Boleh dikatakan setiap hari media massa melaporkan "pembuangan bayi" di sana sini. Terutama di tempat-tempat yang tidak sepatutnya; seperti di tong-tong sampah, di dalam semak, tandas, parit, longkang dan sungai tadahan sampah; dengan langsung tidak punya sifat 'perikemanusiaan'. Jauh sekali "nilai-nilai kasih sayang sebagai manusia".
Dengan tersiarnya berita-berita yang menyayat hati itu setiap hari, sangat mengejutkan masyarakat masa kini, sangat menyedihkan kita semua. Maka sudah sewajarnyalah kita semua rasa 'terpanggil' untuk bersama-sama "mencegah dan mengekang permasalahan" tersebut agar tidak berkembang biak dan menjadi suatu masalah yang mencemaskan semua orang.
Ada bayi-bayi yang dibuang dan dapat diselamatkan oleh pemungut sampah, oleh orang yang lalu lalang, imam masjid, tuan rumah tertentu, setelah bayi-bayi itu terdedah kepada anjing-anjing liar, tikus, semut serta cuaca panas dan sejuk.
Sangat menghairankan kita semua, betapa sanggupnya "seorang ibu" dari golongan 'manusia' membiar dan membuang anaknya, sedangkan "semua binatang yang sangat garang sifatnya", apabila mereka menjaga dan mengawal anak-anak kelahirannya; tetap jelas dilihat "belaian dan kasih sayang mereka terhadap anak-anak mereka".
Nasihat saya;
"Semua ibu bapa mesti dan perlu memahami sikap anak-anak mereka, mempastikan ibu bapalah tempat mengadu, sebaik saja mereka menghadapi masalah."
Mereka yang sudah terlanjur, sebenarnya memerlukan pertolongan atau bantuan, mereka perlu diberi 'kaunseling'. Kita selaku ibu bapa, jangan sekali-kali menunding jari antara satu sama lain, dan menuduh secara membuta tuli.
Dahulu kita orang-orang Timur, suka menuduh orang Barat bagaikan orang yang tidak bertamaddun. Apabila ada saja permasalahan sosial, di Baratlah tempat kita menunding jari. Ingat!.... "Walaupun anak-anak kita kian hari kian ke arah Barat" cara berfikirnya, sikapnya, gaya hidupnya.... Di sinilah bermulanya peranan ibu bapa.
Tetapi ibu bapa masa kini terlalu sibuk untuk mengambil tahu tentang anak-anak sendiri, dan pengabaian berlaku secara tidak disengajakan.
Sebaliknya kita selaku ibu bapa, patut meluangkan lebih masa agar kita dapat mendisiplin, melatih, memupuk, mendidik dan mengajar anak-anak untuk "membezakan mana yang baik dan mana yang jahat".
Kita perlu buat pendekatan secara 'kemanusiaan' dalam menangani permasalahan anak-anak yang belum matang, sudah menjadi ibu sebelum berkahwin secara sah, berpunca dari keluarga yang tidak bahagia, tidak sehaluan dengan ibu bapa mereka.
Bila ia berlaku kepada anak perempuan yang takut dihukum oleh ibu bapa dan masyarakat, maka ia menjadi 'stigma' kepada dirinya. Ia merasakan 'tiada tempat' untuk mengadu, bagi mendapatkan nasihat dan pertolongan.
Mereka yang telah sumbang, tercemar, terhina, sebenarnya telah pun membayar segala kesalahan yang selama ini terpikul di atas bahunya secara 'bersendiri' tanpa lagi punya pasangan.
Keluarga sudah tidak mahu menerimanya lagi. Masyarakat mengutuk dan menghinanya, akhirnya ia 'habis ikhtiar' dan mengambil 'jalan nekad'.
Saudaraku pembaca yang budiman lagi dikasihi.
Untuk mengatasi semua masalah yang sangat serius itu, semua ibu bapa mesti berusaha, semua agensi mesti bergabung tenaga, mengorak langkah dengan serius membendung "gejala yang meranapkan institusi kekeluargaan". Setiap pasangan mesti dilatih agar dapat menjadi 'keluarga bahagia' yang berpanjangan. Dan semua remaja sepatutnya telah tahu bertanggungjawab melalui program "pendidikan seks". "Kaunselor agama dan semua organisasi dakwah" perlu membantu kerajaan untuk berhadapan dan memerangi "penyakit sosial" yang sangat ketara muktakir ini.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
17 NOVEMBER 2010
Next Topic: 1. "What Man Should Seek Is Not Longevity In Life But Divinization Of Life"
2. "Melatih Akal Pemikiran, Air Muka Adalah Gambaran Akal"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Masalah pembuangan bayi ini telah menjadi igauan yg paling ngeri dalam sejarah ketamadunan manusia zaman berzaman, ini disebabkan oleh kejahilan manusia itu berlaku secara berterusan, Sejarah tidak pernah menjadikan manusia matang, telah banyak perumpamaan & sejarah yg dirakamkan didalam Al Quran untuk dijadikan rujukan, tetapi manusia terus-terusan melakukan kejahilan sehingga kehari ini yang pada anggapan mereka sudahpun punyai tamadun.
ReplyDeleteSoalan:
1. Mengapakah manusia seringkali suka menghakmilikkan sesuatu yg dikurniakan kepadanya dan secara tidak sedar kita telah menafikan hak Sang Pencipta yg Maha Memiliki segala sesuatu, yg berhad keatas segalanya?
2. Kenapakah manusia suka mengenepikan atau menafikan secara tidak disedari akan kewujudan Tuhan Yg Maha Kuasa yang Wajib Wujudnya dan bukan dirinya, dan menganggap Tuhan itu berada jauh daripadanya? adakah ini sebabnya berlaku segala kesombongan,keangkuhan,bangga diri, egois, keruntuhan moral & sebagainya dalam penghidupan ini?
Saudaraku Bumi Nan Basah Yang Dikasihi:
ReplyDeleteKedua-dua soalan saudara, saya rumus atau simpulkan begini:
Memang di dunia ini, bezanya 'manusia' pada 'rupa'. Soal 'rupa' adalah soal 'luaran'. Tetapi kita manusia jangan lupa, walaupun manusia itu 'berakal', ciri-ciri atau 'sifat akal' manusia itulah yang perlu diselami dan difahami.
Ada 'ENAM' (6) "tingkatan mental" yang perlu diketahui oleh setiap manusia. Di sini saya hanya akan terangkan atau huraikan 'satu' di antara 'ENAM', Nombor 'Satu' dari bawah:
5.
4.
3. "Akal Yang Melampaui Kesedaran" (SuperConscious)
2. "Akal Sedar" (Conscious Mind)
1. "Akal Separuh Sedar" (SubConscious)
Itu pun jarang di antara kita manusia hendak mendalami "sifat-sifat akal". Di "Akal Separuh Sedar" kita pun kita tidak ambil pusing atau "tidak ingin mengambil tahu".
Sebab itu "AKAL SEPARUH SEDAR" kedudukannya adalah "Nombor Satu dari bawah".
Selain difahami "Akal Separuh Sedar", ianya juga difahami sebagai "AKAL BERNALURI" atau "AKAL OTOMATIS", macam binatang - lebih baik 'binatang' jika dibandingkan dengan 'manusia'.
Kita manusia, bila bercakap fasal "AKAL BERNALURI" itu atau dalam lapangan "Akal Separuh Sedarnya" - tiada bezanya dengan binatang yang dipandang rendah oleh manusia.
"Akal Separuh Sedar" adalah merupakan "langkah Pertama" ke arah "perkembangan mental menuju ke tingkatan "AKAL SEDAR!"
Untuk pengetahuan, setinggi mana sekalipun "perkembangan dan pencapaian" manusia, ia tetap masih menggunakan "Akal Separuh Sedarnya". "Akal Separuh Sedar" juga digelar "Naluri Yang Suka Bergaduh" (fighting instinct), dalam berbagai-bagai peringkat, sama ada dalam politik, kelompok, keluarga, masyarakat atau sebagainya.
"Yang Tertinggi" dalam penggunaan "AKAL SEPARUH SEDARNYA", adalah seperti "Ahli-Ahli Sains" yang suka "mencipta bom pemusnah" atau apa-apa jua senjata. Mereka itulah "binatang berupa manusia pemusnah", sama ada dalam 'peperangan' atau "kepimpinan dalam sebuah organisasi besar atau kecil".
Justeru, saudaraku Bumi Nan Basah; tidak usah dihairankan. Tetapi buat diri itu, marilah belajar secara bersungguh-sungguh, jangan macam 'hujan gerimis'; "tasik tidak akan penuh".
Sila ikuti tajuk akan mendatang, mengenai "AKAL SEPARUH SEDAR", akan diterangkan dengan panjang lebar.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
016-6020321
Encik Rahman yang dihormati,
ReplyDeleteMohon terangkan maksud hitam putih kehidupan...kenapa mesti hitam putih yang digunakan?
Terima kasih.