkin! Mana boleh!.. Kalau boleh kita ingin menutup kedua-dua belah telinga kita.
Walaupun usia kita sudah 'seusia 100 tahun', ia 'tetap ketakutan' bila disebut pasal 'mati'. Semua berhajat untuk, kalau boleh disambung lagi buat beberapa tahun. Namun perlu diingat, walaupun keinginan kita untuk hidup berapa lama sekali pun ...
"MATI ADALAH PASTI!"
"Yang lain-lainnya tidaklah pasti, Kecuali
'MATI'... Adalah 'PASTI'".
Justeru, "jangan berkhayal, jangan meraban, jangan mengarut, jangan leka, lalai dan asyik tidur."
Atau "sibuk mencari harta kekayaan yang penuh kepalsuan."
Nasihat saya:
"Dunia dikejar, akhirat dijunjung!" Atau lebih baik...
"KENALLAH AKAN 'DIRI' ITU!"
"Takut akan mati, tidak boleh menyelamatkan kita daripada mati."
Mengalihkan perhatian akal fikiran kita ke arah keseronokan keduniaan yang bersifat sementara, tidak akan dapat menolong kita. Saudara mara, ibu bapa, ipar-duai, tidak boleh menolong kita. Setinggi mana sekalipun pencapaian yang penuh gilang-gemilang dalam hidup kita, juga tidak boleh menolong kita. Ingat!...
Segala rupa bentuk kebendaan di dalam dunia ini, seluruh makhluk di muka bumi ini "akan juga dimamah oleh kematian akhirnya".
Justeru, apakah faedahnya kita berlindung, bergantung mencari tempat bersembunyi dan pertolongan yang semuanya juga menerima nasib yang sama, hilang lenyap dimamah kematian?
Hanya jika kita tahu "Tuhan itu APA, dan SIAPA?" Yang merupakan "benteng atau tebing yang kukuh", "tempat kita berpaut, baru kita akan selamat," malah "dapatlah kita menawan ketakutan kematian tersebut."
Saudaraku yang dikasihi!..
Justeru, "janganlah disia-siakan pernafasan yang keluar-masuk" itu. Jangan sampai masanya nanti, ia bertukar menjadi tidak tentu arah perjalanannya, yang boleh menggugat kestabilan akal fikiran kita. Jadikanlah kukuh dan stabil, "fahami dan pelajarilah maksud dan tujuan perjalanan pernafasan kita itu." Kukuhkanlah ia, "bagaikan gunung yang berdiri megah."
Jauhkanlah diri itu dari segala "yang bersifat illusi dan kepalsuan", agar kita dapat "menghadapi kematian dengan cemerlang." Kecuali yang "tidak menDUAkanNya."
Sebaik kita mengetahui, "HAKIKAT" dan "KEMATIAN" merupakan..."Kawan baik sejak kelahiran."
Nanti kita akan "tersenyum kecil menyambut kehadiran 'mati'" yang ianya adalah 'pasangan' kita yang memang kita nanti-nantikan selama ini. Dan katakanlah kepadanya "Selamat Datang!" Kerana sudi menjemput kita dengan penuh hormat dan takzim.
Saudaraku yang budiman lagi dikasihi!
Kenapa perlu kita ditakuti? Apakah yang memungkinkan kita berasa takut? Bukankah kita semua perlu sedar "bahawa setiap kelahiran diiringi kematian?" Cuma waktu dan caranya saja yang tidak kita ketahui. Dan perlu juga kita ketahui bahawa "pembentukan dan terciptanya tubuh itu adalah daripada '5 anasir', yang mana suatu hari nanti atau sebentar saja nanti, ia tertakluk kepada kemusnahan dan kehancuran".
Saudaraku yang dikasihi - Ambil perhatian! Demi sesuatu yang tidak kekal, seperti tubuh badan yang tertakluk kepada kehancuran, apa perlunya kita risaukan?
Sebab itu, sewaktu hidup ini, janganlah kita menghias tubuh badan kita berlebih-lebihan sehingga mengabaikan perhiasan dalaman kita seperti "ROH" yang sentiasa "lapar dan kurus kering" tidak cukup seimbangannya.
Justeru, jika hiasan dalaman kita seperti "Roh" tidak dihias "dengan amal ibadah yang sempurna" mengikut lunas-lunas yang telah diajar oleh Nabi Besar Muhammad S.A.W, melalui firman Allah. Maka natijahnya; Kita sendirilah yang akan menanggungnya.
Oleh itu nasihat saya: "Jangan dihabiskan masa, usia yang sangat berharga ini, dengan berpoya-poya, mundar-mandir di dunia ini, 'macam orang buta kehilangan tongkat'."
Tahukah kita "kenapa seseorang itu perlu mati?" "Kerana ia dilahirkan". "Yang tidak boleh mati adalah orang yang tidak dilahirkan."
Dunia ini bagaikan tempat mempelajari sesuatu, akhirnya nanti kita akan "menduduki peperiksaan terakhir", di mana kertas soalan yang bakal kita jawab adalah amat sukar.
Mana mungkin kita boleh lulus periksa, sedangkan kita tidak pernah membuat persediaan. Kalau esok kita hendak menghadapi peperiksaan dan hari ini kita baru hendak mentelaah, mana mungkin kita boleh menjawab kertas soalan tersebut?
Justeru, "sebelum mati datang menjenguk", buatlah persediaan supaya memudahkan perjalanan kita yang amat jauh itu.
Hanya Si Bodoh sahaja yang "kelahirannya penuh illusi" dan "dibesarkan dengan penuh illusi", tidak akan mengetahui apakah yang dikatakan 'illusi' tersebut. Kalau dunia ini bukan 'illusi' atau 'maya' :
"Ke manakah perginya raja-raja, maharaja, presiden, Perdana Menteri, menteri-menteri, yang berbangga dengan segala pencapaian? Dan ke manakah perginya cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, profesor-profesor, ahli-ahli Sains, ulamak-ulamak, ustazah-ustazah, imam-imam, Ketua Keluarga, Ketua Kampung, Penghulu, Ketua-Ketua Jabatan dan Kementerian? Ke manakah perginya fakir-fakir miskin yang papa kedana, dan ke manakah lenyapnya jutawan-jutawan yang kaya raya, yang berbangga dengan segala pencapaiannya sewaktu di dunia dahulu?"
Semua mereka telah "ditelan oleh arus masa, dibenamkan ke dalam bumi". Mungkin mereka semua sedang atau dalam proses "menjawab segala pertanyaan" yang diwakilkan untuk bertanya "segala keangkuhan dan kesombongannya" dahulu sewaktu di dunia.
Ingat!.... Saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, tahun, dan era, "semuanya saling berulang dan menyatu semula".
Perlu diingat!.... 'MASA' akan terus sahaja 'mengalir' tiada penghujungnya, dan dalam pengaliran tersebut... "Apa sahaja, siapa sahaja", semuanya akan "dihanyut dan disapu bersih."
Jika apa saja objek juga turut lenyap dihanyutkan oleh arus masa, yang langsung tidak boleh kita jadikan tempat bersandar, menolong dan menyokong antara satu sama lain.... Apakah 'realiti' alam ini sebenarnya, kalau bukan 'illusi' dan bersifat 'fana'?
Oleh itu, siapakah yang boleh menyelamat dan menolong siapa?
"Kecuali hanya yang bersifat 'ABADI dan KEKAL'" sahaja yang tidak boleh dihanyutkan oleh arus masa - adalah "ALLAH"". "'DIA' sahaja yang boleh menolong kita semua."
'DIA' adalah umpama "tebing yang kukuh", berpaut dan berpegang kuatlah kepadaNya. 'DIA'lah satu-satunya "sungai yang pengalirannya tiada penghujung dan kesudahannya."
Nasihat saya, "agar anda pembaca, mempunyai azam dan bertekad
kuat", ambil nasihat saya ini:
"Percayalah kepada "TUHAN", jangan percaya kepada 'dunia'. Begitulah cara yang betul untuk mengharung hidup di dunia ini."
Selalu ingat 'TIGA'(3) prinsip ini:
"1. Jangan Lupa Tuhan"
"2. Jangan Percaya Kepada Dunia"
"3. Jangan Takut Akan Mati. (Cari dan belajarlah mekanismenya yang betul)"
Itulah 'tiga' prinsip sebagai "garis panduan" bagi semua manusia di muka bumi ini.
Saya ingin berkongsi pandangan kepada semua sidang pembaca yang dikasihi mengenai "Hidup dan Mati".
"Hidup dan Mati" kelihatan 'bercanggah', seolah-olahnya kita boleh buat pilihan; menerima apa yang kita suka dan menolak mati, memang ianya tidak digemari ramai atau semua orang.
Namun, ambil ingatan!... Kalau pun kita nampak 'MATI' dan 'HIDUP' itu merupakan 'percanggahan', tetapi kalau kita "boleh merenung jauh lebih dalam, ke dalam" percanggahan tersebut, kita akan menjadi orang yang lebih bijak.
Memang amat mudah untuk kita melihat percanggahan ai antara "Mati dan Hidup". Memang bertentangan. Tidak perlu dibuktikan, tidak perlukan 'logik akal'.
Ia amat mudah untuk difahami, pergi dan jengah lebih dalam. "Hidup dan Mati" bukanlah suatu percanggahan, malah ia merupakan suatu 'roda' yang sama.
Hidup sebenarnya tidak pernah bertentangan dengan kematian, cuma 'kematian' adalah "puncak kepada penghidupan". Dan kematian bukan penamat kepada kehidupan, malah 'mati' itu "membenarkan kita terus hidup setelah mati". Ingat!...
Jika tiada kematian, maka tiada kehidupan. "Kehidupan dan kematian" adalah merupakan "kawan karib dan saling melengkap (pelengkap)".
Sebab itu kita dituntut menjadi "orang bijak" (wisdom), bukan 'logikal'. Celikkan 'akal' dan 'mata hati' agar kita dapat "jadi orang yang arif lagi bijaksana", yang "mampu melihat jauh ke dalam", bukan berada sentiasa di permukaan.
Jika tidak, kita akan jadi orang yang sentiasa takut dan "sentiasa bercanggah dan bertentang" kerana "tidak dapat melihat... menembus di sebalik sesuatu".
"Selamat bertarung dengan 'MAUT', dan pastikan KITA MESTI MENANG!"
MENGUCAP!... MENGUCAP!... MENGUCAPLAH BANYAK-BANYAK!!!.....
From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
22 OGOS 2010 (Ramadhan)
Next Topic: 1. "The Scientist And The Saint. Science Are Leading Man Away From Peace. Spirituality Alone Can Give You Enduring Bliss"
2. "Mengawal Lidah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
'Kematian' merupakan satu perkataan yg sangat mengerunkan manusia sehinggakan perkataan MATI itu sendiripun cukup untuk membuatkan manusia tidak merasa selesa.
ReplyDeletesoalan:
1. Apakah mekanisma yg perlu dikuasai untuk kita sebelum menjadi manusia yg 'benar-benar tersenyum' untuk menyambut kedatangan mati dengan berlapang dada?
2. Apakah sebenarnya perbezaan antara MATI dan MAUT dari segi hakikatnya?..Bukankan mati itu juga sebenarnya bersifat illusi.
3. Bagaimanakah caranya untuk kita mengstabilkan akal kita ketika kita berdepan dengan maut?
'KEDAULATAN' satu perkataan yg selalu disebut-sebut oleh orang melayu yang mengaku mempunyai raja dan bersumpah taat setia kepada rajanya, namun kedualatan raja-raja sehari demi sehari semakin terhakis bersama-sama dengan kesetiaan rakyatnya.Rata-rata rakyat sudah tidak lagi tahu apakah yg dimaksudkan dengan KEDAULATAN. Perkataan kedaulatan hanya digunapakai dalam acara-acara kebesaran raja semata-mata tidak lagi menjadi ucapaan rakyat jelata.
ReplyDeleteSoalan:
1. Apakah Sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'KEDAULATAN' ini?
2. Adakah Tanah Yang Digelar TANAH MELAYU ini masih lagi menjadi 'Tanah Yang Berdaulat'
3. Apakah tanggungjawab setiap warganegera yg mengaku setia kepada raja & negara untuk mempertahankan tanah yg berdaulat ini?