Di penulisan ini saya cuma hendak berbicara atau mengenengahkan perkara nombor Satu dan nombor Dua sahaja iaitu:
1. "Akal Separuh Sedar" (The Subconscious Mind)
2. "Akal Sedar" (Conscious Mind)
Di muka bumi ini 'AKAL'lah "kuasa terhebat". Sesiapa yang pandai mengawal 'akalnya', merekalah yang menguasai 'kuasa' tersebut. Mereka seumpama ini mampu menundukkan semua 'akal' di bawah pengaruhnya.
Yang dikatakan "AKAL SEPARUH SEDAR" juga dikenali sebagai "AKAL YANG BERSIFAT NALURI", atau "AKAL SPONTAN" (Automatik).
Untuk pengetahuan fungsi "perkembangan akal", berfungsi mengikut fasa dan peringkat perkembangannya, bergantung juga kepada tubuh badan masing-masing dan cara ia beroperasi.
Ia bermula dari "Separuh Sedar" kepada "Kesedaran Yang Mudah". Perlahan-lahan ia berkembang kepada "Kesedaran Diri", sehingga mencapai tahap "KESEDARAN SECARA UNIVERSAL atau SEJAGAT".
Di alam semulajadi di peringkat paling rendah seperti "tumbuh-tumbuhan atau binatang-binatang", ia mengunakan "Akal Spontan" (Automatik) atau "Bersifat Naluri". Manusia seperti kita juga memilikinya, dan ia sangat membantu dalam "perkembangan hidupnya". "Tetapi 'Akal' manusia fungsinya lebih dari tahap tumbuhan-tumbuhan dan segala binatang".
Sekali imbas, kita menyangka "akal manusia" itulah yang banyak membuat kerja. Sedangkan ia cuma "kesedaran yang tidak seberapa" yang terpancar di 'akal' itu.
Jika kita menyingkap lebih mendalam dan lebih meluas lagi bahawa 'akal manusia' itu mempunyai "Tiga Tahap" atau "Tiga Tingkatan" cara ia berfungsi. Ianya adalah seperti yang disebutkan ini:
1. "Akal Separu Sedar"
2. "Akal Sedar" (Kesedaran)
3. "Akal Yang Melampaui Kesedaran"
Dan setiap lapangan, kesedaran tersebut sentiasa saja "menggelap dan melindungi" antara satu sama lain, sekejap meningkat naik, sekejap menurun, ia tidak ubah seperti "warna warni pelangi".
Kita manusia sebenarnya juga berkongsi lapangan "Akal Separuh Sedarnya" dengan binatang, ertinya, sama macam binatang. Dan ianya merupakan "Tahap Pertama Perkembangan Mental Manusia". "Akal Yang Bersifat Naluri" bukan saja berada pada manusia dan binatang, malah "terdapat juga pada tumbuh-tumbuhan", dan "dikesan juga ada pada mineral".
Di kalangan pokok-pokok dan binatang-binatang, 'manusia' adalah di tengah-tengah, manusia mentalnya akan mengembang "ke alam ilmu pengetahuan". Sehingga kini, bagaimana tinggi sekali pun "perkembangan akal manusia" itu, ia tetap juga masih menggunakan "Akal Separuh Sedarnya" mengikut tahap yang berbeza-beza.
Sebenarnya kita tidak boleh wujud "tanpa Akal Separuh Sedar", kita mesti belajar untuk menggunakannya sebagai "panduan secara bijaksana".
"Berakal fikiran" (intelek) adalah fasa atau peringkat "perkembangan Kedua", di mana manusia yang memiliki "Kesedaran Akalnya", ertinya "benar-benar berakal", yang mana manusia seumpama itu benar-benar bertamadun atau peradaban. Itu pun, perkembangan akalnya tidak seberapa. Memang kelihatan "perkembangan intelektual" terserlah dan tersohor, sebenarnya ia baru saja bermula.
"Jika kita membuat analisis, sebenarnya manusia itu cuma sedikit lebih tinggi darjatnya daripada binatang; Kerana fungsi 'akalnya' masih mirip 'kenaluriannya' seperti 'binatang', walaupun ia menerima cahaya yang masuk dan digelar 'intelek'".
Kerana majoriti di antara manusia adalah dibimbing oleh pemimpin politik atau diketuai oleh pemimpin yang bergelar "pemimpin masyarakat" atau setiap "kumpulan ada Ketuanya". Sebenarnya cara atau gaya begitu jangan dihairankan, itulah "naluri binatang" atau 'haiwan'. Kerana 'haiwan' pun ada 'Ketua' dan 'gembalanya'. Di mana sekumpulan binatang pun berpandu kepada 'Ketuanya'.
"Malah kita manusia lebih teruk dan lebih parah nalurinya daripada binatang, berada 'di bawah' dan 'lebih hina' daripada haiwan-haiwan tersebut.... Lihat saja pertelingkahan yang sedang berlaku muktakhir ini oleh 'Ketua-Ketua' politik, 'pengembala' selaku 'pemimpin' atau 'Ketua' kepada sesuatu 'kumpulan'".
"Mereka tidak pernah berada di paras "AKAL SEDAR", dan masih berada di paras "Akal Separuh Sedar". Malah lebih buruk dari itu."
Kalau binatang pun berpandu kepada 'Ketuanya', kita manusia pun ada 'Ketua', tetapi asyik bertelagah dan bertelingkah sesama sendiri. "Itulah indikasi bahawa puratanya cara memikirnya sangat cetek, tohor dan lembab". Bagaimanakah mereka hendak kita jadikan 'Pengembala' (Ketua)?
Cara memikirnya adalah secara 'Automatis' dalam hidup sehari-harinya.
Daya memikirnya sangat-sangat rendah. Naluri pemikiran seseorang seumpama itu adalah sama seperti binatang, pokok-pokok, yang bernaluri lazimnya: "Lahir, tumbuh mengembang, rosak, busuk, dan mati, adalah suatu proses secara 'automatik'".
Ianya adalah 'lazim' berlaku pada pokok-pokok, binatang dan manusia. Proses seumpama begitu adalah "fungsi Akal Yang Bersifat Naluri".
Sewaktu kewujudan tubuh badan, sama ada tubuh badan sepohon pokok, binatang, atau kita manusia, yang kerap berlaku kerja-kerja merawat, membaiki, mengganti, mengubah, pencernaan, penghadaman, penyerapan, penghapusan, pengedaran, atau sebagainya.... Semuanya itu dilakukan dan diketahui "sebahagian daripada 'Akal' itu". Semua itu adalah berlaku di lapangan "AKAL SEPARUH SEDAR" atau "AKAL YANG BERSIFAT NALURI".
Tanpa dengan ilmu 'KESEDARAN', ertinya "Tanpa Akal Sedar", maka seluruh organ tidak upaya dikawal dan cara berfungsinya adalah di bawah penguasa "Akal Separuh Sedar".
Ambil Ingatan!...
Ramai yang tidak upaya mengawal 'akal', kerana ia berada di ruang "Akal Separuh Sedar" dan ketidakupayaan itu adalah sebahagian daripada kerja-kerja "Akal Naluri" (macam binatang). Dan skala "perkembangan Akal Separuh Sedarnya" adalah ke arah "Kehaiwanan atau Kebinatangan". Pada haiwan, buat beberapa perkara baginya adalah penting untuk 'kewujudannya'.
Kerana 'binatang' tidak punya "Kuasa Kewarasan" atau "alasan untuk berhadapan dengan kewujudan", tidak seperti manusia yang mempunyai 'kewarasan' dan "Keindahan Kebijaksanaan".
Tetapi perangai dan tingkah laku manusia dewasa ini, seperti membuang anak, bercerai-berai, bertelingkah, bergaduh, membunuh, gila kuasa; juga "lambang dan indikasi" bahawa "Akal Separuh Sedarnya" tidak pernah menambah atau meningkat ke "AKAL SEDAR". Malah sentiasa saja berada di bawah "Akal Sedarnya" atau "Akal Nalurinya", macam 'binatang'.
Fungsi "Akal Naluri" ini, "pada binatang adalah untuk pertahanan dan melindungi dirinya" masing-masing. Tetapi 'naluri' yang ada pada manusia, seperti; "bergaduh, bertelingkah, bermusuh, membunuh", adalah lebih teruk dan "lebih hina" daripada binatang.
"Mereka yang dikata berpelajaran tinggi, berlatarbelakangkan pengajian agama, ahli Sains... Tetapi tetap; "AKAL NALURINYA" macam 'haiwan' yang tidak berpelajaran."
Orang-orang yang dikatakan 'terpelajar', 'pemimpin-pemimpin politik' dewasa ini; Kenapa kelihatan "tidak terurus AKAL fikirannya?" Semuanya kerana masih "Berakal Naluri", tidak mengembang ke "AKAL SEDAR".
'Naluri' suka bergaduh, menonjol 'KEEGOAN', gila kuasa, merupakan "cahaya kegelapan" masih menebal di benak otak yang bersifat 'naluri'.
Untuk memahami fungsi "Akal Naluri", Cuba faham begini:
Membuat 'sarang', bukan manusia. Membuat 'rumah', adalah manusia. 'Migrasi' sebelum musim dingin, adalah unggas dan lain-lain binatang. 'Berpindah rumah', adalah manusia. Binatang, manusia, juga mengasuh anak, makan, minum, buang air besar, tidur, jaga, berehat, berkumpulan - Semuanya itu adalah cara "Akal Separuh Sedar" berfungsi. Cara begitu adalah seiring dengan cara hidup 'kebinatangan'.
Selagi kita yang bergelar 'MANUSIA', tidak dapat melepasi "Akal Separuh Sedarnya". Akal yang tidak dapat mengembang ini, akan terus "bernaluri seperti binatang"..., cuma paras rupa dan bentuknya sahaja manusia.
Satu lagi fungsi "Akal Separuh Sedar" ini, ia kerap berfungsi secara 'spontan' atau 'automatis', dalam banyak hal. Maksudnya apabila kita mempelajari sesuatu dan menghafalnya sepenuh hati, dan berkemahiran; Kemudian kita menghantarkannya ke "Akal Separuh Sedar" kita, dengan... 'Cara berfikir'. Proses begitu adalah 'menafestasi' yang cukup tinggi bagi "AKAL SEDAR". Kerana ia dikaitkan dengan "perkembangan intelek".
Banyak di antara kerja harian kita masing-masing yang dilakukan secara 'spontan' atau 'automatik', adalah seperti "berjalan, memandu, bercakap, menjahit, atau sebagainya". Jika 'akal' kita tidak melakukan sesuatu, ia semakin "bertambah pasif". Dengan mengisi pelbagai ilmu yang dimasukkan ke "Akal Separuh Sedar" itu, maka sibuklah manusia itu dengan pelbagai urusan dunia dengan tipu daya, selagi ia tidak dapat mencapai tahap .... "AKAL SEDAR".
Untuk pengetahuan pembaca mengenai 'AKAL', kita masing-masing sebenarnya perlu tahu bahawa fungsi 'akal' ada 'TIGA' peringkat:
Pertama: Peringkat "Akal Separuh Sedar"
Kedua : Peringkat "Akal Sedar"
Ketiga : Peringkat "Melampaui Akal Sedar"
Di peringkat 'KETIGA', tidak saya huraikan di penulisan ini, kerana ia terlampau rumit dan terlalu subjektif. Kecuali mereka yang sudah dapat melepasi; "Akal Separuh Sedarnya" dan "Akal Sedarnya", secara jitu dan benar-benar faham sahaja boleh masuk ke tahap atau peringkat "Melampaui Akal Sedar".... MAAF!
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
21 DECEMBER 2010
Next Topic: 1. "Pay Special Attention For Aged Parents (Father and Mother)"
2. "Pintu Pada Setiap Tubuh Badan, Adalah Lima (5) Pancaindera Kita"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment