Pertama-tama seseorang perlu mempunyai "KUASA PERBANDINGAN", apa yang dikatakan:
"Menyukai dan Menyayangi"
Ia mempunyai erti yang sangat berbeza.
Mengenai "menyayangi", sangat dalam istilah dan ertinya. Sembilan puluh sembilan peratus di antara kita tidak dapat melaksanakan apa yang dikatakan "menyayangi" secara total.
Bagi maksud "menyayangi diri sendiri", pertama-tamanya seseorang itu tidak boleh memulai "menyayangi diri sendiri"... Kerana kita tidak tahu siapakah diri kita? Justeru, apakah yang kita ingin menyayangi di tubuh badan itu? Tubuh badan 'bukan kita'. Tubuh badan yang terdiri daripada empat elemen dengan pelbagai komponen akan musnah dimakan waktu.
Jika kita menyangka tubuh badan itulah kita, itu ertinya kita hanya "menyayangi ego" kita. Kerana "tubuh badan" itu "bukan diri sebenar kita". Ia sesuatu yang bersifat "kepalsuan, bukan hakikat".
Boleh dikatakan semua orang "menyayangi diri tubuh badannya" - semua orang "menyayangi keegoannya". Sehinggakan:
Sehodoh-hodoh wanitapun, bila kita berkata dan memujinya; "Cantik sungguh kamu ini." Dia tidak akan menolak, malah tersenyum menerimanya.
Saudaraku pembaca!
Ya, saya ingin melihat semua orang menyayangi dirinya, kerana jika seseorang tidak menyayangi dirinya, maka dia tidak boleh menyayangi orang lain, kerana kita tidak tahu mekanismenya. Kalaupun kita menyayangi seseorang, itupun kerana kepentingan diri.
Kalau seorang lelaki menyayangi seorang perempuan, atau sebaliknya,
itu ertinya "sayang nafsu".
Kalau kita menyayangi dunia dengan segala isinya, itu ertinya
"keinginan, sayang kepada kebendaan".
Saudaraku pembaca yang budiman, ingat!
Sebelum kita menyayangi diri kita, kita perlu "MENGENAL DIRI". Kasih sayang adalah perkara kedua. Kasih itu akan datang dengan sendiri, ia akan mengembang dengan sendiri, berjuta-juta bunga akan menguntum dan mengembang dari dalam tubuh itu.
"Harumannya adalah kasih sayang".
Kelazimannya, kita semua memang menyayangi diri kita dahulu, kerana itulah yang difahami oleh semua orang.
Sebenarnya, kita semua tahu, melalui kejahilan kita sendiri, bahawa "menyayangi" yang kita fahami adalah tidak lebih yang bersifat "perhubungan". Kita semua patut tahu membezakannya.
Bila kita berkata; "I love you", bagaimana dengan lain-lainnya? Bagaimana dengan seluruh kewujudan? Semakin sempit "kasih sayang kita" pada sesuatu, maka semakin "terpenjaralah" kita. Atau dalam ertikata lain, "sayap kita telah terputus, ia tidak boleh terbang jauh melintasi matahari. Kita bagaikan berada di dalam sangkar emas yang sangat cantik, tetapi burung yang di dalam sangkar emas tersebut, bukanlah burung yang sama, seperti burung yang pernah kita lihat terbang bebas di awan biru".
Ingat!.. "Menyayangi bukan bersifat pertalian atau perhubungan", kerana nafsu dan kebendaan, bukan sempit, malah maha luas.
"Menyayangi atau kasih sayang adalah suatu nilai yang sangat berharga pada diri seseorang". Adab serta tingkah laku yang memangpun sifat semulajadi kita semua, dengan segala cahaya. Seperti matahari yang menyinarkan cahayanya bukan kepada seseorang yang tertentu dan tanpa alamat yang perlu dituju.
From Empty Hands,
A. Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
16 Disember 2009
Next Topic: "Man, The Mental Mosaic"
Wednesday, December 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASSALAMUALAIKUM WBT,
ReplyDeleteKHALIFAHKU YG DIKASIHI...
Seperti yg diketahui melalui cetusan rasa tuan kasih & sayang memang tidak boleh dipisahkan dalam diri seseorang. Samada kasih sayang seperti binatang (bernafsu)ataupun seperti insan kamil mukamil (tauhid & tasawuf).
Bolehkah tuan menerangkan melalui cetusan hak rasa tuan, apakah itu kasih sayang seorang insan???
JAZAKALLAH KHAIRAN KASIRAN.
K Slash / Saudara Kamarul Yang Budiman;
ReplyDeleteTuan ingin minta saya menerangkan bagaimana kasih sayang yang saya amalkan dan tuan ingin tahu cetusan yang saya rasa dalam mengamalkan kasih sayang dalam hidup saya sehari-hari. Dan tuan ingin tahu cara kasih sayang seorang insan?
Untuk pengetahuan, seseorang yang ingin mengamalkan kasih sayang, tidaklah mudah seperti apa yang kita fikirkan. Kalau ingin juga mengamalkan, ia akan jatuh kepada DUA kategori, sama ada ia jatuh kepada:
Menyukai atau Menyayangi.
Tetapi Sembilan Puluh Sembilan (99%) akan jatuh kepada "menyukai" tetapi kita menyangka "menyukai itulah menyayangi". Saudaraku fahamkan betul-betul.
"Menyukai", adalah jatuh kepada sesuatu yang tidak bernyawa, sesuatu ciptaan manusia seperti rumah,kereta,kasut,cincin,tali pinggang dan sebagainya. Berpilih-pilih, boleh dipilih. Bersifat kebendaan, bila kita sudah tidak suka, kita boleh jual dan buang, tiada ikatan.
"Menyayangi", adalah sesuatu yang bernyawa, bukan pilihan, bukan boleh suka-suka, bukan milik kita, ia milik pencipta. Hanya Dari Dia Kepada Dia, dan Untuk Dia. Inilah cara kasih sayang "insan kamil-mukamil".
Justeru, saudara ingin tahu cetusan kasih sayang yang saya rasa sendiri, jika tuan ingin tahu apa yang saya rasa mengenai kasih sayang, itu bererti serupa juga, saya cuba hendak menerangkan "rasa gula atau garam", itu adalah mustahil.
Ada pepatah mengatakan:
"Siapa Yang Mendapat, Dialah Yang Merasa".
Walau bagaimanapun, belajarlah memahami sifat yang baharu dan yang kekal; Tahu membezakan mana yang "Hak dan yang Batil".
From Empty Hands,
016-6020321