Saudara pembaca yang dirahmati Allah:
"Segala Puji Bagi Allah Tuhan Pentadbir Alam." (Surah Al-Fatihah, ayat 1)
Penuntut, pakar pendidikan, dan penaung kepada semua Universiti, serta tidak ketinggalan juga menteri-menterinya;
Ingat!!!....
"Seluruh 'kosmos' atau 'alam' ini dikawal dan ditadbir oleh Tuhan secara ghaib."
Dunia ini tiada batas dan tepinya, ia sangat hebat dan menakjubkan. Kerana tidak faham dan "tidak mengerti tujuan 'ciptaan' alam ini, maka manusia menjadi mangsa kepada kehancuran, kemusnahan dan malapetaka. Dalam ertikata lain, kita manusia terjebak ke dalam 'Kuasa Kehancuran'."
Kita manusia, tidak boleh melawan kuasa ghaib, kalau kita cuba berusaha juga, natijahnya kita akan hancur. Sebaliknya kita dituntut supaya mengambil, menggunakan 'kuasa' tersebut bagi manfaat dan kesejahteraan alam. Menjitu dan mengintegrasikan 'kuasa' tersebut walaupun tidak seberapa... Tetapi ia tetap kuasa yang berlegar di ruang angkasa dan pada diri masing-masing.
"Seluruh alam membuat 'proklamasi' atau 'peristiharan':"
"Allah Itu Maha Besar!"
"Allah Itu Maha Berkuasa!"
"Allah Itu Maha Mengetahui!"
"Itulah proklamasi alam setiap saat dan waktu."
Setiap manusia, kalau makan dan minumnya diperoleh dari sumber alam, pastinya ada nilai-nilai alam tersebut. Oleh kerana kita adalah sebahagian daripada alam, maka kita sebanyak sedikit "mesti terikat dengan tanggungjawab untuk memelihara alam sebagai salah satu 'sumber utama' untuk keperluan dan kepentingan 'tubuh badan'." Pastinya segala tumpuan dan kesedaran kita itu berpesepsikan 'ALAM'.
Memang kita disuruh dalam hidup ini agar mengambil dan menggunakan sumber alam agar dapat menukar sesuatu dari alam tersebut sebagai proses 'kreativiti' untuk kemudahan dan kesejahteraan seluruh kewujudan.
"MENYALAHGUNA SUMBER ALAM"
Malangnya muktahir ini - atas nama 'kemajuan Sains dan Teknologi', akibahnya manusia jadi rakus, penceroboh, penjarah dan pemusnah.
Kemerosotan 'nilai-nilai kemanusiaan' dan pertimbangannya telah jatuh ke paras yang paling teruk dan parah.
"Mereka boleh kita umpamakan orang-orang yang terpelajar yang bergelar Saintis dan sebagainya, yang sangat jahat. (The bad educated man)."
"Dan mereka ini menganggap dunia ini dicipta semata-mata untuk 'nikmat dan keseronokan deria' masing-masing."
Natijahnya;
Penyalahgunaan Kuasa Alam 'nature', "menyebabkan alam hilang perseimbangan" dan akhirnya ia bertukar menjadi ancaman kepada dunia.
Tujuan alam dicipta bukan untuk keseronokan, menyalahguna sumber ALAM dan melupakan asas-asas kemanusiaan.
"Kini kita lihat rata-rata manusia sudah melampaui dan menentang tujuan seluruh Ciptaan."
Ternyata banyak malapetaka, "semuanya berpunca dari sikap dan kerakusan manusia itu sendiri."
"Gempa bumi, ledakan gunung berapi, peperangan, banjir di sana sini, kebuluran, dan lain-lain adalah akibah penyalahgunaan kuasa terhadap alam."
Penyalahgunaan kuasa ini dapat dikesan adalah 'berpunca dari sikap manusia'.... "Walaupun pihak pemerintah cuba menafikannya."
Kita manusia tidak lagi kisah perhubungannya dengan alam semulajadi, tempat ia meraih sumber dan segala kemudahan. "Sedarkah kita alam sudah mula menjauhkan dirinya dari manusia, dan mula 'bertindak balas' dengan pelbagai malapetaka?"
Di dalam tubuh manusia atau tubuh badan itu sendiri adalah berasal daripada 'empat anasir'. Dan seluruh organnya seperti mata, telinga, mulut, hidung dan lain-lain adalah saling berkait antara satu sama lain. Jika kita rasakan semua organ itu perlu dan penting untuk kita manusia, begitulah pentingnya juga kita terhadap masyarakat di sekeliling kita. Samalah juga kaitan organ-organ yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Ingat!
"Manusia itu adalah sebahagian daripada alam". Maka manusia perlu menyedari dan perlu faham akan perhubungan tersebut.
Kita manusia bagaikan 'pengarah -pentas' di dunia ini. Oleh itu apa-apa kesilapan atau mengabaikan tanggungjawabnya, jangan disalahkan sesiapa.
Manusia menuntut haknya di dunia ini dengan merebut-rebut sempadan, kawasan, atau wilayah. Apakah hak manusia itu sebenarnya?... Jika dirinya juga 'tubuh badan' itu pun 'dicipta' sama macam bumi.
Jika kita merenung, mendalami, dan ingin menyelidik, akan kita sedari bahawa manusia tiada hak langsung terhadap bumi atau dunia ini, sangat menghairankan perkara mudah begitu pun tidak boleh bawa berfikir.
Saudaraku pembaca yang dikasihi!
"Sebenarnya kita tidak punya 'hak'; yang ada adalah 'tugas' bukannya hak."
Justeru, adalah sangat 'tolol dan bodoh' untuk bergaduh atau berperang tanpa memikirkan tugas utamanya datang ke dunia ini.
Jika kita semua tahu tugasnya masing-masing, seluruh dunia akan aman damai dan harmonis.
Renungkan rangkap kata di bawah ini:
"Bila ada seorang majikan yang baik pengurusannya, pekerjanya juga akan bekerja dengan baik."
"Bila Si ibu bapa menunaikan tanggungjawabnya dengan baik, Si anak akan menyedari akan tanggungjawab Si ibu bapanya."
"Bila Si anak menjalankan tugas-tugasnya melalui contoh ibu bapanya, pastinya ia akan dihormati."
"Demikianlah, bila seorang guru menjalankan tugasnya dengan baik, Si anak murid pastinya berkelakuan baik. Bila Si murid berkelakuan baik, pastinya pemerintah di sesebuah negeri atau negara akan disegani dan dihormati."
Malangnya kini manusia sudah melupakan kewajipan masing-masing, bahawa dunia ini juga merupakan organisme penting yang saling berkait dan memerlukan.
Bukankah jika kita semua menjalankan tugas kita masing-masing dengan sempurna, faedah atau imbuhannya juga untuk kita manusia?.... Justeru ingat!....
"Kita dituntut untuk menyempurna dan menjalankan tugas kita masing-masing di dunia ini dan bukannya untuk faedah dan kepentingan dirinya."
"Tiada segenggam atau sekepal tanah pun akan kita bawa balik, apabila kita mati kelak!"
Kini pendidikan dan pembelajaran di dunia ini telah dicemari dengan pelbagai permasalahan yang sangat mengelirukan pemerintah itu sendiri. Sistem pendidikan itu sendiri membawa kepada keruntuhan nilai-nilai kemanusiaan di dalam masyarakat masa kini. Institusi pendidikan yang sepatutnya membimbing dan menjulang nama untuk negara serta kebajikan terhadap warganya telah ranap dan menyimpang.
Nilai-nilai kemanusiaan seperti suka berkorban, berintegriti, adil dan bermoral hampir hendak lenyap. Rasa hormat terhadap yang lebih dewasa dan tua juga sudah mula hendak lenyap. Apa yang diperlukan masa kini bukanlah suatu sistem pendidikan, tidak juga menyusun semula masalah sosial, tidak juga agama baru.
Tetapi apa yang sangat diperlukan masa kini masalah orang yang mulia dan daya fikirnya tinggi sama ada ia seorang lelaki atau perempuan.
Negara akan makmur dan aman jika kita ada orang-orang seumpama itu, bukan sahaja daya fikirnya tinggi tetapi luhur dan baik hati. Orang-orang seumpama itu bukan saja akan muncul di dalam masyarakat malah mempunyai kesucian akal dan bermoral di dalam masyarakat. "Hanya masyarakatnya yang bermoral sahaja mampu mensejahterakan negara."
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-602 0321
28 APRIL 2011
Next Topic: 1. "Religion Has Not Happened To The World Yet"
2. "Zikir Dan Kesannya Pada Mental, Roh, Hati, Dan Persekitaran"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment