Ambil tahu bahawa "kelima-lima pancaindera" di dalam sebuah tubuh yang sangat unik mestilah dikawal dan dijaga dengan baik. Ianya mesti hanya dibenarkan kemasukan yang baik, yang suci dan yang bersih sahaja. Barulah boleh kita digelar 'INSAN'.
Tetapi jika ia berlaku sebaliknya, tercemar, tidak suci dan tidak bersih dari hal-hal keduniaan, ia tidak boleh digelar 'Insan' layaknya. Kita hanya boleh digelar ... 'manusia' atau 'orang'. Justeru, pemakanan kita sehari-hari juga memainkan peranan penting untuk bergelar 'INSAN'.
Pergaulan, percampuran kita juga amat penting, seperti tempat atau lokasi di mana kita berada, dengan siapa kita bergaul juga objek-objek kepunyaan kita dan sebagainya, patut diberi perhatian secara serius. Persekitaran yang macam manakah patut kita berada? Tempat yang macam manakah hendak kita kunjungi? Dan dengan siapakah sewajarnya patut kita berhubung dan bergaul?
"Beritahu saya, dengan siapakah kita selalu bergaul? Nanti akan saya khabarkan, siapakah kamu sebenarnya?"
Pepatah ada mengatakan:
"Kita mesti nyahkah dari berkawan dengan orang-orang yang jahat, kerana akal kita mudah saja terpengaruh dengan rakan atau orang-orang yang kita dampingi."
Seperti apa yang kita sedari remaja masa kini mudah saja terjebak dengan hal-hal yang sangat menakut, meresah dan mencemaskan ibu bapa dan masyarakat sekeliling kita. Mereka sangat mudah terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini.
"Itu merupakan petanda yang kita tidak tahu menghargai dan memandang rendah tubuh Ciptaan Tuhan".
Yang mana di dalam Al-Quran, Tuhan mengisahkan kenapa manusia itu dicipta lebih tinggi darjatnya daripada segala 'CiptaanNya'.
Menyedari itulah sebabnya orang-orang dahulu yang dikatakan 'wali', 'orang-orang kerohanian' atau 'Ketuhanan' memilih dan "membawa dirinya betapa di gua-gua" dan tempat yang jauh dari hiruk pikuk manusia, semata-mata kerana menjaga "kesucian kelima-lima pancainderanya". "Bagi saya, cara begitu juga adalah tanda kelemahan dirinya dan takut berhadapan dengan cabaran yang mesti tahan diuji."
Cuba fahamkan begini:
Jika kita ingin menakluk 'amarah', bolehkah kita membawa diri kita ke hutan belantara "dengan bertapa" untuk suatu jangka waktu yang lama, setahun, dua...?
Memang tidak boleh dinafikan, kita boleh saja berasa tenang selama kita 'bertapa' dan berada di hutan atau di gua tersebut... Tetapi sebaik saja kita kembali dan bergaul dengan orang ramai.., kita menjadi orang yang sama, bertabiat sama ..., pemarah, pendengus dan suka meradang.
Sebenarnya saudaraku, jika kita ingin mengawal 'deria' kita, adalah sangat karut kalau kita berfikir ianya boleh dilakukan dengan apa jua upacara agama atau menjauhkan diri ke dalam hutan.
Saudaraku yang dikasihi!
Ikut caranya begini, ia amat mudah dicapai jika kita faham mekanismenya.
Jika kita faham fungsi atau kerja-kerja tubuh badan kita yang sangat halus itu, tetapi tidak dengan cara lain.
Contohnya begini:
Jika kita membeli sebuah kereta baru, kita mesti tahu bagaimana hendak memandunya dengan betul. Kalau sekadar kita punya wang dan kita pun membeli sebuah kereta siap dengan pendaftaran, tidak bererti kita boleh memandu kereta tersebut dengan sesuka hati, kerana ia boleh mengganggu dan membahayakan orang lain, diri kita dan juga kereta tersebut.
Walaupun kereta tersebut kepunyaan kita, kita mestilah tahu menggunakannya dengan betul dan berhemah.
Itulah masalah kita selaku 'manusia'. Masalahnya kita tidak tahu fungsi deria yang berada di tubuh badan dan tidak tahu menggunakannya dengan betul. Justeru, ia mudah saja jatuh kepada kesengsaraan, dukacita atau berpenyakit.
Saudaraku perlu diingat!
Tiada siapa dapat mengatasi "kemahuan dan kehendak Tuhan", dan tiada siapa dapat menukar atau mengubah "hukum Tuhan" yang telah ditetapkan.
"MAKANAN KITA"
Apakah ertinya: "Makanlah makanan yang baik-baik?" Lazimnya, pakar pemakanan mengatakan, "makanan yang seimbang". Tetapi 'mulut' itu yang menyumbat makanan yang kita makan, bukanlah segala-galanya. "Yang dimakan melalui mulut, bukan saja makanan yang masuk ke dalam tubuh badan". Deria kita yang lain juga seperti 'mata', 'telinga', 'hidung', dan 'tangan' juga makan makanan yang diambil dari dunia luar. Kalau kita semata-mata mengambil makanan yang dikatakan 'seimbang', melalui salah satu di antara 'LIMA' deria itu, itu "tidak bererti ia memakan makanan yang baik". Kecuali pemakanan yang kita ambil melalui 'kesemua' 'LIMA' pancaindera, barulah boleh dikatakan: "Kita mengambil makanan yang baik, dalam alam ini".
"MATA"
Hanya melalui 'MATA'lah kita boleh 'melihat' segala yang dikatakan "baik dan suci". 'Melihat' sesuka hati "tanpa membuat perbandingan", hanya akan menerima 'padah'. "Kuasa penglihatan" mestilah digunakan "untuk tujuan kesucian". Malangnya, 'penglihatan' remaja masa kini, telah 'terpesong' dan 'memesongkannya'; seperti "memandang dengan penuh nafsu". Akibahnya dapat kita lihat, dan dengan sekarang ini masalah sosial yang bermaharajalela; seperti "membuang anak" di sana sini, 'berdua-duaan' tanpa segan silu.
Semua remaja mestilah berwaspada dan berhati-hati dalam perkara ini. Hanya bagi yang pandai menggunakan "matanya yang suci" itu ke arah yang 'betul' saja, maka akan tampillah 'kesucian' di 'MATA' dengan segala kegunaannya.
"TELINGA"
'TELINGA' begitu juga, perlu "makanan yang suci dan bersih". Ertinya; "kita mesti 'mendengar' segala yang bersifat 'suci' yang hanya berkaitan dengan 'kerohanian' dan 'KETUHANAN'". Dengarlah selalu yang menyegarkan, menenangkan, dari apa jua atau dari "hal-hal orang lain". Dengan cara begitu dapatlah kita 'mencegah' telinga kita dari "pencemaran bunyi" dan "khabar yang bertentangan dengan kesucian". Dengan cara begitu dapatlah kita 'mencegah' telinga kita dari pencemaran bunyi dan khabar yang bertentangan dengan kesucian. Dengan cara begitulah kita dapat "memberi makanan yang baik" melalui 'TELINGA' kita masing-masing.
Seperkara lagi, kalaulah kita memang orangnya, "yang baik pendengaran"; "sebatang jarum jatuh ke lantai" pun kita mampu mendengar, lebih baik lagi kita mampu mendengar "khutbah alam" yang sentiasa boleh didengari setiap saat dan ketika. Itulah yang dinamakan:
"Orang-Orang Yang Hendak Menerima Peringatan, Adalah Orang-Orang Yang Baik Pendengaran Dan Boleh Berfikir."
"HIDUNG"
Hanya haruman yang menyegarkan mesti dihidu dan diresap melalui hidung kita masing-masing. Menghidu 'bau' yang busuk akan membuat seseorang itu berpenyakit. Bila kita menghidu udara kotor, yang kita sedut adalah 'penyakit', penyakit itu pula akan keluar melalui pernafasan keluar. Hidulah "udara bersih" dan di persekitaran pokok-pokok yang sentiasa mengeluarkan oksigen bersih.
"TANGAN"
Tangan pun begitu juga mesti diberi makan "makanan yang baik", di mana kita juga menggunakannya untuk memegang dan menyuap makanan ke dalam mulut dan akhirnya sampai juga ke tangan yang digunakan untuk menyentuh objek luar. Tangan itu juga mesti digunakan untuk tindakan yang baik dan betul yang bersesuaian dengannya.
Ingatan penting untuk diamalkan:
Jika kita dapat menyahkan "LIMA kejahatan" yang berkaitan dengannya seperti:
Percakapan, penglihatan pendengaran, pemikiran dan tindakan kita sehari-hari. Akhirnya akan memudahkan kita menyedari apa yang pernah kita dengari bahawa:
"Allah Sentiasa Saja Berada Di Sisi Kita Masing-Masing".
Dalam ertikata lain, "Roh Kita Sangat Suci", tidak tercemar. Jika kelima-lima deria kita disuap dengan segala yang kotor lagi tercemar.
Kita tidak boleh bersih, bersih, atau dikatakan 'suci' kerana semata-mata memakan "makanan yang seimbang".
Ingat nasihat saya!
"Kita mesti mengambil makanan yang baik lagi suci melalui kelima-lima pancaindera. Bukannya makanan yang diambil melalui mulut sahaja".
"Selamat Berjuang! Ia memang bukan kerja mudah dan ramai yang kecundang dan rebah, namun berusahalah untuk menang."
From Empty Hands,
A.Rahman bin Mahadi
Labis, Johore
016-6020321
03 JANUARY 2011
Next Topic: 1. Hanya Satu Di Antara Berjuta-juta Manusia Saja Yang Ingin Tahu; Apakah Tujuan Hidup Ini?
2. "Woman Has To Take Over The World Parliaments. War Could Be Stopped Without Any Difficultty"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam...
ReplyDelete"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu diumpamakan seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah golongan orang-orang yang lalai." al-Qur'an 7:179