Tuesday, November 9, 2010

MALAPETAKA ALAM DAN MANUSIA

"MANUSIAlah suatu ciptaan yang sangat 'MULIA' di sisi TUHAN". Suatu ciptaan yang sangat 'unik' di antara semua makhluk di universe ini.

"MAHKOTA BAGI SEGALA CIPTAAN"

"MANUSIA ertinya seseorang yang dikurniakan 'AKAL' boleh berfikir".

Dunia ini memang diciptakan untuk manusia. Dari perspektif itulah manusia itu boleh memperolehi apa jua yang diingini, kerana dialah sejenis makhluk yang 'TERPILIH' dan apa jua kewujudan di universe ini adalah semata-mata untuk kegunaan, kemudahan, keperluan, permainan untuk kesukaan manusia.

Dengan istilah atau definisi 'MANUSIA' itulah maka ia bertanggungjawab secara terus terhadap segala... "kegilaan, kerakusan, pencerobohan, kemusnahan dan pencabulan alam sekitarnya, tanpa memikir dan menimbang 'HAK' makhluk lain yang bersama-sama berkongsi dan menghuni universe ini".

Sebagai contoh:

Telah berlaku perkara-perkara tragik yang tidak diingini di mana banyak spesis binatang-binatang telah lenyap dan pupus, dibunuh tanpa sebab, tanpa belas kasihan, semata-mata kerana keseronokan atau tujuan perniagaan dan perdagangan.

Tidak cukup dengan bahan-bahan tumbuhan yang boleh dijadikan pakaian seperti kapas, dan lain-lain, untuk tujuan menutup aurat atau tubuh badannya; Maka "kulit binatang" yang tidak berdosa, menjadi "mangsa kerakusan" manusia.

Definisi 'manusia' sebenarnya berbeza dengan binatang. Ertinya manusia "bukan binatang", kerana hanya manusia saja mampu mengembangkan 'akal'nya dengan segala 'kebijaksanaannya'. Ertinya ia mampu mengukuhkan "kuasa perbandingannya dengan jitu dan kuat".

"Maka Manusia Itulah Yang Dimaksudkan Yang Mempunyai Akal Untuk Berfikir".

Maka tujuan 'Agama' itulah membuatkan seseorang itu boleh dibantu dan ditolong agar ia lebih 'rasional' "agar bertimbang rasa dan berperikemanusiaan".


Dengan pertimbangan begitulah manusia boleh mengangkat diri "tinggi sedarjat" untuk memahami perhubungannya dengan alam dan yang berkongsi dengannya, agar dapat hidup secara 'harmonis'. Agar masing-masing dapat mencapai matlamat dan memahami: "Kenapakah 'universe' ini dicipta dengan begitu indah dan menarik untuk dihuni buat sementara?"

"Kemudian kita pejamkan mata kita masing-masing buat selama-lamanya dengan penuh senyum dan kepuasan".

"Apakah tujuan manusia dicipta?"
"Apakah tujuan penempatannya di dunia ini?"
"Apakah ia diperlukan di dunia ini buat selama-lamanya?"

Adakah tujuannya ke dunia ini semata-mata untuk makan dan minum sebagai asas penghidupannya sahaja?

Rumah untuk berlindung dari hujan dan panas semata-mata?
Atau... Hanya untuk mengembangbiakkan baka dari generasi ke generasi.

Tidakkah ia hendak mengetahui akan "hakikat dirinya"?
Tidakkah kita hendak melihat atau tidakkah kita memikir dan hendak memikir?

Contoh:

"Terdapatkah sepohon pokok yang besar di dalam sebiji benih yang kecil?... Mustahil!"
"Tetapi di dalam sebiji benih yang kecil terdapat sepohon pokok yang besar!..."
"Kalau tidak percaya, cubalah tanam, semai, pupuk, baja dan siram!..."
"Butakah kita semua?"

Di dalam sejarah penghidupan manusia di muka bumi ini, ramai yang menyangka sistem pemikiran manusia sudah berkembang! Sebenarnya tidak!

Hanya dengan 'beragama' sahaja akal fikiran akan mengembang secara rasional, kemas, teratur dan penuh sopan serta pertimbangan.

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Untuk menjawab segala soalan, lazimnya kita manusialah yang patut bertanya pada diri sendiri kerana kita semua dikurniakan "akal fikiran".

Justeru, kita manusia sepatutnya meningkatkan kesedaran. Tidakkah kita melihat dengan "penaklukan dan penguasaan Sains dan Teknologi" bagaikan dapat sanjungan dan tepukan gemuruh di seluruh pelusuk dunia, tetapi "natijah keburukannya lebih banyak dari kebaikannya". Adalah sangat cemas dan mendukacitakan manusia dan alam demi masa depan generasi akan datang.... "Suatu petanda malapetaka yang disediakan dan menanti generasi kita akan datang".

Mari kita sama-sama meningkatkan kesedaran, bagi yang sudah menyedari betapa 'kehancuran' dan 'kemusnahan' besar - menanti kita semua, atas nama 'kemajuan' Sains dan Teknologi.

Tahukah kita? "sehingga sekarang 'alam' telah banyak bersabar" dan terus saja mengharap agar 'manusia' dapat memikir... bahawa "alam ini adalah dicipta untuk manusia!"

Adakah ianya hendak dibuat sesuka hati, diteroka, diperkosa, dan dimusnahkan, untuk memuaskan "keinginan yang tidak akan pernah memuaskan segala kegelojohan manusia, dengan segala ketamakan dan kebuasannya?"

"Sedarkah kita, Semua indikasi atau petanda "sebagai ingatan" kepada semua manusia bahawa masa depan manusia selaku penghuni alam, tidak akan dapat hidup selesa dan aman?" Kerana masa untuk kehancuran dan kemusnahan sudah menghampiri kita semua, sebagai "tindakbalas alam terhadap perlakuan manusia".

Untuk memahami kenapa kita ditempatkan dan dipilih sebagai 'MANUSIA', di universe ini, saya ingin mengenengahkan pandangan saya terhadap alam ini, untuk kita kongsikan bersama, bahawa "alam ini mesti dilihat dan mesti difahami sebagai suatu 'ALAM' yang mempunyai ruang yang luas".

Dan seluruh universe itu boleh dikategorikan kepada 'TIGA' kumpulan:

- "Alam yang dihuni oleh seluruh kehidupan".
- "Alam dan pelbagai elemen".
- "Seluruh ruang".

Maka kita boleh melihat "manusia adalah makhluk yang paling istimewa" itu kewujudannya dibentuk begitu rupa untuk menikmati seluruh keindahan di dalam "galeri ciptaan Tuhan", yang bergelar 'DUNIA'.

"Manusia bukan saja kelihatan kerdil, malah tenaga serta hayatnya juga sangat pendek".

"Manusia bukan saja 'manusia' di alam ini, malah ia juga sejenis makhluk yang dikurniakan 'AKAL' dan 'kebijaksanaan' di universe ini".

Dari segi biologinya, manusia adalah sejenis makhluk yang lemah, kalau dibandingkan dengan lain-lain makhluk kecil atau besar.

"Lain-lain makhluk di alam in seperti binatang, dilahirkan dan dibekalkan sekali bersamanya sejenis senjata khusus melindung dan mempertahankan diri untuk keselamatan dirinya. Contoh; kalau ular dengan siongnya, harimau dan kucing dengan taringnya, ikan dengan sengatnya dan lain-lain".

Manusia tidak dibekalkan dengan senjata fizikal, tetapi "ketajaman AKALnya" lebih tajam dari segala senjata. Manusia adalah 'AKAL'nya. Ianya adalah "lebih tajam dari segala yang tajam". Tetapi "penyalahgunaan 'akal'nya untuk membuat senjata pemusnah, telah menyalahertikan dirinya sebagai MANUSIA".

Tujuan dicipta "manusia dengan AKAL, sebenarnya adalah untuk KEROHANIAN dan KESEJAHTERAAN sejagat", BUKAN untuk disalahguna dan menjadi 'pemusnah' terhadap "alam dan segala isinya".

Sebab itulah manusia di suruh 'beragama', diturunkan 'RASUL' dan 'NABI' sebagai "rahmat bagi sekalian alam".

Ingatlah saudaraku yang budiman:

Semua kehidupan di planet dunia ini berkongsi "kuasa penghidupan" dan bergongsi 'ketenagaan' yang saling bergantung antara satu sama lain.

D dunia ini, kita semua berkongsi 'gunatenaga' yang tidak kita sedari, yang membentuk pelbagai rupa tenaga yang tidak berkesudahan.

Sumber tenaga yang selalu disalahgunakan oleh manusia adalah seperti; tamak haloba, kebencian, iri hati, cemburu, hasad dengki, ilusi dan kepalsuan.

Ingat!
"Setiap sesuatu bergantung kepada setiap sesuatu atau saling memerlukan untuk terus hidup".

Setiap orang tidak boleh melihat "dirinya shajalah yang lebih, yang kuat, yang tahu", kerana tubuh badan masinga-masing memerlukan makanan atau antara kata lain, "tubuh badan itu perlu bergantung kepada pemakanan". Dalam ertikata lain, ia bergantung kepada pemakanan seperti; tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, segala bahan-bahan mentah yang boleh dimakan.

Justeru, "dari manakah kekuatan tenaga seseorang" itu diperolehi? Kalau tidak daripada pemakanannya, seperti air dan oksigen atau sebagainya, untuk 'kewujudannya'.

Dalam masa yang sama, "AKAL FIKIRAN" kita juga wujud bergantung kepada pemakanan, kerana kewujudan 'akal' juga bergantung kepada "data deria", di mana ia diperolehi dari dunia luar terhadap sesuatu benda dan juga daripada seseorang.

Saudaraku pembaca yang dikasihi!

Seluruh dunia ini mesti dilihat sebagai suatu jaringan yang sangat besar dan hebat, jika salah satu saja di antara jaringan tersebut tersentuh dan bergoyang, maka seluruh jaringan tersebut akan 'bergoyang' dan 'bergetar'.

Kita manusia sebenarnya "terhutang budi, kesetiaan dan kewajipan kepada 'dunia' atau 'alam'" selaku penghuni, kerana tubuh badan dan 'akal'nya bergantung sepenuhnya kepada 'alam' yang banyak berbudi dan berjasa kepadanya sejak turun temurun.

Oleh itu sikap dan kelakuan kita terhadap 'alam', "janganlah angkuh dan sombong". Kita manusia sepatutnya "merendah diri, tunduk syukur dan berterima kasih". Dunia ini bukan hanya dicipta untuk kita manusia sahaja, dan tidak semestinya dunia ini mesti tunduk kepada kita manusia.

'Alam' tidak memihak kepada sesiapa, sama ada ia beragama atau tidak, sama ada kita Islam, Kristian, atau Hindu. Alam juga tidak mengenal sama ada kita seorang yang zalim atau baik hati, alam hanya bersikap 'natural'.

Justeru, janganlah kita rakus dan mengaut segala-galanya dari dunia itu untuk kepentingan kita sendiri. Kawal dan hormatlah terhadap alam dan segala penghidupan selaku "teman penghidupan" yang dihuni bersama sejak lama.

Kita perlu menghormati lain-lain penghidupan sebagai tetamu yang perlu dihormati, bukannya:

"Seperti kita bermain daun terup, yang menang mengaut semuanya".

Di dalam dunia, ada 'TIGA' bentuk kelahiran:

1. Penghidupan yang lahir melalui haba:
2. Yang lahir melalui telur dan rahim:
3. Kelahiran secara spontan dalam lapangan kewujudan yang tidak kesampaian 'akal' untuk memahaminya.

Ingatlah!

Kita manusia di dunia ini "terlampau kerdil" dan "tidak pernah kekal", walaupun kita seorang "ahli falsafah, tokoh agama, Sains, pakar jiwa, seni, arkitek, sasterawan, politik dan sebagainya".

Oleh itu, jangan besar kepala, angkuh dan sombong. Ambil tahu asal usul kita yang sebenar serta tahu membezakan mana yang 'HAK' dan mana yang 'BATIL'.

"SELAMAT MERENUNG!!!"


From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore

10 NOVEMBER 2010

Next Topic: 1. " Businessmen Are Responsible For To-day's Corruption. So Combine Moral With Business"

2. "Masalah Pembuangan Anak Atau Ibu Yang Tidak Pernah Berkahwin"

3 comments:

  1. Ayah! bagaimana pula kita hendak menjaga perhubungan kita dengan seluruh "Alam"?

    "Sampah DiLautan PG"

    ReplyDelete
  2. "Sampah Di Lautan" yang dikasihi!

    Baca seluruh Al-Quran dengan penuh pengertian, penghayatan dan amalan. Kemudian, simpulkan di dalam surah 'Al-Fatihah', ayat '1':
    "Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pentadbir Alam".

    Jadi saja 'PENYAKSI', katakan: "Segala Puji Bagi Allah". Jangan komen apa-apa, kerana seluruh alam ini adalah 'galeri' tempat Tuhan mempamerkan seluruh KeindahanNya, KeagonganNya dan KesempurnaanNya.

    "Selamat Mengamal!"

    From Empty Hands,
    A. Rahman bin Mahadi
    016-6020321

    ReplyDelete
  3. apa itu marah?
    apabila kita marah adakah akl menguasai kita?
    bagaimana cara nak menjinakkan marah?



    "black water"

    ReplyDelete