Sunday, October 5, 2014
APA ITU KELAHIRAN DAN KEMATIAN
Yang pasti adalah 'KEMATIAN' selepas 'KELAHIRAN'.
Semua di dunia ini takut akan mati. Tetapi 'TIDAK' bagi yang 'TAHU TUJUAN KELAHIRANNYA, dan 'TAHU APA YANG TERKANDUNG DI DALAM SETIAP KELAHIRAN', yang kerap sahaja diulang-ulang sehingga kini. Bagi yang tahu 'RAHSIA' kelahiran hidupnya pasti membawa 'KECEMERLANGAN dan KETENANGAN'.
Sebaik seseorang itu dilahirkan ke dunia ini, ia tidak ubah seperti sebutir 'PELURU'yang mesti menepati sasarannya...
Iaitu 'KEMATIAN'.
Semua orang tidak boleh tidak, pasti akan menghadapinya. Ia merupakan fenomena biasa sebenarnya. Lagi cepat seseorang itu faham, dan dapat menerimanya, adalah lagi baik. Kerana memampukan kita untuk menjuruskan kelahiran penghidupan kita itu untuk tujuan kebaikan sejagat.
Relitinya atau sebenarnya kita tidaklah terganggu sangat dalam soal 'KEMATIAN'. Cuma kita selalu diasak dan menerima maklumat yang 'SALAH' dan daripada orang-orang yang 'TAKUT'. Kematian itu bukanlah seburuk mana, seperti yang pernah digambarkan oleh sesetengah pihak yang hidupnya 'kaku', 'mati sebelum dimatikan'. Maka fahaman begitulah yang menguasai 'akal fikiran' banyak orang.
Semua makhluk sama ada manusia, tidak kira apa jantinanya, bangsanya, bahasanya, anutannya, pegangannya, 'SATU IKATAN PERJANJIAN TERHADAP KEMATIAN, SUDAH TERMETRAI SEJAK LAMA.'
Dalam maksud lain; 'Tiada alternatif atau jalan keluar untuk mengelak MATI'.
"KEMATIAN adalah suatu proses yang sedang berlangsung secara berterusan di dalam dunia ini."
Tiada siapa yang berani berhadapan muka ke muka di saat 'kematian'. Justeru tiada siapa boleh bebas dari 'ketakutan' di dunia ini 'kecuali dia seorang yang benar-benar bebas dari ketakutan kematian'.
Ambil ingatan ini!...
"Jika kita takut akan KEMATIAN adalah sama seperti kita tidak mahu membuang BAJU USANG yang telah kita pakai selama ini".
Adalah amat sukar bagi kita semua untuk menerima kehilangan seseorang yang kita KASIHI, yang telah bersama kita buat sekian lama.
Halusi Cerita ringkas ini :
Seorang ibu kematian seorang anak, hidupnya terlalu murung dan berdukacita setiap hari. Lalu dia pergi mendapatkan seorang wali Allah untuk mendapatkan nasihat bagaimana hendak menghilangkan ingatan dan kemurungannya setiap hari. Orang tua itu (wali Allah) pun memberitahu kepada Si ibu itu, sambil katanya;
"Sukakah engkau mempunyai bilangan anak dan cucu yang ramai seperti yang engkau lihat di kampung ini atau di mana-mana?"
Jawab Si ibu tersebut; "Ya, Tok, pastinya saya mahu!"
"Tetapi berapa ramaikah yang engkau tahu setiap hari ada saja kanak-kanak mati?"
"Ramai Tok, di kampung ini atau di mana pun ramai kanak-kanak mati, ada sahaja Tok."
Oleh itu wahai ibu; "Kalau begitu adakah akan engkau tangisi, sehari-hari jika beratus-ratus orang mati setiap hari?"
Ingatlah kata orang tua itu; "Mereka yang tidak bergantung selain Allah, adalah mereka yang hidupnya tidak ada dukacita atau kemurungan."
Ingatlah Sudara Pembaca!
Bila kita bergantung atau mengukuhkan pergantungan kita kepada selain ALLAH, maka bersiap sedialah untuk menempuh atau menempah kesugulan dan kemurungan apabila kita dipisah atau diceraikan dengan anak, isteri, atau sebagainya.
Untuk pengetahuan, orang-orang yang stres atau mentalnya tertekan adalah mereka yang enggan berhadapan dengan fakta atau kenyataan sebagai suatu realiti dalam penghidupannya.
Seseorang yang stres atau tertekan, jika tidak diatasi, akibatnya akan membuat fizikalnya bertambah parah. Pastinya semua orang tahu, kerisauan, dukacita atau penyakit yang sedang dihidapi akan mengakibatkan seseorang bertambah parah.
"Kita tidak boleh pilih hari atau waktu yang sesuai untuk mati. Tetapi kita boleh berhadapan dengan penyakit dan kematian yang sedang kita hidapi tanpa takut."
Ramai orang takut kepada mayat, atau tubuh badan yang sudah mati. Hakikatnya, orang yang hiduplah lebih merbahaya daripada tubuh badan yang sudah mati. Tubuh badan orang yang sudah mati tidak boleh buat apa-apa terhadap orang yang hidup. Malah orang yang masih hiduplah boleh melakukan apa saja termasuk membunuh.
Justeru, bukankah bodohnya kita takut terhadap orang yang sudah mati.
Apakah 'KELAHIRAN' dan 'KEMATIAN'?
Jangan takut kepada 'kematian'. Kita tidak perlu takut kepada 'kematian'. "Kelahiran dan kematian adalah umpama seutas benang yang mempunyai DUA penghujung, hujung dan pangkal yang sama, iaitu dari benang yang sama.
Justeru, rahsia KELAHIRAN dan KEMATIAN adalah mudah. Ianya SUATU PROSES PENGHIDUPAN di mana setiap individu mesti menyedari peranan 'kematian' adalah matlamat terhadap sesiapa sahaja, sama ada dia seorang raja, kaya, atau miskin, kuat atau lemah, tempat rehat terakhir kita adalah di dalam keranda.
Semua manusia akan berhadapan dan berkongsi nasib yang sama. Oleh kerana JAHIL akan hakikat kehidupan ini, maka kita sering meratap, menangis, ada kalanya kita senyum, kemudian meratap lagi.017-71
Sebaik kita menyedari akan hakikat kehidupan ini, maka nanti barulah boleh kita berhadapan dengan komponen-komponen kebendaan yang bersifat sementara dengan segala syarat keduniaan itu dengan tidak terbelenggu dan bebas lepas dari penggantungannya.
Jika tidak, kita akan dihantui kematian, terbelenggu, takut meninggalkan dunia ini, kerana harta kekayaan, anak bini, dan sebagainya. Oleh itu jika kita rasa tidak tertahan dan rasa takut mati, maka hendaklah kita berusaha 'melenyapkan rasa takut mati' dengan melepaskan seluruh komponen kebendaan yang bersifat sementara itu, bukanlah hak kita.
Maka barulah sempurna kelahiran kita itu, dan 'mati akal' adalah merupakan suatu 'kematian' yang sangat tenang.
From Empty Hands,
A. RAHMAN BIN MAHADI
Labis, Johore.
016-602 0321 / 017-716 1330.
05 Oktober 2014.
Next Topics: 1. "WAR - And How To Stop War".
2. "Perbezaan Antara Mimpi dan Realiti".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment