Saturday, May 5, 2012

MEMAHAMI 'TIGA DUNIA': YANG KASAR, YANG HALUS, SEBAB AKIBAT

Seluruh objek yang jumlahnya sangat banyak dan besar di dalam dunia ini, semuanya adalah kobinasi atau gabungan 'LIMA' anasir:
1. Eter (ether) 2. Tanah 3. Api 4. Angin 5. Air

Segala-galanya tanpa terkecuali, semuanya terbina daripada '5' anasir. Ingat! Hanya 'LIMA' anasir. Tidak ada yang keenam.

"DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAT PENYAYANG LAGI PENGASIH"

Ada 'TIGA' jenis 'RUANG' yang juga boleh dianggap sebagai 'Dunia' atau 'universe'.

1. 'Dunia Kasar' yang bersifat 'fizikal'
2. 'Yang Kasar' adalah 'Dunia Akal Fikiran'
3. 'Yang Paling Halus' adalah 'Dunia Sebab Akibah', penuh penyerapan dan meliputi ketiga-tiganya.


"Segala Puji Bagi Allah... Tuhan Pentadbir Alam"
"Diri Yang Berdiri Sendiri Tidak Dikeranakan Dengan Sesuatu Kerana".


Bercakap mengenai 5 anasir tersebut: "KASAR dan HALUS'

Bagi yang bersungguh ingin mengetahui Prinsip Ketuhanantersebut, dan ingin 'mendalami kuasaNya' denganNya, perlu benar-benar memahami 'ketiga-tiga alam' yang dimaksudkan di atas. Yang Pertama adalah 'dunia fizikal' yang bersifat 'kasar' iaitu:
1. Eter 2. Tanah 3. Api 4. Angin 5. Air.


'ETER' itulah yang bergelar 'ruang' atau 'angkasa', juga boleh digelar 'udara' atasan sangat halus atau dari kayangan. Ia adalah yang pertama, anasir yang pertama di antara yang 'LIMA'... Ia menyersp dan meresap, "meliputi setiap sesuatu" dan sangat-sangatlah halus... Perlu diingat!

"Ia tidak punya sifat-sifat tertentu kecuali 'BUNYI'". Itulah yang bergelar 'ETER'.

Selepas itu baru datangnya... 'UDARA'.
'Udara' boleh 'dirasa' tetapi tidak boleh 'dilihat'.
Udara punya 'dua sifat':.. 'bunyi' dan 'sentuhan'.

Berikut ialah 'API'.
'API' boleh 'dilihat', ia lebih pekat daripada 'udara'.
'Api' punya 'tiga sifat':.. 'bunyi', 'sentuhan' dan 'rupa'.
Api boleh 'dilihat' dengan mata kasar, ia juga boleh 'dirasa' dengan 'menyentuh'.

Selepas 'Api' adalah 'AIR'
'Air' punya 'Empat sifat' iaitu:
'Bunyi', 'Sentuhan', 'Rupa' dan 'Rasa'
.

'TANAH' adalah yang terakhir.
'Tanah' punya 'lima sifat' dan yang paling 'pekat' sekali di antara semua anasir.
Ia punya '5 sifat': 'Bunyi', 'Sentuhan', 'Rupa', 'Rasa', dan 'Bauan'.
Untuk pengetahuan saudara, kita dapat lihat 'tiga anasir' yang terakhir iaitu: 'Api, Air dan Tanah'... punya rupa. Pertama dan Kedua iaitu 'Eter' dan 'Angin' punya nilai tersendiri tetapi 'tidak berupa'.

Dan perlu diingat! Seluruh dan segala benda yang terdapat di dunia ini 'adalah TIDAK KEKAL', dan sentiasa saja 'tertakluk kepada PERUBAHAN', mengikut waktu, semua benda-benda tersebut akan melalui proses 'modifikasi' dari satu 'nama' kepada suatu 'rupa', ke suatu 'rupa yang lain', dan seterusnya.

Segala-galanya di dalam dunia ini 'mempunyai pergerakan' yang sentiasa berterusan... 'Terus menerus saja bergerak.'

Mari kita pergi lebih jauh sedikit ke dalam. Ke 'alam fizikal' atau 'alam bersifat kebendaan' yang mengandungi '5' anasir tersebut.

Jika kita memahami semua 'zarah'(atom) yang wujud pada setiap tempat dan di dalam setiap penentuan masa yang terkandung di dalam pelbagai objek, yang kelihatan di sana sini setiap saat. Sebaik saja atom-atom itu bergerak dan berubah atau beralih kedudukan, 'rupa-rupa yang terbentuk juga turut berubah'. Dalam ertikata lain... "Seluruh atom dalam semua objek juga menjalani perubahan yang pesat dan pantas di kedudukannya masing-masing." Dan ianya agak sukar untuk menentukan bilakah perubahan kedudukannya berlaku di dalam setiap objek tersebut, kerana ia merupakan suatu..."proses yang sentiasa berterusan". Proses itu pula adalah juga'proses perubahan rupa bentuk' yang berkembang mengikut waktu dan masa.

Perlu kita ketahui, atom-atom yang terbentuk dan membentuk tubuh-tubuh masing-masing, ia juga serupa yang terdapat pada lain-lain objek, 'berubah setiap saat dan waktu' ia juga penyebab kepada berlakunya 'modifikasi' terhadap seluruh kebendaan. Dan perubahan-perubahan tersebut adalah tidak ubah seperti 'ombak atau gelombang' yang terdapat di lautan. Di mana kita semua perlu tahu:

"Bahawa ombak atau gelombang di lautan yang kita lihat selama ini sebenarnya 'tidak punya awal dan akhir'. Ertinya: Awalnya tiada permulaan, dan akhirnya tiada kesudahan."

Kalau kita seorang pemerhati, dan suka mengamati, 'setiap titis dari air ombak atau gelombang tersebut akan kembali 'menyatu dan bersatu' di dalam setiap lipatan gelombang itu semula, begitulah seterusnya... "Pandanglah yang setitis pada yang banyak."

Di dunia ini, termasuklah di tubuh badan masing-masing adalah merupakan suatu "proses pembentukan, pengembangan, perubahan dan penyatuan dan pencantuman semula yang berterusan."

"Itulah yang perlu kita ketahui sifat alam dan tubuh badan itu". Baca dan fahamkan dengan penuh teliti agar kita faham di sepanjang penghidupan selaku penghuni di universe ini.


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-602 0321

05 MAY 2012

Next Topic: "1. Where And What Is Happiness?"
"2. Hati Yang Suci Bersih Tidak Mengharapkan Balasan dan Pergantungan"

1 comment: