Sunday, October 5, 2014
APA ITU KELAHIRAN DAN KEMATIAN
Yang pasti adalah 'KEMATIAN' selepas 'KELAHIRAN'.
Semua di dunia ini takut akan mati. Tetapi 'TIDAK' bagi yang 'TAHU TUJUAN KELAHIRANNYA, dan 'TAHU APA YANG TERKANDUNG DI DALAM SETIAP KELAHIRAN', yang kerap sahaja diulang-ulang sehingga kini. Bagi yang tahu 'RAHSIA' kelahiran hidupnya pasti membawa 'KECEMERLANGAN dan KETENANGAN'.
Sebaik seseorang itu dilahirkan ke dunia ini, ia tidak ubah seperti sebutir 'PELURU'yang mesti menepati sasarannya...
Iaitu 'KEMATIAN'.
Semua orang tidak boleh tidak, pasti akan menghadapinya. Ia merupakan fenomena biasa sebenarnya. Lagi cepat seseorang itu faham, dan dapat menerimanya, adalah lagi baik. Kerana memampukan kita untuk menjuruskan kelahiran penghidupan kita itu untuk tujuan kebaikan sejagat.
Relitinya atau sebenarnya kita tidaklah terganggu sangat dalam soal 'KEMATIAN'. Cuma kita selalu diasak dan menerima maklumat yang 'SALAH' dan daripada orang-orang yang 'TAKUT'. Kematian itu bukanlah seburuk mana, seperti yang pernah digambarkan oleh sesetengah pihak yang hidupnya 'kaku', 'mati sebelum dimatikan'. Maka fahaman begitulah yang menguasai 'akal fikiran' banyak orang.
Semua makhluk sama ada manusia, tidak kira apa jantinanya, bangsanya, bahasanya, anutannya, pegangannya, 'SATU IKATAN PERJANJIAN TERHADAP KEMATIAN, SUDAH TERMETRAI SEJAK LAMA.'
Dalam maksud lain; 'Tiada alternatif atau jalan keluar untuk mengelak MATI'.
"KEMATIAN adalah suatu proses yang sedang berlangsung secara berterusan di dalam dunia ini."
Tiada siapa yang berani berhadapan muka ke muka di saat 'kematian'. Justeru tiada siapa boleh bebas dari 'ketakutan' di dunia ini 'kecuali dia seorang yang benar-benar bebas dari ketakutan kematian'.
Ambil ingatan ini!...
"Jika kita takut akan KEMATIAN adalah sama seperti kita tidak mahu membuang BAJU USANG yang telah kita pakai selama ini".
Adalah amat sukar bagi kita semua untuk menerima kehilangan seseorang yang kita KASIHI, yang telah bersama kita buat sekian lama.
Halusi Cerita ringkas ini :
Seorang ibu kematian seorang anak, hidupnya terlalu murung dan berdukacita setiap hari. Lalu dia pergi mendapatkan seorang wali Allah untuk mendapatkan nasihat bagaimana hendak menghilangkan ingatan dan kemurungannya setiap hari. Orang tua itu (wali Allah) pun memberitahu kepada Si ibu itu, sambil katanya;
"Sukakah engkau mempunyai bilangan anak dan cucu yang ramai seperti yang engkau lihat di kampung ini atau di mana-mana?"
Jawab Si ibu tersebut; "Ya, Tok, pastinya saya mahu!"
"Tetapi berapa ramaikah yang engkau tahu setiap hari ada saja kanak-kanak mati?"
"Ramai Tok, di kampung ini atau di mana pun ramai kanak-kanak mati, ada sahaja Tok."
Oleh itu wahai ibu; "Kalau begitu adakah akan engkau tangisi, sehari-hari jika beratus-ratus orang mati setiap hari?"
Ingatlah kata orang tua itu; "Mereka yang tidak bergantung selain Allah, adalah mereka yang hidupnya tidak ada dukacita atau kemurungan."
Ingatlah Sudara Pembaca!
Bila kita bergantung atau mengukuhkan pergantungan kita kepada selain ALLAH, maka bersiap sedialah untuk menempuh atau menempah kesugulan dan kemurungan apabila kita dipisah atau diceraikan dengan anak, isteri, atau sebagainya.
Untuk pengetahuan, orang-orang yang stres atau mentalnya tertekan adalah mereka yang enggan berhadapan dengan fakta atau kenyataan sebagai suatu realiti dalam penghidupannya.
Seseorang yang stres atau tertekan, jika tidak diatasi, akibatnya akan membuat fizikalnya bertambah parah. Pastinya semua orang tahu, kerisauan, dukacita atau penyakit yang sedang dihidapi akan mengakibatkan seseorang bertambah parah.
"Kita tidak boleh pilih hari atau waktu yang sesuai untuk mati. Tetapi kita boleh berhadapan dengan penyakit dan kematian yang sedang kita hidapi tanpa takut."
Ramai orang takut kepada mayat, atau tubuh badan yang sudah mati. Hakikatnya, orang yang hiduplah lebih merbahaya daripada tubuh badan yang sudah mati. Tubuh badan orang yang sudah mati tidak boleh buat apa-apa terhadap orang yang hidup. Malah orang yang masih hiduplah boleh melakukan apa saja termasuk membunuh.
Justeru, bukankah bodohnya kita takut terhadap orang yang sudah mati.
Apakah 'KELAHIRAN' dan 'KEMATIAN'?
Jangan takut kepada 'kematian'. Kita tidak perlu takut kepada 'kematian'. "Kelahiran dan kematian adalah umpama seutas benang yang mempunyai DUA penghujung, hujung dan pangkal yang sama, iaitu dari benang yang sama.
Justeru, rahsia KELAHIRAN dan KEMATIAN adalah mudah. Ianya SUATU PROSES PENGHIDUPAN di mana setiap individu mesti menyedari peranan 'kematian' adalah matlamat terhadap sesiapa sahaja, sama ada dia seorang raja, kaya, atau miskin, kuat atau lemah, tempat rehat terakhir kita adalah di dalam keranda.
Semua manusia akan berhadapan dan berkongsi nasib yang sama. Oleh kerana JAHIL akan hakikat kehidupan ini, maka kita sering meratap, menangis, ada kalanya kita senyum, kemudian meratap lagi.017-71
Sebaik kita menyedari akan hakikat kehidupan ini, maka nanti barulah boleh kita berhadapan dengan komponen-komponen kebendaan yang bersifat sementara dengan segala syarat keduniaan itu dengan tidak terbelenggu dan bebas lepas dari penggantungannya.
Jika tidak, kita akan dihantui kematian, terbelenggu, takut meninggalkan dunia ini, kerana harta kekayaan, anak bini, dan sebagainya. Oleh itu jika kita rasa tidak tertahan dan rasa takut mati, maka hendaklah kita berusaha 'melenyapkan rasa takut mati' dengan melepaskan seluruh komponen kebendaan yang bersifat sementara itu, bukanlah hak kita.
Maka barulah sempurna kelahiran kita itu, dan 'mati akal' adalah merupakan suatu 'kematian' yang sangat tenang.
From Empty Hands,
A. RAHMAN BIN MAHADI
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
05 Oktober 2014.
Next Topics: 1. "WAR - And How To Stop War".
2. "Perbezaan Antara Mimpi dan Realiti".
Wednesday, August 13, 2014
THE HUMAN AURA
AURA is an emanation projecting beyond the space occupied by the human body. It is oval or egg shaped. Being visible to those have developed their 'PSYCHIC POWER' to a high degree 'Clairvoyant Eye'.
BLUISH WHITE : In healthy persons, the lines are straight but when a person is ill or invalid they droop and come in all directions. The colour of Aura changes according to thought and emotions, either negative or positive base on illness, health and vitality.
AURA OF NEGATIVE STATE OF MIND or Evil Electromagnetic Waves.
1. Hatred - Blackish Dark Red.
2. Malice - Black Aura.
3. Revenge - Dark Violet.
4. Agony - Deep Red and Black.
5. Excessive - Deep Wine - Red.
6. Rage - Scarlet Red Colour mixed with Dark Brown.
7. Jealousy - Deep Green mixed with Black.
8. Greed - Reddish Brown.
9. Selfishness - Bright Grey.
10. Fear & Terror - Ugly Shades of Smokey Grey mixed with Reddish Brown.
11. Depression - Brown and Dark Grey.
All these negative thought impulses arising from mind - Ego produce stress syndrome in body physiologically in different ways according to the intensity of 'Electromagnetic Waves of different wave lengths.
AURA OF POSITIVE STATE OF MIND or Good Electromagnetic Waves.
1. Tolerance and adaptability - Bright Green.
2. Ambition and Pride - Bright Orange.
3. Love - Motherly-pink Higher Feeling Light.
Red Highest with Selflessness.
Beautiful Rose.
4. Religious - Dark Blue.
5. Spiritually High - Light Blue.
6. Intelligent and
Spiritually High - White, Brilliant with Sparkling Light Blue twinkling little stars.
7. Intelligent and
Spiritually High Highest
Sphere of Divine. - Round head brilliant white followed by blue and golden yellow Aura all around the body.
Please remember!
All desires create thought forms whether good or bad. That is why we must pay careful attention when we emit negative thoughts of these have disastrous consequences as -
"Thoughts are the things with airy wings, they go faster than a dove and they bring you back what ever you had in your heart, hate or love."
And also note :-
A person of strong will can send forth vigorous positive thoughts that hit the mark like a bullet.
An evil thought can come back to the person who projects it with increased force like a 'boomerang' that returns to the thrower. That is why, we must avoid negative thoughts in order to keep your own body healthy.
THERE ARE FIVE GREAT WEAPONS AGAINST EVIL THOUGHTS SUCH AS :-
1. Love.
2. Faith in God.
3. Company of Good people.
4. All Good Thoughts.
5. Meditation.
There enable you to think only strong positive thoughts and send love to others .... 'Even to your enemy'. They will avoid depression and discouragements in your mind and boost the heart leading to healthy body organs and good health.
1. Love - Soothing Waves.
2. Faith in God - Soothing Waves.
3. Company of Good People - Satisfactory Waves.
4. All good thoughts - Satisfactory Waves.
5. Meditation. - Quietness of Brain Waves and Sleep.
Man should have harmony between - words, actions and deeds.
Then only he can remain healthy inside out.
Otherwise disharmony produces diseases.
"Always take the Divine into your mind and firmly establishing it in mind".
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi.
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
13 AUGUST 2014.
Next Topic: 1. "Apa Itu Kelahiran dan Kematian"
2. "WAR - And How To Stop War"
Tuesday, June 17, 2014
BAGAIMANA HENDAK MENGATASI CEMBURU
Kepentingan atau 'mementingkan diri' adalah punca kepada kecemburuan, sementara kecemburuan pula memupuk kepada 'kepentingan diri'.
Pernahkah kita mendengar seekor ular yang mempunyai... Ekor dan Kepalanya, sering bertengkar tentang siapakah yang sewajarnya menjadi ketua? Ekornya mengatakan kepada Kepalanya;
"Engkau sering saja mengetuai aku, itu tidak adil, sekali sekala biarlah aku yang mengepalainya."
Berkata Si Kepala;
"Itu tidak mungkin, kerana memang sudah menjadi hukum alam, memang akulah yang mengepalainya dan aku tidak boleh bertukar tempat menjadi ekor."
Pertengkaran tersebut mengambil masa berhari-hari, sehingga pada suatu hari, Si Ekor menambatkan ekornya ke sebatang pokok, dan membuatkan si Kepala tidak boleh bergerak ke mana-mana. Akhirnya Si Kepala mengalah dan mengikut saja kemahuan Si Ekor, ke mana ia hendak pergi. Tetapi malangnya Si Ekor yang tidak punya mata, ke mana hendak dituju dan akhirnya ia termasuk ke dalam lubang yang penuh duri dan akhirnya terkorban.
Apakah 'moral' di sebalik cerita di atas, di mana terdapat di kalangan manusia yang tidak pernah puas terhadap apa yang dimilikinya. Akal seumpama itu tidak boleh melihat orang... lebih daripada dirinya. Cemburunya menghalang dirinya untuk menikmati apa jua kegembiraan, apa yang ada pada dirinya.
Walaupun dirinya pada mata masyarakat, mereka adalah orang yang serba cukup, tetapi mereka tidak pernah puas dan terasa terseksa jika di dapatinya ada seseorang yang lebih baik atau berjaya daripadanya.
Dinasihatkan kepada semua pembaca, adalah lebih baik kita 'memutarkan akal kita ke dalam' dan menyemak segala 'rahmat' dan 'kenikmatan' yang kita perolehi, daripada memikir-mikir dan menanam cemburu terhadap seseorang.
Orang yang mempunyai sifat 'cemburu', akan menganggap semua orang di sekelilingnya 'musuh' atau 'lawannya'. Ertinya, ia tidak boleh melihat kejayaan orang lain dan akan dicemburuinya. Orang-orang seumpama ini adalah sangat merbahaya dan mereka suka menimbulkan masalah.
Ada sebuah kisah; Seekor anjing cuba mengelilingi dan mengembara di dalam negerinya. Setelah beberapa hari dia pun kembali, lalu kawan-kawannya bertanya sama ada dia pernah berhadapan dengan masalah dalam pengembaraannya. Berkata anjing pengembara tersebut bahawa dia menemui pelbagai manusia dan binatang-binatang lain, tetapi tidak ada masalah dan dia tidak diganggu langsung. Malah mereka membenarkan aku meneruskan perjalanan aku.... "Cuma masalah yang aku hadapi, apabila aku terserempak dan berjumpa dengan 'yang sejenis denganku', yang suka mengganggu aku, mereka menyalak dekat aku, mereka kejar aku dan cuba menggigit aku."
Begitulah kias manusia yang sejenis dengannya, yang suka mengganggu dan mencemburui kejayaan dan kesenangan orang lain. Mereka bukannya 'binatang', tetapi 'manusia dengan manusia', mereka adalah 'kita', adik beradik, ipar duai, jiran tetangga, atau kawan-kawan, yang mencemburui kejayaan kita.
Mereka 'membuat cerita' dan cuba menghalangnya. Dalam situasi begitu, hendaklah kita banyak bersabar. Jadi, bukankah ada pepatah mengatakan;
"ADALAH LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN SEEKOR ANJING YANG TAAT, DARI BERKAWAN DENGAN MANUSIA YANG SUKA MENGGIGIT --- Atau membuat fitnah, mengumpat, kerana 'kecemburuannya'.
Seseorang yang cemburu sebenarnya, bolehlah kita samakan 'akal fikirannya tidak mengembang' dengan baik, atau 'terbantut', disebabkan 'tidak disemai', 'tidak disiram' dan 'tidak dibajai' dengan bahan-bahan yang betul untuk 'nutrisi akal'. Justeru, ramai yang gagal memahami 'hakikat akal' dan 'penghidupan' ini.
Maka ramailah yang terjerumus ke lembah kemusnahan dan kehancuran dalam sesebuah institusi, berkeluarga, kejiranan, berkawan, dan seterusnya kemanusiaan. Justeru, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengekang dan mengawal emosi yang bersifat negatif seumpama itu?
Perlu diingat dan diketahui akan sifat-sifat akal. Akal juga adalah punya kuasa mengingat, memerangkap, menyimpan dan mengeluar. Jika pembinaan akal seseorang itu baik, ia akan tertarik kepada yang baik-baik, umpama kata:
"Buah atau hasil yang kita tuai, mengikut benih yang kita tanam."
Jika benih yang manis kita tanam, maka kita akan menuai buahnya yang manis, demikian sebaliknya.
Suka dan duka adalah hasil dari pelakuan kita sendiri. Jika kita jenis orang yang tidak boleh melihat atau mendengar kejayaan atau pencapaian seseorang, maka adalah lebih baik kita membuat penilaian sikap atau tabi'at kita itu. Kita sepatutnya berfikir, tiada apa yang merugikan kita, jika seseorang itu berjaya dalam kariernya, perniagaannya, atau sebagainya. Kita sewajarnya mempunyai sifat rendah diri, tidak mementingkan diri, malah kita sepatutnya mengembangkan sifat simpati dan besar hati terhadap kejayaan seseorang. Sikap begitu adalah 'PENAWAR' kepada sifat 'CEMBURU'.
Mari kita fikirkan begini:
"Tidakkah kita inginkan kemakmuran dan kegembiraan? Tidakkah kita inginkan sesuatu yang menyenangkan untuk diri kita? Tidakkah orang lain juga mempunyai sifat yang sama macam kita?"
Sudah pasti 'KEINGINAN KITA SAMA'. Justeru, jikalau kita dapat kekalkan 'SIKAP AKAL' kita begitu, pasti kita akan dapat lihat seseorang itu akan terlepas dari kesengsaraan, keruntuhan, dan kemusnahan seseorang dari sikap kita yang suka cemburu, hasad, dan dengki.
Untuk pengetahuan sidang pembaca;
'AURA' yang menyelubungi seseorang yang suka 'CEMBURU' adalah berwarna 'HIJAU PEKAT BERCAMPUR KEHITAMAN'.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi,
Labis, Johore.
016-6020321 / 017-7161330.
18 JUN 2014.
Next Topic: 1. "The Human Aura."
2. "Apa Itu Kelahiran dan Kematian."
Friday, May 16, 2014
BUILDING A SUCCESSFUL MARRIAGE
There are no short - cuts to happiness in marriage. No two human beings can possibly live together in an intimate emotional relationship for a long period of time without having some misunderstanding or friction from time to time. In marriage, both the husband and wife must think more of the partnership than they do of themselves. This partnership is an interweaving of interests, and sacrifies will have to be made for the sake of both parties.
It is from mutual understanding and concern that security and contentment in marriage can be established. In a successful marriage, a partner must not always try to get things his or own way. This brings to mind a humorous saying -
"Man has his will but woman has her way."
There is only one path to be trodden by both, it may be uneven, bumpy and sometimes difficult, but it is always a 'mutual path'.
A happy marriage is not one in which we are to exist with eyes closed. We see fault as well as virtues, and we should accept the fact that no one is perfect. "A husband and wife must learn to share the happiness and pain in their daily lives. Mutual understanding is the secret formula of a happy marriage." Marriage is a blessing, but unfortunately, many people treat it otherwise due to a lack of correct communication and understanding.
Most of the marital troubles and worries which normally arise are due to an unwillingness of one partner to compromise and be patient with the other.
The golden role to avoid a minor misunderstanding being blown out of proportion is to be patient, tolerant, and understanding. Human beings are emotional and hence are liable to get into arguments which lead them to be angry. Husbands and wives should do their utmost for both not to be angry at the same time.
This is the golden rule for a happy married life. If both parties are not angry at the same time, problem can easily be resolved by adopting the noble spirit of patience, tolerance and understanding.
The husband should treat his wife with respect, understanding and consideration and not as a servant nor as a doll in his hands. Although he may be regarded as the bread-winner of the family, it is also his duty to help his wife with the household work whenever he is free.
The wife on the other hand, should not always nag or grumble at her husband over trivial matter, if he really has certain shortcomings. She should try to talk with him and point out his mistakes. A spouse should try to tolerate and handle many things without bothering. The partner, especially when there are problems affecting one's career. If one is inclined towards jealousy, one must try to restrain suspicions over the partner's movements since they may not at all be justifiable.
"Mutual respect and trust, are of paramount importance in a happy Union."
Being Diplomatic.
There was a very hot tempered woman who always scolded her husband for minor mistakes by saying, "You are a stupid idiot."
The husband was very tolerant man and kept quiet when he was scolded. However, one day, when the wife shouted, "You are a stupid idiot," the husband said, "I think you are right. If I am not a stupid idiot, do you think I would ever have married a women like you?" From the day onward she never uttered such words.
Sex In Marriage
Sex should be given its due place in a happy marriage. "Like fire, sex is a good servant but can be bad master."
It should neither be unhealthily repressed nor morbidly exaggerated. The desire for sex, like any other desire, must be regulated by reason. Although it is an important element in the happiness of most married couples.
Please note: It is necessary to understand that one can be happy without giving sex a paramount role. On the other hand, one can have a good sex life and still be unhappy. Real love is not just physical, it is a 'SPIRITUAL COMMUNION' a meeting of minds.
Please remember !
Sex is much more than physical gratification. It is the basis for an intimate life-long companionship. Down through the ages, love and mutual respect have been shown to be the basis for close intimacy between the sexes.
The definition of intimacy is the sharing of feelings, not information. Couples who are not intimate will tend to talk of frivolous subjects like the weather, the latest TV shows or what to eat for dinner. They never make it a point to let each other know if they are really happy, unhappy, frightened, worried or any other such intimate feelings. They are also not interested to know how their partner really feels.
The married couple should make every effort to cultivate the timeless virtues of love, fidelity and decency. Real growth only comes through the development of these virtues. None can repeal the cosmic moral law of cause and effect, of the lasting unity of all human beings. The hope of personal growth and harmony in society lies in the recognition of this basic law, rather than.
Surrendering oneself to base and coarse animal instincts which only bring suffering to those whom we dearly love. Self respect, human dignity or humane qualities are eroding in modern society.
There is a saying that a marriage between a bad husband and a bad wife is like one vampire existing with another.
Marriage between a bad men and a good women is like a vampire, existing with an angel. Married life between a good man and a bad woman is like an angel living with a vampire. Married life between a good man and a good woman is like an angel living with another angel.
There is a joke about married life by saying;
"A good marriage would be between a blind wife and deaf husband."
Having a good marriage:
"Marriage resembles a pair of scissors joined together so that they cannot be separated. Often they move in opposite directions. But woe betide anyone who comes between them."
"The Chain of wedlock is so heavy that it takes two to carry it."
Happy married life:
"Some believe that marriages are made in heaven. But when marriages are badly handled, they could just as well have been made in hell."
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi,
Labis, Johore.
016-6020321/017-7161330.
17 MEI 2014.
Next Topic: 1. Bagaimana Hendak Mengatasi Cemburu".
2. "The Human Aura".
Wednesday, April 16, 2014
SEBELUM TIDUR HENDAKLAH TENTUKAN KEDUDUKAN 'HATI' KITA
Sebelum tidur hendaklah tentukan kedudukan 'HATI' kita. Adakah ia meletakkan dirinya sama ada sebagai 'PENCINTA DUNIA' atau 'PENCINTA ALLAH'.
Apabila seseorang bersiap untuk 'TIDUR', itu adalah sebahagian daripada 'MATI'. Meskipun bernafas dan jantung berdegup, tetapi tidak sedar apa yang berlaku di sekitarnya.
'TIDUR' dianggap sebahagian besar daripada 'MATI'. Bererti peluang hidup hanya sedikit peratusnya. Orang tidur itu jika dibuka kelopak matanya, dia tidak melihat, dicubit kulitnya pun ia tidak merasa sakit, dan sebagainya. Menyedari kedudukan dirinya menghadapi sebahagian daripada 'KEMATIAN', terjaga daripada 'TIDUR' adalah "mendapat semula sebahagian daripada 'HIDUPNYA'".
Justeru, sebelum 'TIDUR' hendaklah tentukan kedudukan 'HATINYA', adakah dia meletakkan dirinya sama ada sebagai 'PENCINTA DUNIA' atau 'PENCINTA ALLAH'.
Semua adab tingkah laku sebelum tidur, seperti; Bersugi, berwuduk, berdoa, membaca Ayatul Kursi, dan Tiga Qul, badan mengiring ke kanan menghadap Qiblat, semuanya itu bersandarkan CINTANYA kepada ALLAH dan RASUL-Nya. Adab tersebut memimpin manusia untuk menerokai sebahagian daripada 'KEMATIANNYA' semasa 'TIDUR'. Jika TUHAN rezekikan dengan dikembalikan sebahagian daripada 'USIAnya', mudah-mudahan mereka mengamalkan 'KEBAIKAN' untuk dirinya sendiri.
'ADAB TIDUR' sebenarnya bersederhana dalam menyediakan tempat tidur, selagi tidak terlalu 'bermewah' dengan tilam berharga ratusan ringgit, dan katil berukir mewah, hingga membazir dengan rezeki Tuhan. Apatah lagi untuk mempamerkan kemewahan dan kemampuan dalam berbelanja.
Rezeki kurniaan ALLAH sepatutnya digunakan untuk mencari keredaan-Nya.
Ada seseorang itu tidak tidur selagi tidak didatangi rasa mengantuk. Tidak wajar paksa diri untuk tidur, kecuali bertujuan untuk bangun di hujung malam, untuk memmbaca kitab atau menulis rencana.
Kita diberi nasihat, hendaklah kita tentukan 'HATI' kita agar dalam tempoh 24 jam sentiasa dalam keadaan 'SIAP SEDIA'. Kerana manusia dicipta untuk mencari 'KEREDAAN ALLAH SWT.'
Jika Insan yang hidup sementara mendapat kurnia Tuhan dengan kemewahan dan kekayaan - 'BUKAN MATLAMAT HIDUP SEBAGAI SEORANG ISLAM'. Sebaliknya sekadar jambatan menuju keredaan Allah SWT.
Sedikit tip. Ada amalan Rasulullah s.a.w sebelum tidur membaca 'TIGA QUL' iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah An-Nas. Setelah membaca surah 'tiga Qul' itu lalu beliau Rasulullah 'menghembus kepada dua tapak tangannya, kemudian disapu ke mukanya, diusap arah kepalanya sampai ke hujung kaki. Dengan niat untuk jaga tubuh badan dan sebagainya'.
Kalau kita membaca ayat Kursi, sama ada daripada "Wa ila hukum" atau "Allahu la ila ha illahu" sehingga "Hifdzuhuma wahuwal 'aliyyul 'adzim", ulang tiga kali dengan niat jaga tubuh serta keluarga dan rumahtangga, juga harta benda, daripada gangguan makhluk berbahaya, iaitu syaitan seteru manusia yang sebenar.
Allah SWT tidak merasa berat memelihara langit dan bumi, tentulah sangat mudah dan ringan menjaga diri manusia dan keluarga, serta harta kepunyaannya yang amat sedikit jika dibandingkan Kepunyaan Allah SWT.
Justeru, peliharalah mereka yang mohon pertolongan penjagaan Allah Yang Maha Tinggi, Maha Besar KekuasaanNya.
Rasulullah s.a.w juga bertaqdis, bertahmid dan bertakbir 33 kali sebelum tidur (Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akbar), seperti yang diajarkan kepada puteri kesayangannya Siti Fatimah. Ketika Fatimah r.anha mengemukakan permohonannya supaya diberikan hamba sahaya (orang gaji), untuk membantu tugasnya yang meletihkan.
Tetapi Nabi s.a.w tidak memperkenankan permintaan puterinya. Sebaliknya untuk menghilangkan penat dan keletihan, Nabi s.a.w memberi amalan seperti ayat di atas, dalam setiap pekerjaan. Setelah itu puteri Nabi s.a.w mengamalkannya dan puteri Nabi s.a.w tidak mengeluh dan berasa keletihan lagi.
From Empty Hands,
A. RAHMAN BIN MAHADI.
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
17 APRIL 2014.
Next Topic: 1. "Building A Successful Marriage"
2. "Bagaimana Hendak Mengatasi Cemburu"
Thursday, March 20, 2014
IT IS THE SOUL EXPERIENCE THAT MATTERS
All days are beautiful! It is not the days that matter but what goes on deep within you as each day passes. It is the soul experience that matters, and the soul should contemplate the glory of GOD at all times, regardless of the weather!
Man tends to live out his life like a cork floating in the sea, tossed about by the waves without the sense of direction. That is not the purpose of life.
"You do not expect to see a car travelling along the road without a driver at the wheel, or to see him asleep at the wheel."
But that is exactly what is happening in many of our lives.... No direction, no awakening, just the experiencing of events and the needless problems of everyday life.
Actually you are 'the driver' and you alone can pilot your way through life, choosing your own path. There are many paths but there is only one that will lead you back to GOD;.... "THE SPIRITUAL PATH".
However, you can find GOD along before you complete the journey, for GOD is always with you. You do not see Him because your eyes are clouded by illusion and you are looking elsewhere, drawn away by the materialism that you can see all around you.
You become attached to the material world and everything in it and your whole life revolves around it... The desires, the pleasures, the fascinations, the material rewards, anything which feeds or swells the ego, that are the things that your vision becomes clouded and the truth hidden from view or distorted. The thought of searching for the truth does not even occur to you and you remain at the lower levels of consciousness.
Then one day,something happens,perhaps a traumatic experience, and you begin to stir from the sleeping state. These are the first signs of an inner awakening; You begin to wonder what life is all about and why the path which you have been following has brought you so little satisfaction, and certainly no peace of mind or a lasting happiness. You start to look around and, eventually, you look within for that is where the solution lies to all your problems.... Heaven lies within, not in some distant part of the universe.
Ask your self how all this applies to you. Where are you now, and where are you going? Are you happy, and have you experience.... Absolute peace of mind? If not, you now have the opportunity to change your ways and take control of your driverless car. No longer will you be the victim of events, no will the world determine your future. What a bleak future that would be!
Your future is assured once you find your own true self, the real you, that lives deep in your heart. Be your real self from the morning till night and.... Walk hand in hand with GOD in all that you do, knowing that nothing can harm you, ultimate bliss is inevitable.
It is the only path, the divine path, and it is there in front of you now. Start the new journey hand in hand with GOD at this very moment and never turn back. The path ahead is glorious and will being peace of mind, something which has eluded you for so long. And the GOD will always be there to guide and protect you.
From Empty Hands,
A. RAHMAN BIN MAHADI.
Labis, Johore.
016-6020321/017-7161330.
20 MARCH 2014.
Next Topic: 1. "Sebelum Tidur Hendaklah Tentukan Kedudukan HATI Kita".
2. "Building A Successful Marriage".
Tuesday, February 18, 2014
'AIR MANI YANG PENUH RAHSIA'
Jika dilihat dengan mikroskop, terdapat berjuta-juta baka manusia. Laksana 'jentik-jentik' yang bergerak aktif. Berenang melalui falop mendekati dan bercantum dengan telur wanita... Itulah 'NUFTAH' atau 'AIR MANI'.
Pertemuan luar biasa di dalam rahim itu sebagai 'PERMULAAN KEJADIAN INSAN'. Jika ditakdirkan tiada izin Allah SWT, persenyawaan baka lelaki dan telur wanita itu menjadi makhluk, maka telur wanita itu akan bertukar menjadi... darah haid, yang menjadi kitaran bulanan, selagi tidak hamil.
Pertemuan baru dalam dunia Sains Perubatan, menyebabkan manusia semakin rapat dengan Allah SWT. Ahli Sains dan doktor berkaitan yang mempunyai asas ilmu agama, akan menggeleng-gelengkan kepalanya, kerana mengkagumi dan menyedari 'Kebijaksanaan Allah SWT Yang Maha Pencipta.
Sebaliknya jika para Saintis dan doktor tidak mempunyai asas agama, mereka akan merasa dirinya bagaikan 'TUHAN', kerana boleh buat apa saja yang luar biasa, melalui penemuan dan kepakarannya.
Bukankah kita ini, pembaca yang sedang membaca penulisan ini, termasuk saya selaku penulis, terjadi daripada 'AIR MANI' yang mengandungi baka yang terlalu 'seni'. Kemuudian daripadanya, terjadi pula pelbagai komponen anggota tubuh badan manusia.
Daripada 'AIR MANI' yang hina itu juga terbentuk sifat-sifat yang 'TERPUJI' (mahmudah) seperti berani, pemurah, simpati, kasih sayang kepada penderitaan seseorang.
Juga sifat sebaliknya, sifat-sifat tercela (mazmumah), seperti takabur, dusta, jahil, suka berbalah, cemburu, iri hati dengan orang lain, dan sebagainya.
Cuba renung, amati dan perhatikan, daripada AIR MANI juga akan lahir 'ANAK' yang menjelma, juga menyalin iras wajah ibu dan bapanya. malah berkemungkinan menyalin perangai ibu bapanya hingga ke peringkat datuk, keturunan yang ke tujuh (7).
Sayangnya kini ramai yang tidak sedar dan tidak tahu menikmati kesyukuran atas kejadian dirinya yang telah diciptakan oleh ALLAH SWT. Malah manusia kini menjadi 'penentang', sebagaimana firman Tuhan bermaksud:
"Dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakan dia daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata." (Surah Yassin, ayat 77).
Ingatlah! Jika manusia sedar bahawa dirinya dicipta daripada 'AIR MANI' yang hina, sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT, kerana dengan kuasaNya manusia boleh hidup di dunia ini. 'Boleh mengenali ALLAH SWT Maha Pencipta serta boleh menikmati dan mengecap nikmat kesegaran air dan aneka jenis makanan. Yang penting sekali ialah nikmat ILMU, IMAN, IHSAN, TAUHID dan MAKRIFAT.
"Sebab itu kita dituntut - "AWAL-AWAL AGAMA MENGENAL ALLAH".
Perlu diingat dan diketahui bahawa:
"Wujud dirinya manusia itu, bukan semata-mata disebabkan IBU dan BAPANYA".
"Lihat ADAM dan HAWA, tiada bapa, lihat ada ketikanya ibu yang mandul, seorang daripada orang tuanya mandul pun tidak memungkinkan dirinya wujud".
Lantaran Allah SWT takdirkan ibu bapanya subur, tidak mandul, dapatlah dirinya lahir ke dunia ini sebentar untuk menikmati segalanya. Maka kita selaku MANUSIA sepatutnya dan hendaklah :
"Memerhati keajaiban yang berlaku di sekeliling kita di muka bumi ini, hampir semuanya di muka bumi ini adalah 'AJAIB', 'MISTERI'. Dan ia termasuk KEJADIAN 'DIRI' kita sendiri yang sangat 'UNIK'".
Mari saya bawa anda pembaca merenung dan membuka sedikit 'HIJAB' untuk kita perhatikan dan merasainya.
Cuba perhatikan buah ciku, semasa putiknya, sungguh kelat, tiada siapa lalu untuk memakannya. Daripada putik yang kelat itu, setelah melalui proses seterusnya, setelah cukup tua dan ranum, akan bertukar menjadi sangat manis.
Fikir dan renungkanlah!... Ke mana perginya rasa kelat semasa buah ciku putik itu? Daripada mana pula rasa 'manis' yang mengganti 'kelat', setelah ia masak ranum?
Juga cuba perhatikan, mana ada sepohon pokok yang besar berada di dalam sebiji benih yang kecil? Tetapi di dalam sebiji benih yang kecil, terdapat sepohon pokok yang besar! kalau tidak percaya, tanamlah sebiji benih yang kecil, dijaga, dipupuk, dibaja, disiram,... ia akan muncul dan akan membesar, meninggi dengan megahnya, menyemai dan berkhidmat untuk manusia, kemudian lenyap.
Banyak lagi contoh yang boleh dihuraikan, semua ganjil, misteri, dan ajaib, penuh dengan 'KERAHSIAAN', jika kita seorang 'perenung' dan 'pemikir'.
Cuba bawa fikir ke dalam 'TUBUH' masing-masing pula, ia lebih 'MISTERI'.
"Manusia yang buta mata hatinya, hanya melihat kejadian yang wujud di depan mata, sepatutnya 'hati' dan 'fikiran' merenung perkara yang sebaliknya, iaitu 'PENCIPTA'nya iaitu 'ALLAH SWT'".
Insya-Allah! Hingga ke hari Kiamat, dalil tersebut amat penting kepada 'MANUSIA' untuk mengenali keajaibanNya.
Jika manusia hidup sekadar memenuhi kemahuan dan nalurinya, maka tidak akan bertemu 'hakikat sebenar'. Sebaliknya jika dia sedar bahawa 'tugas hidup' amat mustahak dan amat penting, ketika itu dia akan menggunakan 'pemikirannya' untuk 'bertemu dengan ALLAH SWT'.
Dalam Al-Quran, selain menceritakan kejadian alam serta hukum dan syariat, untuk jadi landasan hidup manusia, terdapat juga kisah Sejarah 'MANUSIA' baik-baik, juga Sejarah 'MANUSIA' yang sangat jahat, seperti 'FIR'AUN', 'HAMAN', 'QARUN', 'ABU LAHAB', 'ABU JAHAL', dan lain-lain.
Orang baik-baik, seperti Nabi-Nabi, Rasul-Rasul, Sahabat-Sahabat Nabi, Wali-Wali Allah, juga Siddiqin, iaitu golongan yang menerima dan membenarkan apa jua yang disabdakan oleh Nabi S.A.W, juga para Syuhada, golongan gugur di medan jihad, melawan 'musuh Allah'. Solihin pula adalah golongan yang meneruskan kerja dan perjuangan para Nabi a.s. Ada pun ehwal para Nabi dibangkitkan, lantas didustai oleh kaumnya, pernah diserang dan dipukul oleh penentangnya. Malah sebahagian mereka ada yang dibunuh. Kemudian didapati mereka ditolong oleh ALLAH SWT, dipanjangkan hayatnya.
Pembaca yang dikasihi!
Semua kisah Sejarah sejak berjuta tahun, dapatlah kita simpulkan bahawa segalanya dengan 'KUDRAT' dan 'IRADAT' ALLAH SWT. Soal 'BAIK dan JAHAT' (QADA' dan QADAR), adalah dari ALLAH SWT.
Ertinya:
"Tiada kawan yang setia dan tiada musuh yang abadi." KECUALI yang 'BERKAWAN dengan ALLAH', akan dianugerah!... 'Kasih Sayang' dan satu-satunya 'KAWAN' yang 'KEKAL LAGI ABADI'.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi.
Labis, Johore.
016-602 0321/017-716 1330
18 February 2014
Next Topic: 1. "It Is The Soul Experience That Matters".
2. "Sebelum Tidur Tentukan Kedudukan HATI Kita".
Thursday, January 16, 2014
GOOD AND EVIL AS TWO FRUITS
Regard good and evil as two fruits from two branches of single tree.
One of the two branches bears sweet fruits and the other bitter. "You must therefore leave the cities and provinces and regions of the earth which import the fruit gathered from this tree."
"Keep your distance from them and their inhabitants,... and approach the tree itself."
Become its steward and resident servant, and make yourself familiar with the two branches, the two fruits and the two sides.
Stick to the side of the branch bearing sweet fruit, then you will always get your food and nourishment from it.
Avoid and going over to the side of the other branch, lest you eat some of its fruit and perish from its bitterness.
If you make this your regular habit, you will live in tranquility, security, comfort and safety from all injuries, because injuries and all kinds of calamities are caused by this fruit.
If you move away from this tree, however, and go wandering far and wide, and then some of these fruits turn up in front of you, mixed together with nothing to distinguish the sweet from the bitter, and you take your pick, your hand may settle on the bitter sort. Then you put it to your mouth, take a bite out of it and chew it, and so the bitterness gets deep into your throat and inside your gullet, into your brain and your nasal passages, affecting you as it flows into your veins and the organs of your body until you die of it. You may spit the remainder out of your mouth and rinse away the traces, but to no avail. This cannot get rid of what has already spread throughout your body, so it will do you no good.
Even if you start by eating some sweet fruit, and its sweetness spreads through all parts of your body to your benefit and delight, will not satisfied with this. You are bound to take another fruit and you cannot be sure that this second one will not be bitter, with the consequences we have just been telling you about.
There is no good, therefore, in being far from the tree and ignorant of its fruit. Safety lies in getting close to it and staying there. Good and evil result from the working of (Lord) Allah (Almighty and Glorious is He).
It is Allah who fashions them both and directs their course.
As Allah (Great and Glorious is He) has said:
"Allah has created you and your handiwork." Quran (37:96)
According to the Prophet (Allah bless him and give him peace).
"Allah has created the butcher and the beast he slaughters."
Remember!
The actions of His servants are created by Allah, and also what they earn. He says (Exalted is He).
"Enter Paradise because of what you used to do." Quran (16:32)
Glory be to Him, how Generous and Merciful is He!
He ascribes the work to them, and says they are entitled to enter Paradise because of their deeds, although their success is due to His help and His mercy toward them in this world and the hereafter.
Glory be to Him.
How Generous and Merciful is He! He ascribes the work to them, and says they are entitled to enter Paradise because of their deeds, although their success is... due to His help and His mercy toward them in this world and the hereafter.
The Prophet said:
"No one enters Paradise on the strength of his own deeds."
Someone asked:
"Not even you, O Messenger of Allah?"
He replied:
"Not even I, unless Allah covers me with His mercy." Placing his hand on his head as he spoke. This is related in a tradition of A'isha (may Allah be well pleased with her).
When you are obedient to Allah, carrying out His order, observing His prohibitions and submitting to Him in what He has ordained, He protects you from His evil and bestows His goodness upon you. He protects you from every kind of evil, religious and worldly.
As for the worldly side, there is His saying:
"So it was, that We might ward off him evil and lewdness; he was one of Our devoted servants.": Quran (12:24)
On the religious side, we have His saying:
"What concern has Allah for your punishment if you are thankful and believe? Allah is All. Thankful. All-Knowing."
Quran (4:147).
How should tribulation afflict a grateful believer, when he is so closer to well-being then to such affliction, because he is so thankful? Allah, Almighty has said:
"If you are thankful, I will give you more." Quran (14:7).
Your faith will extinguish the flames of hell fire in the hereafter, the fire that is the punishment of every sinner, so how can it fail to quench the fire of misfortunes in this world, O my God, unless the servant be one of ecstatics chosen for saintship, for special selection and preference?
In that case trials are absolutely necessary, as the means by which he is purified of the filth of passion, unworthy natural tendencies, addiction to the desires and pleasures of the lower self, confidence in creatures, liking to be near them, relying on them, feeling secure with them and enjoying their company.
He must be tested until all of this melts away, until the heart is cleansed by the departure of it all, so that nothing remains but affirmation of the Oneness of the Lord (tawhidu'-rabbi), intimate knowledge of him - and the channels of the Unseen, with all kinds of secrets, lore and the light of nearness.
For it is a house with no room for two.
He says:
"Allah has not assigned to any man two hearts within his body." Quran (33-4).
He also says:
"King, when they enter a township, ruin it and make the noblest of its people the lowest." Quran (27-34).
The evict the nobles from their good positions and their comfortable way of life. Sovereignty over the heart belonged at first to Satan, to the passions at their command, committing various sins and vanities and hoaxes.
But now that sovereignty has passed away, and the limbs and the organs are at rest.
"The house of King, which is the heart, has been vacated, while the courtyard, which is the breast, has been swept clean. The heart has now become a dwelling for the affirmation of Oneness, insight and knowledge. As for the courtyard, it is the landing ground for receiving and wonders from the Unseen."
"All this is the result and fruit of trial and tribulation."
The prophet (Allah bless him and give him peace) has said:
"We, the company of prophets, are the people most severly tried, followed by others according to their levels of perfection."
He also said:
"I am the one amongst you who knows Allah best and who fears Him most."
Whoever gets close to the King in grave peril and must be very wary, for he is in the King's view, where his conduct and movements are unconcealed.
Perhap you will say:
"The entire creation in the sight of Allah (Almighty and Glorious is He) is like a single person, with nothing hidden from Him, so what is the point of this statement?"
Well, we respond to you by saying; "When a person hold a high position and his rank is noble, his risk is all the greater, since he is obliged to show gratitude for what He has bestowed upon him, in the shape of enormous blessing and favors."
The slightest negligence in serving Him in a dereliction of gratitude to Him, and that is a shortcoming in one's obedience, Allah, Almighty has said:
"O wives of the prophet! Whosoever among, you commits a flagrant indecency, the punishment for her will be doubled."
Quran (33:30)
He told them that because He had blessed them so completely through their union with the prophet.
So how must it be for one who attains to contact with Allah (God) and nearness to Him? Allah is Exalted far above and beyond all comparison with His creation:
"There is nothing like unto Him, and He is the All-Hearing, the All-Seeing."
Quran (42:11)
Allah is the Guide!
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi.
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
17 JANUARY 2014.
Next Topic: 1. "Air Mani Yang Penuh Rahsia"
2. "It Is The Soul Experience That Matters"
Subscribe to:
Posts (Atom)