'Alam' (nature) umpama 'IBU'. Prinsipnya seperti 'keperempuanan'. Ia lebih menarik daripada seorang perempuan cantik, kerana perempuan sendiri tertarik terhadapnya 'alam'.
'Alam' merupakan "guru yang agung". Jika kita enggan mempelajari sesuatu daripadanya secara beradab dan baik, ia akan menghukum kita dengan
"menampar ke telinga kita dan menghantuk kepala kita".
Kita lihat alam, kita katakan ianya "Dunia Kebendaan". Dalam kepelbagaiannya pada setiap benda di dalamnya terdapat "keunikannya yang tersendiri".
Lihatlah "Kecantikan dan Keagongan Tuhan" melalui alam.
Untuk melihat kecantikan pandangan alam di sekeliling kita, janganlah dilihat dengan "mata kasar" atau "mata kebendaan"... Lihatlah ia melalui "mata dalaman" atau "mata hati". "Kerja-kerja seni oleh Tuhan, selaku pelukis seni alam, sehingga menakjubkan semua orang tentang pelukisnya".
Pendidikan yang diperolehi oleh semua manusia adalah melalui alam, dengan menganalisis dan mengkajinya secara mendalam. Sebab itu dikatakan alam umpama 'IBU'.
Tidakkah; "Di ribaan seorang Ibulah, Si anak itu nmempelajari seni penghidupan?"
Serupa juga 'alam' mengajar, mendidik, mengasuh manusia, bagaimana hendak maju dan berjaya, dengan bekerja keras untuk mencapai "ketenangan dan kesejahteraan" untuk semua.
"Berilah kebahagiaan, kesejahteraan, kasih sayang dan ketenangan kepada semua orang di muka bumi ini."
"Berkelakuan baiklah terhadap 'alam', melalui; pemikiran, kata-kata, dan perbuatan."
Alam adalah "Lukisan Ciptaan Tuhan", yang terbentang luas di hadapan "Galeri Tuhan", agar kita menyedari "Keagongan dan KebesaranNya".
Dunia yang sedang dihuni, "akan terhenti pada suatu hari nanti". Walaupun tiada siapa yang boleh meramal; "Bilakah dunia ini terjadi?" Tetapi ia mempunyai "asas realiti". Walaupun dunia ini 'maya' (illusi), tetapi di sebaliknya "ada kebenaran yang Hak", yang merentasinya, "yang tidak kelihatan dengan mata kasar", seperti;
"Seutas benang yang merentasi sekalung bunga, yang kelihatan hanyalah bunga-bunganya yang menjadi pujian dan pujaan ramai".
"PROSES PERUBAHAN TERHADAP MANUSIA"
Perubahan seseorang manusia adalah berasaskan "perubahan akal fikiran". Apabila proses perubahan akal fikiran berlaku, negara akan turut berubah, apabila negara berubah, dunia juga akan turut berubah, maka "perubahan mental perlu berlaku" pada setiap peringkat individu.
"Akal fikiran manusia semuanya, perlulah diselubungi dengan kasih sayang".
"Akal fikiran" manusia adalah suatu 'entiti' yang sangat menakjubkan. Apabila ia dipenuhi dengan "kasih sayang dan kebijaksanaan"... ia akan membuat seseorang itu "sangat suci dan baik". Jika ia berkeadaan
'jahil', natijahnya; "hanya akan menjadikan seseorang itu agen kehancuran dan kemusnahan". Sudah diperkatakan sejak lama:
"Akal fikiran itulah yang akan membuat seseorang itu menjadi hamba atau memperolehi kemerdekaan daripadanya".
Apa-apa jua perubahan yang ingin kita lakukan, sama ada dalam lapangan pendidikan atau apa jua, "akal fikiran" itulah "yang perlu diubah" terlebih dahulu.
"Tidak acuh atau tidak peduli, berkawan dengan orang-orang yang buruk kelakuan, tidak menghormati orang, angkuh, sombong, benci-membenci, dan cemburu".
Kesemuanya yang di atas itulah sifat-sifat yang "merendahkan martabat manusia", turun ke paras 'kebinatangan'. Untuk menghindarkan semua sifat-sifat jahat itu, adalah perlu bagi seseorang merenung dan memikir-mikir tentang... "MOTIVASI ALAM", yang mana banyak terdapat perkara-perkara baik yang boleh dijadikan iktibar dan pelajaran dari burung-burung dan lain-lain binatang seperti cacing, dan lain-lain serangga.
Seekor binatang biasanya dipandang hina dan keji, adalah 'keldai'. Tetapi terdapat beberapa kebaikan yang boleh dipelajari oleh manusia pada keldai tersebut.
"Nilai kesabaran yang terdapat pada 'seekor keldai', tidak terdapat pun pada seorang manusia. Apa jua beban yang dilonggokkan di atas belakangnya, dipikulnya dengan kesabaran. Ia juga sabar disebat punggungnya dengan tidak menghiraukan kesakitan. Walaupun ia dalam keadaan lapar dan kehausan, air mukanya tetap tenang. Justeru, manusia perlu belajar nilai-nilai kesabaran dari seekor keldai".
'Semut' pula sejenis serangga yang amat halus, banyak perkara yang boleh dipelajari darinya. Seekor semut mempunyai "kemampuan menjangka dan bersiap sedia". Dengan pengetahuan menjangka akan tibanya musim hujan, maka semut-semut tersebut sudah mula mengumpul makanan "tiga bulan" lebih awal.
'Labah-labah' pula, apa yang boleh kita pelajari darinya ialah; "sifat iltizam dan kesungguhan". Tidak kira berapa kali sekalipun sarangnya koyak atau musnah, ia tetap juga akan meneruskan membuat semula dengan tidak pernah berasa bosan atau jemu.
'Anjing' pula, selalu disifatkan sebagai binatang yang terabai dan tidak dipedulikan. Tetapi "sifat taat dan patuhnya", tidak terdapat pada binatang-binatang lain. Jika ia diberi sedikit makanan oleh seseorang, orang itu akan dihormatinya, iaitu dengan menggoyang-goyangkan ekornya dengan penuh kasih sayang. Sifat begitulah yang sukar diperolehi pada manusia sekarang ini. Malah dianggapnya seperti "melepaskan anjing tersepit". Adakah "pelajaran tinggi melangit membawa apa-apa makna?"
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
08 OKTOBER 2010
Next Topic: 1. "Contrast Between Scientists And Creator And Scientists Upset The Balance In Nature"
2. "Kesan Dan Akibah"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment